Review Vivo V17 Dipasaran Malaysia Disember 2019


Bismillah,

Bestnya bila dapat tahu yang Vivo V17 mempunyai banyak ciri yang baru ditampilkannya. Kini Vivo V17 sudahpun berada dalam pada pasaran Malaysia dan aku akan reveal harganya sekejap lagi. Pertama kali aku nampak phone ni aku dah berkenan dengan design dan bentuknya yang cantik. Nipis dan ringan sangat. Bukan seperti model keluaran Vivo yang lain, Vivo V17 hanya didatangkan dalam 2 warna sahaja iaitu warna Admiral Blue dan Crystal White.


Dengan menggunakan Skrin Ultra 0 Super Amoled, paparan permukaannya antara yang terluas iaitu bersaiz 6.44 inci dengan resolusi 1080x2400. Model Vivo V17 ini hadir dengan kamera selfie 32MP di mana ia mampu menangkap gambar dengab jelas pada waktu malam atau kawasan kurang cahaya kerana mempunyai ciri Super Night ModeBagi kamera belakang pula, Vivo V17 menawarkan kamera utama AI Quad 48MP, Super Wide Angle 8MP, kamera bokeh 2MP dan kamera mikro 2MP. Lima kamera sekali dia bagi ye untuk Vivo V17 ni. Memang terbaik!!



Prosessor Vivo V17 mempunyai kemampuan chipset Qualcomm Snapdragon 675. Vivo V17 ni menggunakan perisian Android Pie 9.0. bila dipadankan dengan bateri yang berkapasiti 4500mAH, ia mampu mengecas dalam masa yang pantas dan korang boleh bermain game sepanjang hari sekitar 6 hingga 8 jam.


Vivo V17 ini dilengkapi dengan 8GB RAM dan 256GB ROM. Jangan bimbang kerana terdapat dua slot untuk sim kad. Aku suka bila mengambil video menggunakan Vivo V17 ni sebab paparannya tak lagging, jelas dan tajam. Of course la kan 5 kamera kot! Lagi satu kepada kaki game, Vivo V17 ni memang sangat sesuai ngan korang kerana dilengkapi dengan Ultra Game Mode di mana sebarang mesej dan notifikasi akan disekat sementara korang bermain game.


Then bila aku ngan kawan-kawan lain berswafoto, gambar kami nampak terang, jelas dan tajam walaupun kami berada dalam dewan yang kekurangan cahaya. Superb! Aku memang perlukan kamera seperti ini kerana kerja aku tak tentu masa. Ada kalanya terpaksa mengambil gambar waktu malam dan dengan adanya Vivo V17 ia akan memudahkan lagi kerja aku. Keupayaan fotografinya merangkumi DOC, PRO, SLO-Mo, TIME-LAPSE, Camera Filter, Live Photo, HDR Potrait, Panorama, 4K Video, Voice Control, AR Sticker, Super Night Mode, Jovi Image Recognizer, Al Scene Identification, Bokeh, Ultra Wide Angle dan Super Macro. Best giler spec dia weh!


Untuk makluman korang, Vivo V17 ni sememangnya dibina khas untuk para gamer kerana Game Mode dia di optimized kan dan teknologi Multi Turbonya mempercepatkan sistem operasi bagi memastikan pengguna menikmati dan puas hati dengan keupayaan permainan video pada peranti Vivo V17.


Apa yang lebih mengejutkan aku bila dah tau semua spec yang diperkenalkan pada telefon pintar Vivo V17 ini, harga yang ditawarkan pula hanya RM1699 sahaja. Murah kan? Dengan spec yang ada tu aku budget harga dia dalam RM2000+ macam tu. Tak sangka pulak semurah ini. Serius aku terkejut. Ni yang rasa nak beli satu ni.


Aku percaya Vivo V17 juga mampu memberi persaingan kepada telefon pintar yang berada di dalam pasaran tempatan. Murah. Spec hebat. Kamera sharp. Itu je yang mampu aku katakan. Cuba la dulu mana tau korang jatuh cinta nanti dengan Vivo V17 ni huhu.


0 Comments