RIZQ Autism Centre (RAC) Kini Dibuka Di Cyberjaya



Bismillah,

Aku ada kenalan yang mana mempunyai anak-anak autism. Kesian aku lihat keadaan mereka. Mereka perlukan perhatian 2 kali ganda berbanding anak-anak normal. Untuk menjaga anak-anak autism ni, mereka perlukan kesabaran yang tinggi dan cara yang betul bagi mengawal keadaan anak-anak tersebut. Tak semua orang mampu menjaga anak-anak autism ni. Sebab tu banyak berlaku kes anak-anak autism diabaikan, berlaku kemalangan di tempat jagaan kerana pusat jagaan kurang tauliah bagi menjaga anak-anak istimewa ini. Jadi apa solusi ibu bapa yang bekerjaya?


Alhamdulillah dalam kita buntu memikirkan cara mana untuk kita mengatasi masalah ini, RIZQ Autism Centre (RAC) di bawah naungan RIZQ Educare Sdn Bhd bakal beroperasi di Cyberjaya dalam bulan Februari 2020 nanti. Ini menambahkan lagi pusat-pusat jagaan anak-anak autism yang sedia ada sebelum ini. Pendekatan ini dilakukan apabila pihak pengurusan RIZQ Educare mendapati ramai di kalangan ibu bapa yang buntu memikirkan untuk menghantar anak-anak autism mereka ke sekolah dan sebilangan kecil di antara mereka masih tidak tahu kaedah sebenar untuk menguruskan anak-anak istimewa tersebut.


Kalau korang nak tau servis-servis yang ada disediakan di RIZQ Autism Centre (RAC) ni adalah seperti :

👉 Therapy
👉 Childcare
👉 Consultation
👉 Autism Module


Kat RIZQ Autism Centre (RAC) ni ada Multi Sensory Smart Room (MSSR) yang mana dilengkapi dengan teknologi Extended Reality (AR) tau dan ia merupakan bilik pembelajaran seumpama ini yang kedua dibina di Malaysia manakala yang pertama telah dibina di Johor. Selain daripada itu, MSSR di RIZQ Autism Centre (RAC) ini juga turut dikuatkan dengan tenknologi Virtual Reality (VR) dan Augumented Reality (AR). MSSR di RIZQ Autism Centre (RAC) ini mendapat sokongan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian. 


Korang boleh hantar anak korang seawal 3 tahun hingga 13 tahun dan anak korang akan dibuat screening terlebih dahulu sebelum pakar, Occupational Therapist (OT) decide latihan apa yang diperlukan untuk anak korang di RIZQ Autism Centre (RAC) niDengan minat dan potensi yang ada pada mereka, anak-anak ini akan digarap bakat dan minat mereka agar mudah dibimbing supaya mudah bergaul dengan masyarakat sekeliling.


Sebagai makluman, RIZQ Autism Centre (RAC) sudah membuka pengambilan pelajar-pelajarnya bermula bulan Februari 2020 ini. Untuk kali ni sasaran pelajar yang akan diambil di RIZQ Autism Centre (RAC) adalah seramai 100 orang sahaja. So first come first serve ye!


Kalau korang nak datang melihat sendiri kemudahan-kemudahan yang ada disediakan di RIZQ Autism Centre (RAC) ni, ingin bertemu consultant atau membuat pendaftaran untuk anak-anak korang bolehlah datang ke :


RIZQ Autism Centre (RAC)
BG-11 B, Plaza Crystalliville
PT 53370 Vita, Lingkaran Cyberpoint Timur,
Cyber 12, 63000 Cyberjaya

03-89120447 / 018-2527675 (Whatsapp)



1 Comments

  1. Such a useful post you have shared here. I got some helpful knowledge from this post. Thanks for posting it. Keep it up.Best Autism Centre in Malaysia

    ReplyDelete