Tema Barbie & Hot Wheels Bakal Memeriahkan Musim Cuti Sekolah Disember 2019


Bismillah,

Guys aku nak bagitau berita baik ni. Sempena cuti sekolah yang akan datang ni, Sunway Lost World Of Tambun bakal bekerjasama Barbie dan Hot Wheels untuk menyambut kehadiran pengunjung dan kanak-kanak sempena cuti sekolah bermula 23 November 2019 hingga 31 Disember 2019.


Siap yang tak kenal dengan Barbie & Hot Wheels? Dua jenama besar yang menjadi kegilaan ramai tak kira sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. Malah ada yang sanggup beribu-ribu ringgit semata-mata untuk menjadikan dua jenama ini sebagai koleksi peribadi lebih-lebih lagi untuk edisi terhad dan keluaran khas. Kadang kala harganya mampu mencecah berpuluh-puluh ribu. Itu yang menjadikan Barbie dan Hot Wheels dua jenama yang ekslusif dan berharga.


Jadi kali ini Mattel telah memilih Sunway Lost World Of Tambun sebagai lokasi dalam siri jelajah Barbie 'You Can Be Anything' sempena 60 tahun keberadaannya di dalam industri. Mesej yang ingin disampaikan di sini adalah bukan setakat fesyen, malah Barbie juga turut memberi inspirasi kepada kanak-kanak di luar sana bahawa kita boleh jadi apa yang kita inginkan. Tidak hanya tertumpu kepada kanak-kanak perempuan, Sunway Lost World Of Tambun juga turut mempamerkan koleksi daripada Hot Wheels untuk peminat-peminat yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki.


Di Sunway Lost World Of Tambun nanti, para pengunjung berpeluang mengambil gambar di rumah Barbie, 'Meet & Greet' Barbie secara live, melihat wardrobe Barbie dan banyak lagi booth acara yang disediakan untuk pengunjung. Bagi Hot Wheels pula, Sunway Lost World Of Tambun akan membina trek lumba untuk para peminat koleksi kereta lumba tersebut, ada zon 'Challenge Accepted' dan menonton perlumbaan akhir yang akan diadakan pada pukul 4 petang setiap hari. Pemenang juga bakal membawa pulang hadiah premium daripada Hot Wheels.


Melalui kolaborasi ini, pengunjung bakal memperolehi manfaat di mana setiap pengunjung yang datang dari 23 November 2019 hingga 31 Disember 2019 ini hanya perlu membayar RM77 sahaja untuk pemegang MyKad. Selain daripada itu pengunjung juga bakal mendapat barangan premium PERCUMA untuk setiap pembelian 3 tiket ke atas dalam satu transaksi terhad untuk 4000 unit sahaja. So korang kena datang awal atau buat pembelian awal untuk menikmati hadiah premium ini sebelum stok habis.


Aku pun ingat nak bawa family awal bulan Disember nanti. Mesti Jasmeen suka ke sana lebih-lebih lagi bila tau ada pameran dan ruang permainan Barbie disediakan untuk pengunjung. Jom datang beramai-ramai sempena cuti sekolah nanti!!

3 Comments

  1. Budak2 memang suka giler la ni..lg ramai lagi meriah..

    ReplyDelete
  2. Thanks for the blog loaded with so many information. Stopping by your blog helped me to get what I was looking for. Enjoy the power to create and control people in a virtual world where there are no rules with The Sims 4 – On Xbox One, PS4 and PC sims 4 news .

    ReplyDelete
  3. Woahh bestnya! Banyak betul pilihan cuti sekolah ni tau tapi LWOT memang tak pernah mengecewakan. Nampaknya nak bawa famili bercuti ke sini lagilah cuti sekolah nanti!

    ReplyDelete