Trip Percutian Sehari Ke Singapore Bersama NOURAH Travel


Bismillah,

Kepada mereka yang mencari trip jimat, murah dan singkat ke Singapore, apa kata korang dapatkan khidmat NOURAH Travel ni. Dalam tempoh 24 jam, korang boleh pusing habis satu Singapore haha. So kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku sewaktu mengikuti trip percutian sehari ke Singapore bersama NOURAH Travel ni ye.


Actually semua peserta dikehendaki berkumpul di KL Sentral di lokasi yang ditetapkan. Setiap peserta akan dimasukkan ke dalam group Whatsapp supaya sebarang hebahan dan pemberitahuan dapat disampaikan kepada semua peserta sewaktu trip berlangsung. Biasanya tempat berkumpul adalah di area Restoran Chicken Rice Shop berhadapan pintu masuk KL Sentral. Peserta dikehendaki berkumpul pada pukul 9.30 malam dan bas akan mula bertolak sekitar jam 10 hingga 10.30 malam. Sekiranya ada sebarang masalah, segera maklumkan kepada wakil NOURAH Travel melalui group Whatsapp ye agar tak mengganggu jadual yang telah ditetapkan.

Bagaimana mereka yang duduk jauh di selatan tanah air? Nak kena berkumpul di KL Sentral juga ke?

Tak perlu. Kalau peserta berada di sekitar Melaka atau Johor, korang boleh terus tunggu di hentian R&R Gelang Patah sebab bas akan berhenti rehat di sana juga nanti. Jangan lewat kerana bas akan mula bergerak menuju ke imigresen Singapore sekitar jam 7 pagi.

Perjalanan dari KL Sentral ke R&R Gelang Patah, Johor mengambil masa sekitar 4 hingga 5 jam bergantung kepada aliran trafik semasa. Bas akan berhenti di R&R Gelang Patah sekitar jam 4 pagi untuk para peserta mandi dan bersiap untuk solat Subuh. Korang kena bersiap awal ye sebab tandas kat R&R Gelang Patah tu sentiasa penuh lagi-lagi tandas perempuan. Kat tandas tu ada 2 bilik mandi je. Kalau lambat memang korang kena beratur panjanglah jawabnya nanti.

Then selepas solat Subuh, korang boleh breakfast di gerai No.5. Untuk makluman korang, breakfast disediakan oleh pihak Nourah Travel ye. Then dah siap makan, boleh la bersiap untuk bergerak menuju ke imigresen Singapore. Jarak antara R&R Gelang Patah ke imigresen Singapore pun tak jauh mana.

Tips Sebelum Masuk Imigresen Malaysia & Singapore
  1. Di semua imigresen sama ada di Malaysia atau Singapore semasa sesi pengecopan passport, dilarang mengambil gambar. Di setiap penjuru imigresen terdapat CCTV jadi mohon kerjasama untuk tidak mengambil gambar. Sekiranya didapati berbuat demikian, akan dikenakan denda.
  2. Memandangkan jumlah peserta yang ramai dan kemungkinan semua akan berpecah semasa beratur untuk pengecopan passport, sekiranya disoal siasat oleh pegawai imigresen maklumkan kepada team NOURAH Travel yang bertugas. Pihak NOURAH Travel akan berurusan dengan pegawai tersebut.
  3. Sewaktu masuk ke Singapore, peserta akan melalui 2 imigresen iaitu Malaysia dan Singapore. Ketika di imigresen Malaysia, semua peserta hanya perlu membawa barang perabadi sahaja (wallet, passport dan white-card). Tapi di imigresen Singapore, semua peserta perlu membawa bersama kesemua barang termasuklah luggage.
  4. Sewaktu keluar dari Singapore pula, peserta juga akan melalui 2 imigresen iaitu Malaysia dan Singapore. Ketika di imigresen Singapore, semua peserta hanya perlu membawa barang peribadi sahaja (wallet, passport dan white-card). Tapi di imigresen Malaysia, semua peserta perlu membawa kesemua barang termasuklah luggage dan barang yang dibeli di Singapore
  5. Di imigresen pastikan semua peserta mencari peluang untuk mendapatkan tempat beratur yang tidak terlalu panjang bagi memastikan waktu menunggu tidak terlalu lama semasa urusan di imigresen. Ini kerana memandangkan peserta masuk adalah pada hari Sabtu iaitu hari minggu.

