Resepi Pasta Sedap & Mudah Menggunakan Kismis California


Bismillah,

So hari ni aku nak kongsikan resepi mudah dan sedap dengan menggunakan kismis sebagai bahan asas. Selalunya kita jumpa kismis ni dalam Nasi Minyak, Nasi Beriyani atau Kek Buah je kan? Biasanya anak-anak kita pun makan kismis macam tu je. Jadi bagi mempelbagaikan lagi penggunaan kismis dalam masakan, kali ni aku nak share masakan yang berasaskan kismis.


Resepi Pasta Kismis California Dengan Jintan & Udang

(Hidangan untuk 4 orang)

Bahan-Bahan :

  1. Raisins California/Kismis California (40g)
  2. Udang, segar dibersihkan dan dikupas (400g)
  3. Spaghetti (400g)
  4. Biji jintan dengan daun (2 btg)
  5. Jintan dicincang (7g)
  6. Ikan bilis di dalam minyak (6 ekor)
  7. Bawang putih, dikupas (2 labu)
  8. Jintan manis (2g)
  9. Kulit lemon yang diparut (1.5 biji)
  10. Minyak zaitun (90ml)
  11. Bawang, dikupas dan dicincang halus (1 biji)
  12. Kacang pain/pinoli (40g)
  13. Bebenang Saffron (1g)
  14. Garam kosher (secukup rasa)
  15. Lada Hitam (secukup rasa)

Kaedah Penyediaan :

Basuh biji jintan/fennel bulbs dan potong memanjang. Kemudian hiris nipis, memanjang menggunakan mandolin jika ada. Asingkan daun jintan di tepi.

Celur hirisan daun jintan ke dalam air yang dididihkan bersama garam selama 1 minit, di bilas dalam air sejuk. Biarkan air panas tadi seketika.

Ambil 200 ml air panas tadi dan rendam kismis di dalamnya.

Bahan (A)
Cincang halus daun jintan. Tumbuk ikan bilis bersama bawang putih. Tumbuk halus jintan manis. Campur ikan bilis, bawang putih, daun jintan dan jintan yang ditumbuk tadi bersama parutan kulit lemon dan 3 sudu kecil minyak zaitun. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.


Rebus pasta di dalam kuali besar, tambah garam dan masak pasta sehingga separa masak.

Pada masa yang sama panaskan baki minyak dalam kuali dan tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan udang dan tumis menggunakan api sederhana. 
Tambah jintan, kismis yang direndam tadi, bersama Bahan (A) dan kacang pain/pinoli. Rendam safron seketika sebelum dicampurkan bersama ke dalam tumisan tadi. Tambahkan garam dan lada hitam. Masak dalam 4-5 minit sebelum ianya boleh dihidang.

Kenapa Kismis California/California Raisins?


Resepi Pasta Kismis California/California Raisins Dengan Jintan & Udang menggunakan kismis California ni sebab kismis California mempunyai rasa manis semulajadi tau. Tanpa ada gula tambahan ada bahan pengawet lain. Kismis California ni tak perlu dibasuh atau dikupas dan ia boleh terus dimakan begitu sebaik sahaja keluar daripada kotak dan bekasnya.

Antara lain kebaikan Kismis California adalah seperti : 

  • Mempunyai antioksidan polifenol yang tinggi sekitar 3,037 unit ORAC yang berfungsi memberi pelindungan daripada tekanan oksidatif yang berkaitan usia dan penyakit.
  • Mempunyai 35% fruktosa dan 35% glukosa
  • 1/2 cawan kismis bersamaan pengambilan 1 cawan penuh buah-buahan segar.
  • Tidak mengandungi lemak & kolesterol.
  • Rendah kandungan garam
  • Merupakan sumber kalium iaitu elektrolit penting bagus membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf.
  • Sumber serat yang tinggi.
  • Mengandungi fitonutrien yang mempu menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yanh dikaitkan dengan masalah kaviti dan penyakit gusi.


Hidangan ini diilhamkan daripada hasil tangan chef bertaraf 2 bintang Michelin, Chef Emmanuel Stroobant. Beliau bermula sebagai pembantu dapur seawal usia 16 tahun. Pernah muncul dalam rancangan masakan saluran AFC selama bertahun2 dan telah membuka restoran pertamanya di Singapura bernama Saint Pierre.


So selamat mencuba dan banyakkan makan kismis California ni sebagai snek. Ia juga bagus untuk badan dan perkembangan minta anak-anak.


1 Comments