Lunch Buffet Murah RM25 Di Red By Sirocco Hotel, KL


Bismillah,

So hari ni aku nak share port lunch buffet murah kat area KL ni iaitu Red By Sirocco Hotel KL. Actually aku terkejut gak sebab Red By Sirocco Hotel KL ni boutique hotel bertaraf 4 bintang tau. How come dorang boleh hidangkan lunch buffet pada harga semurah ini? Mana nak dapat dah weh lunch buffet harga bawah RM50 kat area KL ni lebih-lebih lagi menu yang dihidangkan di hotel.



Red By Sirocco Hotel ni terletak di Jalan Chowkit KL, mempunyai 143 buah bilik dan kalau korang nak tau dari jauh korang boleh nampak lukisan mural setinggi bangunan. Haa Red By Sirocco Hotel KL ni tersenarai dalam Malaysia Book Of Record kerana mencatatkan rekod lukisan mural tertinggi di Malaysia yang dilukis oleh Kenji Chai. First time aku datang ke Red By Sirocco Hotel KL, dan aku harap one day aku dapat stay kat salah satu biliknya juga.


Okay berbalik kepada lunch buffet dorang tadi. Lunch buffet dorang disediakan di Rooftop Bar 25th, di level paling atas bangunan Red By Sirocco Hotel KL. Nice interior, siap ada pool tau. Kalau diikutkan Rooftop Bar 25th tu boleh memuatkan sehingga 50 ke 70 orang dalam satu-satu masa. Aku anggarkan je la ye dengan mengambil kira kerusi dan meja yang disediakan. Menariknya di sana korang boleh menjamu selera sambil melihat panorama sekitar bandaraya KL.



Antara menu-menu yang dapat aku rasa sewaktu lunch buffet di Red By Sirocco Hotel KL hari tu adalah Traditional Kerabu Mangga, Organic Fresh Garden Greens bersama 10 jenis menu utama antaranya Nasi Putih, Ayam Masak Kurma, Mutton Masala, Sayur Masak Lemak, Telur Ayam Masak Kicap, Nyonya Laksa, Nasi Goreng Kampung, Mee Goreng Mamak dan banyak lagi. Untuk dessert plak ada variety of kuih muih, cakes and pudding tau seperti kuih ketayap, keria, brownies cheese, carrot cake, muffin, pudding dan roti.



Banyak tak? Banyak kan? Memang berbaloi sangat untuk harga RM25 per pax tu. Ada menu kambing kot. Kalau kat kedai mamak pun, lauk kambing tak lari RM8 ke RM12 tau. Ini ada lauk kambing dan 10 menu utama lain untuk RM25. Memang jimat banyak. Untuk info, kalau korang booking untuk 10 orang, korang akan dapat lagi 2 orang PERCUMA! so korang boleh datang 12 orang untuk harga RM250!



Buat masa ni promosi lunch buffet Red By Sirocco Hotel KL ni berlangsung dari pukul 12 tengahari hingga 3 petang setiap hari dari hari Isnin hingga Ahad. Very recommended untuk mereka yang nak buat sebarang majlis seperti majlis hari jadi, majlis korporat, reunion dan jamuan perpisahan. So untuk info lebih lanjut, korang boleh rujuk maklumat di bawah ni ye :


RED by Sirocco, Kuala Lumpur
Menara M101 Dang Wangi,
No. 3 Jalan Kamunting,
50300 Kuala Lumpur

Phone Number
03-2603 1133

Fax Number
03 - 2603 1199

Email

0 Comments