Selepas masuk Singapore dan ketika di dalam Singapore :

  1. Bagi peserta yang merokok, pastikan tidak merokok di tempat umum. Ini kerana Singapore telah menyediakan ruangan merokok jadi mohon kerjasama untuk merokok di ruangan yang disediakan. Boleh rujuk pada signboard yang terdapat di tiap tempat lawatan yang bakal dilawati. Sekiranya didapati berbuat demikian, akan dikenakan denda oleh kerajaan Singapore.
  2. Jangan meludah di merata tempat, juga akan dikenakan denda.
  3. Sebelum masuk ke Singapore, di sini aku nak kongsikan beberapa tips dan rules Singapore sedikit sebanyak untuk makluman dan persediaan semua peserta.

Sebelum masuk ke Singapore :

  1. Pastikan semua peserta tidak membawa chewing gum atau gula-gula yang bersifat makan-buang. Ini kerana chewing gum dilarang untuk dibawa masuk ke Singapore. Sekiranya dijumpai oleh pihak Singapore semasa urusan pengecopan passport, akan dikenakan denda.
  2. Pastikan semua peserta tidak membawa rokok yang masih belum dibuka atau yang baru dibeli di kedai. Sekiranya terdapat peserta yang merokok, diminta untuk hanya membawa rokok yang telah dibuka atau digunakan at least sebatang rokok.
  3. Penggunaan vape diharamkan di Singapore.
  4. Pastikan passport semua peserta tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan (minimum) dari tarikh trip.
  5. Pastikan semua peserta tidak mempunyai sekatan untuk ke luar negara.
  6. Bawa bersama 1 botol kosong untuk kegunaan bersuci. Ini kerana mostly tandas di Singapore tidak mempunyai paip air. Jadi kegunaan botol adalah untuk mengisi air di sinki tandas terlebih dahulu sebelum masuk untuk membuang air dan berwudhuk.
  7. Pastikan semua peserta telah menukar duit MY ke SGD terlebih dahulu bagi kegunaan di dalam Singapore.
  8. Pastikan semua peserta tidak membawa beg yang terlalu banyak. Kami sarankan cuma membawa 1 backpack untuk memuatkan baju salin dan toiletries untuk digunakan di R&R Gelang Patah semasa sesi bersiap dan juga 1 beg tangan untuk meletakkan barang-barang peribadi.
  9. Pastikan semua memakai kasut yang bersesuaian untuk travel bagi melancarkan perjalanan dan mengurangkan lenguh-lenguh kaki semasa trip.
  10. Kalau korang mula beratur masuk ke imigresen Singapore pukul 7.30 pagi, bermakna korang perlukan 3 jam (paling lewat) untuk tiba giliran cop passport. Ye memang panjang dan lama. Jadi kalau ada bawa warga tua, boleh ke fast lane atau korang boleh bawa kerusi portable supaya mudah untuk korang duduk dan berehat sementara dalam barisan.

Untuk makluman korang, sepanjang trip di Singapore ini korang akan ditemani dengan local tour guide dan caj tour guide ini adalah SGD15 setiap peserta. Maknanya setiap peserta dikehendaki membayar SGD15 untuk khidmat tour guide ini. Tak boleh tak ambil! Kalau kita tak guna perkhidmatan tour guide ini, travel ejen akan dikompaun dan kemungkinan tak mendapat kelulusan memasuki Singapura.

Jewel


Lokasi pertama yang akan dibawa pihak NOURAH Travel sebaik melepasi sempadan Singapore adalah Jewel yang terletak di Changi Airport. Apa yang menarik di sini adalah kerana di sini terletaknya indoor waterfall tertinggi di dunia iaitu The Vortex Waterfall. Dengan ketinggian 40m, ia mempu menarik tumpuan pengunjung dalam dan luar negara untuk melihat sendiri kecantikan air terjun tersebut.

Lokasi : Changi Airport
Fee : Percuma
Masa diperuntukkan : 45 minit


Sentosa Island


Seterusnya korang akan bergerak ke next spot iaitu Vivo City, Sentosa Island. Jarak antara Changi Airport ke Vivo City, Sentosa Island adalah dalam 24 km dan mengambil masa sekitar 20 minut perjalanan. Vivo City merupakan shopping mall terbesar di Singapore. Untuk ke Sentosa Resort, korang akan berjalan melalui Vivo City dan ianya seumpama jalan tikus haha. Korang pun boleh cuci mata, window shopping di sana.


Jarak antara pintu masuk Vivo City ke pintu masuk Resort World Sentosa dianggarkan sekitar 1.8 km dan mengambil masa 24 minit berjalan kaki. Kalau korang nak tau, Sentosa Island terkenal dengan pelbagai lokasi tarikan pelancong. Antaranya Resort World Sentosa, Universal Studio Singapore, Port Of Lost Wonder, Adventure Cove Waterpark, Kidzania Singapore, Butterfly Park & Insects Kingdom, Skyline Luge Sentosa, Madam Tussauds Singapore, iFly, Wing Of Times, Mega Adventure dan banyak lagi.


