[PENGAKUAN] Lelaki Ini Dedah Keadaan Sebenar Yang Berlaku Di Sekolah Tahfiz RIZQ


Bismillah,

Selama ni aku dengar daripada mulut orang je. Tak percaya sama sekali. Ye lah tak perna jejak kaki ke sana kan. Lagipun ini melibatkan sekolah tahfiz, sekolah yang banyak melahirkan ramai hafiz dan hafizah. Takkan la kerana satu dua cerita, aku nak percaya bulat-bulat. Then aku decide untuk pergi ke hari terbuka mereka yang berlangsung baru--baru ni.


Serius aku sangat terkejut. Rupa-rupanya apa yang aku gambarkan selama ini mengenai RIZQ Islamic School ternyata meleset. Tak tau nak kata apa. Inikah yang dikatakan sekolah tahfiz? Dengan cara inikah anak-anak diajar menjadi hafiz dan hafizah. Sebagai seorang bapa aku memandang serius perkara ini. Di sini aku nak dedahkan apa sebenarnya yang berlaku di RIZQ Islamic School yang kebanyakan ibu bapa di luar sana tidak tahu. Semoga kita sebagai ibu bapa celik mata dan celik minda sebelum menghantar anak ke sana.

KAWALAN KESELAMATAN KETAT?


Aku nampak ada sebilangan penjaga yang mempunyai masalah mengambil pelajar-pelajar pulang dari sekolah kerana sistem kawalan keselamatan yang ketat. Bukan sembarangan orang boleh pick up, hanya ibu bapa dan penjaga yang mempunyai pas sahaja dibenarkan. Sekeliling bangunan RIZQ Islamic School telah dipagar tinggi dan dilengkapi dengan beberapa buah CCTV di sekitar bangunan sekolah. Dengan kelengkapan seperti ini boleh aku katakan seperti berada di dalam penjara.

BUKAN 24 JAM MEMBACA & MENGHAFAZ AL QURAN?


Selama ni aku sangkakan RIZQ Islamic School hanya fokus kepada Al Quran semata-mata sama seperti sekolah-sekolah tahfiz biasa rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Di RIZQ Islamic School diajar dengan pelbagai jenis mata pelajaran selain Al Quran mengggunakan beberapa teknik pembelajaran yang dipraktikkan di beberapa buah negara antaranya Jepun dan Findland.

Bukan setakat teori dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata malah pelajar-pelajar juga didedahkan dengan pembelajaran secara teori dan hands on di lapangan. Dengan cara ini, para pelajar lebih faham dan melihat situasi sebenar apa yang dipelajari mereka. Antara mata pelajaran lain yang boleh dipelajari di RIZQ Islamic School adalah seperti : 

STANDARD CURRICULUM NATIONAL PRE-SCHOOL (KSPK)
  • Communications (English & Bahasa Malaysia)
  • Islamic Studies (Moral Value, Spiritual & Manners)
  • Memorizing Surahs in Al-Quran, Solah Recitations & Du’a
  • Storytelling and Conversations
  • Music and movement
  • Socio-Emotion
  • Physical & Aesthetic
  • Science & Technology, Mathematics


RIZQ ADDITIONAL MODULE
  1. Arabic (Discovery Through Meaningful Words in Islamic Adaab, Surahs & Solah)
  2. Huffaz (Surah Lazim & Juz Amma)
  3. Osmo (Educational Game System for Apple)
  4. Edu Play (Water play, Role play, Creative play)


ANAK-ANAK CAKAP ENGLISH?


Aku tak pasti sekolah tahfiz jenis apa RIZQ Islamic School ni sampai anak-anak yang belajar di sana semuanya fasih berbahasa inggeris. Terkejut aku bila dorang berbual sesama sendiri dalam bahasa inggeris macam kunyah kacang kuda. Petah sangat. Aku pulak naik malu. Bila ditanya pada cikgu-cikgu di sana, mereka akui menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Aku ingat dengan hantar anak-anak ke RIZQ Islamic School anak-anak boleh la dalami bahasa Arab, tapi lain pula jadinya.

TIADA REHAL KAYU, PAPAN HITAM & KAPUR?
Itu sebenarnya yang aku fikir. Aku bayangkan anak-anak akan duduk berteleku menghafaz Al-Quran beramai-ramai di atas rehal kayu. Sesekali cikgu akan mencatatkan perkara-perkara penting di atas papan hitam menggunakan kapur. Keadaan di RIZQ Islamic School pula berbeza 360 darjah. Tiada rehal kayu, tiada papan hitam dan kapur. Hanya Al-Quran yang masih kekal. Pelajar-pelajar di ajar melalui pelbagai teknik dengan menggunakan perkakasan seperti iPad. Pembelajaran mata pelajaran lain pula 100% menggunakan perisian dan aplikasi pembelajaran manakala kerja-kerja sekolah juga hanya dilakukan secara atas talian. Segalanya online! Malah RIZQ Islamic School telah bekerjasama dengan Apple Inc dalam menggunakan perisian dan peralatan mereka dalam pembelajaran di sana. 

BILA MASA BELAJAR AL QURAN & TAHFIZ?


Terfikir plak aku terlalu banyak kemudahan dan gadget di RIZQ Islamic School ni, bila masa pula la anak-anak ni mendalami ilmu agama dan Al-Quran? Tak leka ke anak-anak ni bila kerap disua dengan gadget? Aku tanya cikgu yang mengajar di sana, pelajar-pelajar telah dibekalkan dengan jadual pembelajaran termasuklah Al-Quran. Bila tiba waktu menggunakan gadget, mereka guna sepuas-puasnya dan bila tiba waktu hafazan Al-Quran, mereka akan di ajar sebaik-baiknya dengan teknik yang lebih berkesan. Gadget tidak boleh dibawa pulang, hanya untuk kegunaan subjek-subjek tertentu sahaja. Perisian permainan yang dipasang pada gadget hanya untuk tujuan pembelajaran agar anak-anak lebih tertarik dan mudah faham. Jadi kata mereka di RIZQ Islamic School ibu bapa tak perlu khiatir kerana ilmu dunia dan akhirat diajar seimbang dengan keperluan para pelajar.

 *****
Itu antara perkara-perkara yang aku nampak dengan jelas, yang lain aku tak pasti lagi. Aku sure lama kelamaan ibu bapa semakin jelas dan faham konsep yang diterapkan di sekolah tahfiz RIZQ Islamic School ini. Tahfiz bukan hanya mengambil akhirat semata-mata dan membuang dunia, tetapi tahfiz adalah mengambil akhirat dan pada masa yang sama turut mengambil dunia. Ilmu datang dari pelbagai bentuk dan cara, yang penting kita tau bagaimana cara kita menyampaikannya dengan lebih baik dan berkesan. Tepuk dada tanya selera. Kita nak acuan yang bagaimana untuk anak-anak kita.

2 Comments