Promosi Tantalisingly Thai Di Nook, Aloft KL Sentral


Bismillah,

Kepada peminat-peminat menu masakan Thai, hari ni aku nak kongsikan satu lagi promosi istimewa yang dibawakan khas oleh Nook, Aloft KL Sentral iaitu Tantalisingly Thai. Kali ini Nook, Aloft KL Sentral telah menjemput seorang chef untuk mempromosikan menu-menu istimewa dari negara Thailand iaitu Chef Chef Arwut Boribal.


Chef Arwut mempunyai kepakaran dalam menyediakan menu dan hidangan Thailand, mula berkecimpung dalam bidang masakan sejak dari tahun 2016 dan beliau pernah memenangi pingat emas dalam pertandingan Thaifex World Of Asia dalam kategori Thailand Ultimate Chef Challenge. So sepanjang bulan November 2019 ini, korang boleh menikmati hasil kerja dan usaha chef dalam bidang masakan di Nook, Aloft KL Sentral.


Antara menu-menu yang ingin dipromosikannya adalah seperti Yam Neua Yang, Phla Goong, Yam Tor Pu, Tom Kha Gai, Tom Yum Goong, Gai Phad Khing, Pla Thod Sauce Makham, Phad Kee Mua Talay dan perbagai lagi menu sampingan lain. Bukan itu sahaja malah korang juga boleh mencuba sendiri menu seperti Miang Kam Bai Shaplo dan Som Tum Thai di stesen 'Live-Action'. Menu-menu ini disediakan secara langsung di hadapan para tetamu dan pengunjung sepanjang promosi ini berlangsung.


Untuk menu pencuci mulut pula, korang kena cuba resepi-resepi Chef Arwut sendiri iaitu Kloy Bua Chii, Sang Ka Ya Fak Thong, Wun Kai, Bua Loi Kai Waan, Sa Go Tor Dum dan juga Kloy Thod. Kepada peminat-peminat menu masakan Thai pasti tidak asing dengan menu-menu yang disajikan kali ini di Nook, Aloft KL Sentral kan? Tapi korang kena cepat la sebab promosi ini berakhir pada 30 November 2019.


Harga yang ditawarkan untuk promosi Tantalisingly Thai kali ini pula adalah RM128/nett bagi dewasa dan RM64/nett bagi kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun adalah PERCUMA.


So jom datang beramai-ramai, bawa keluarga dan kawan-kawan menjamu selera di sini. Korang boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut mahupun tempahan.

Laman Web :

Facebook :

Instagram :

RSVP :
+603-27231188


2 Comments

  1. Ni kalau nak datang sini kena puasa lunch nie baru puas hati makan banyak2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan? Ni klu mkn sikit2 rugiiii 🤣🤣🤣

      Delete