Selain daripada itu Pulau Sentosa juga ada beberapa lokasi tempat perkelahan dan pantai buatan antaranya seperti Pantai Palawan, Pantai Siloso dan Pantai Tanjung.

Lokasi : Pulau Sentosa
Fee : Kebanyakan tempat berbayar
Masuk ke Pulau Sentosa : Percuma
Masa diperuntukkan : 1 jam


Malay Heritage Centre


Malay Heritage Centre atau lebih dikenali sebagai Taman Warisan Melayu merupakan pusat warisan dan muzium yang terletak di Sultan Gate, Kampong Glam. Pada awalnya bangunan tersebut merupakan istana Kampong Glam yang telah dibina pada tahun 1950. Ia menempatkan kebudayaan dan sejarah beradaban Melayu Singapore suatu masa dahulu. Dikatakan di situ jugalah penggambaran filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee bertajuk Seniman Bujang Lapok dilakukan.

Lokasi : Malay Heritage Centre
Fee : Percuma
Masa diperuntukkan : 1/2 jam


Kampong Glam


Okay next spot kita seterusnya adalah makan tengahari. Kat Kampong Glam ada pelbagai restorang yang menyediakan menu makanan halal ye. Sehingga hari ni aku pernah pergi 2 restoran halal di area Kampong Glam tu iaitu Restoran Zam Zam dan Kampong Glam Cafe.


Kepada korang yang nak cuba murtabak famous di Singapore, boleh try makan di Restoran Zam Zam. Restoran Zam Zam ni merupakan antara restoran yang tertua di Singapore dan sudah pasti murtabak yang disajikan di sana bukan kaleng-kaleng rasanya. Korang boleh dapatkan pelbagai jenis murtabak pada harga serendah SGD6. Antara murtabak-murtabak yang ada adalah seperti murtabak ayam, daging, kambing dan sardin. Dia ada pelbagai saiz tapi untuk saiz berharga SGD8 tu pun dah cukup besar dan boleh dimakan untuk 2 orang. Bukan hanya murtabak, Restoran Zam Zam juga ada menyajikan menu-menu lain seperti Nasi Briyani, Mee Goreng dan Nasi Goreng.


Okay kalau korang nak cuba menu lain, apa kata korang ke Kampong Glam Cafe kerana di sana ada menyediakan menu nasi berlauk. Konsepnya macam restoran mamak. Lauknya pun sedap-sedap. Ia betul-betul terletak di sebelah bazaar @ pasar Kampong Glam. Haritu aku makan nasi putih, ayam goreng, kuah asam pedas, sayur taugeh goreng dan air laici harganya cuma SGD9 sahaja. Kalau ikutkan lebih berbaloi makan di Kampong Glam Cafe, lebih kenyang. Tapi kalau korang tak nak makan nasi, boleh makan murtabak di Restoran Zam Zam.


Lokasi : Kampong Glam
Masa diperuntukkan : 1 jam


Masjid Sultan


Seusai makan tengahari, korang boleh menuju ke Masjid Sultan yang terletak tak jauh daripada Kampong Glam tu. Kalau dari Kampong Glam Cafe, jaraknya cuma sekitar 100 meter sahaja. 


Masjid Sultan dibangunkan pada tahun 1924 dan ianya telah siap dibina pada tahun 1928. Ia telah diisytiharkan oleh pemerintah sebagai bangunan dan monumen kebangsaan pada tahun 1976. Ia terletak betul-betul di sebelah Arab Street di mana di situ dijual pelbagai jenis barangan dari negara arab seperti kain, lampu, barangan kaca, haruman dan juga cafe.

Lokasi : Arab Street
Fee : Percuma
Masa diperuntukkan : 1/2 jam


Bugis Street


Seterusnya kami dibawa ke lokasi paling 'panas' sekiranya ke Singapore iaitu Bugis Street. Di sini korang kena prepare duit siap-siap kerana di sinilah tempat korang berbelanja membeli cenderahati dan buah tangan untuk dibawa balik nanti. Ada pelbagai jenis barangan cenderamata dijual di sana seperti tshirt, pakaian, key chain, fridge magnet, coklat, barang perhiasan, permainan dan banyak lagi. Aku cadangkan korang jangan pergi ke deretan kedai di bahagian luar kerana harganya 2 kali ganda berbanding di bahagian dalam.


Tapi dalam banyak-banyak kedai di kawasan pejalan kaki tu, ada satu kedai yang jual harga murah. Kedai tu terletak di sebelah kiri, sederet ngan Restoran Popeye. Hiasan dan susun atur dalaman kedai macam Daiso. Aku tak ingat plak nama dia tapi memang murah la.

