Marrybrown Memperkenalkan Set Burger Kongsi Fortune Sempena CNY


Bismillah,

Ni aku nak bagitau korang kepada peminat burger, jangan lupa terjah di mana-mana cawangan Marrybrown seluruh negara sekarang kerana dorang tengah buat promosi set burger Kongsi Fortune sempena CNY kali ni. Aku dah try semalam dan aku suggest korang pun try sama. Kenapa? Jap aku cerita kenapa korang kena try set burger Kongsi Fortune ni.


Marrybrown memperkenalkan Kongsi Fortune ni kerana kali ni mereka bukan hanya memperkenalkan 1 set hidangan burger, tetapi 2 set hidangan yang super-marvellous-delicious haha. Hidangan yang aku maksudkan adalah Fortune Burger Blackpepper dan Fortune Burger Cheese. Kedua-dua set ini didatangkan dengan French Fries dan air fresh orange (Minute Maid Pulpy kalau aku tak silap). So mana satu pilihan korang? Versi blackpepper atau cheese? Hmm.


Aku try kedua-duanya sekali! Pertama sebab aku burger-lover. Kedua sebab aku penggemar pedas dan aku bawa anak aku yang sukakan cheese. Kalau aku nak rasa cheese, aku boleh try Fortune Burger anak aku punya haha. Aku nak try Fortune Burger Blackpepper sebab nak buat perbandingan ngan burger blackpepper restoran M. Nak compare which one is better.


For your info Fortune Burger Marrybrown ni hanya menghidangkan patty ayam sahaja ye. Tak ada patty daging. Patty ayam dia tebal, sos blackpepper dia pedas which aku sangat suka! Then ada cendawan butang diletakkan sekali. Roti burger dia jangan cakap la, lembut yakmat. Compare to burger blackpepper restoran M, both burger sama sedap tapi patty Fortune Burger Blackpepper Marrybrown ni lebih tebal, saiz burger lebih besar dan harganya RM3 lebih murah haha. Aku rasa lebih puas kalau makan Fortune Burger Blackpepper Marrybrown lagi.


Untuk rasa Fortune Burger Cheese Marrybrown plak, aku sempat rasa sedikit je. Anak aku tak bagi makan haha. Dia bagi rasa je. Kedekut betul haha. Saiz dia sama macam Fortune Burger Blackpepper Marrybrown, menggunakan patty ayam tebal dan rangup di luar, ada sayur, cheese, salad dan of course cheese limpah. Padu jugak weh sebab dia tak guna cheesy biasa. Dia letak hot cheesey tu, rasanya pedas-pedas sikit. Tapi tak sepedas Fortune Burger Blackpepper Marrybrown la kan.


So dah dapat gambaran both Fortune Burger Marrybrown ni kan, korang rasa mana satu pilihan korang? Fortune Burger Blackpepper atau Fortune Burger Cheese? Apa pun pilihan korang, dua-dua sedap. Dua-dua menepati citarasa. Bak kata tak rugi lah kalau korang pilih yang mana satu pun.


Jangan lupa dapatkan set burger Kongsi Fortune di Marrybrown ni ye pada harga RM14.90 untuk setiap set di mana-mana cawangan Marrybrown di seluruh Malaysia. Promosi ini sah sehingga 23 Februari 2020. Very recommended!!


1 Comments