Lokasi : Bugis Street
Masa diperuntukkan : 1 jam


Merlion Park


Okay lokasi seterusnya adalah mercu tanda Singapore iaitu Merlion Statue yanh terletak di Merlion Park. Tugu berbentuk separuh singa dan separuh mermaid ini merupakan tempat tumpuan pengunjung dalam dan luar negara. Lokasi ni sentiasa penuh dengan orang dan kadangkala aku rasa tak ada space untuk bergambar lebih-lebih lagi bila cuti hujung minggu dan cuti perayaan. Bertentangan dengan Merlion Park, tersergam megah bangunan Marina Bay Sands.


Lokasi : Merlion Park
Masuk : Percuma
Masa diperuntukkan : 1/2 jam


Garden By The Bay


Di sini kitorang sempat singgah sekejap je. Tak dapat tengok binaan-binaan berupa pokok gergasi bercahaya pada waktu malam. Kami tiba di Garden By The Bay pun sudah lewat petang, sekitar jam 7 malam. Kalau korang nak tau di sini merupakan taman yang dipenuhi lampu yang bercahaya. Cantik tempat ni seperti pameran cahaya. Tapi sebab mengejar masa untuk melihat pertunjukan air dan cahaya di Marina Bay Sands, kami hanya diperuntukkan dalam 10 minit sahaja untuk mengambil gambar di sini.

Lokasi : Garden By The Bay
Masuk : Percuma
Masa diperuntukkan : 10 minit


Marina Bay Sands


Ini merupakan lokasi terakhir kami untuk trip percutian sehari ke Singapore bersama NOURAH Travel. Marina Bay Sands ni merupakan bangunan yang mempunyai pelbagai fungsi. Di sini lah shopping mall, di sinilah hotel dan ia juga merupakan kasino termahal di dunia pernah dicatatkan sebaik sahaja ia dibuka pada tahun 2010. Ia mempunyai keluasan 120,000 sq ft bagi bilik hotel, 1,300,000 sq ft untuk bilik konvensyen dan 74,000 sq ft bagi shopping mall. Marina Bay Sands Hotel mempunyai 2561 buah bilik dan di tingkat paling atas merupakan infinity pool.


Menariknya di Marina Bay Sands ni kerana pada setiap hari akan diadakan pertunjukan Spectre Light & Water Show. Ia merupakan pertunjukan yang menggabungkan antara air, cahaya dan bunyi di atas tasik. Pertunjukan ini berlangsung dari Ahad hingga Khamis (8 malam & 9 malam) dan Jumaat & Sabtu (8 malam, 9 malam & 10 malam). Pertunjukan ini berlangsung selama 15 minit dan ianya percuma kepada orang ramai.


Lokasi : Marina Bay Sands
Fee : Percuma
Masa diperuntukkan : 1 jam


Itulah 8 lokasi yang boleh korang lawati sekiranya mengikuti trip bersama NOURAH Travel. Penting untuk aku ingatkan di sini, sewaktu trip korang kena pastikan yang korang baca makluman yang diberikan oleh wakil NOURAH Travel di dalam group Whatsapp. Be puntual dan maklumkan wakil NOURAH Travel sekiranya korang mempunyai sebarang masalah.Tepati masa dan jangan berpecah. Bimbang korang akan sesat nanti di sana.

Budget & Kos Sewaktu Mengikuti Trip NOURAH Travel

RM99 seorang dari JB
RM135 seorang dari KL


Pakej dah termasuk ;

  1. Pengangkutan dari KL-SG-KL / JB-SG-JB
  2. Light breakfast di R&R Gelang Patah, Johor
  3. 1 hari lawatan ke Singapura (8 tempat tarikan utama di Singapura)
  4. Tour Guide sepanjang trip yang akan menceritakan sejarah setiap tempat yang dilawati
  5. Travel assistant dari NOURAH Travel

Pakej tak termasuk ;

  1. Perbelanjaan peribadi
  2. SGD15 untuk tourism fee (pembayaran ni perlu dibuat di sana kepada tour leader yang bertugas)
  3. Travel insurance
  4. Makan minum sepanjang di Singapura


So murah kan? Boleh travel ke negara orang dalam tempoh 24 jam sahaja. Jimat masa. So kalau korang nak mengikuti trip ke Singapore bersama NOURAH Travel, korang boleh refer maklumat yang aku sediakan di bawah ni ye.



NOURAH Travel
Jalan Tahana,
Kawasan Perindustrian Tampoi,
80350 Johor Bahru,
Johor, Malaysia


Hotline      : +6 016 774 4594
Email         : nourahtravel@gmail.com
Website     : www.nourahtravel.com
Instagram : @nourahtravel






0 Comments