Promosi Buffet Ramadhan Aloft Hotel KL Bertemakan Selera Indonesia


Bismillah,

Memandangkan Ramadhan bakal tiba dalam dua bulan lagi, jadi masing-masing tengah sibuk mencari lokasi untuk tempahan berbuka puasa bagi syarikat dan persendirian. Bukan gelojoh tetapi kebanyakan hotel-hotel akan memberikan harga jauh lebih murah jika tempahan dapat dibuat lebih awal (early bird). Kalau tempah lewat, kemungkinan akan menghadapi masalah seperti tempahan penuh ataupun tamat harga promosi.


Jadi kepada yang tengah riki lokasi berbuka puasa tahun ini, apa kata aku cadangkan lokasi pertama iaitu Nook yang terletak di tingkat satu di bangunan Aloft Hotel KL Sentral. Menariknya lokasi yang aku cadangkan ini kerana ia terletak betul-betul bersebelahan KL Sentral dan NU Sentral. Jadi kepada sesiapa yang tidak mahu bersesak-sesak menghadapi trafik, boleh menaiki KTM, Putra LRT dan ERL.




Di Nook suasananya selesa dan cantik di samping korang menikmati juadah berbuka puasa, korang boleh melihat panorama dan permandangan dari tingkap bangunan. Lokasinya strategik iaitu bersebelahan pusat hentian pengangkutan awam di KL Sentral dan dikelilingi bangunan-bangunan pejabat. Menu-menu yang ditengahkan kali ini adalah berasaskan masakan dari negara seberang iaitu Indonesia.




Bertemakan Selera Indonesia, 5 buah gerai telah ditempatkan di ruang legar hadapan restoran yang rata-ratanya dihiasi dengan menu-menu dari negara Indonesia antaranya seperti Kambing Bakar Bumbu, Daging Sapi Gongso, Ayam Cabe Ijo, Bakso, Gerai Nasi Ayam, Nasi Ayam Penyet, Tempe Goreng Berempah, Ikan Bumbu Berempah, Gado-Gado, Urap Sayur, Rojak Uleg,  Pecal Kangkung, Cilok dengan Kuah Kacang dan aneka sup. Jangan lupa untuk cuba resepi daripada Padang iaitu Gulai Ayam Kawah Padang, Gulai Daging Tetel Padang dan Gulai Telur.




Hidangan Indonesia memang terkenal dengan aneka sambal-sambalnya yang boleh membuatkan korang berpeluh-peluh tapi tak lengkap sekiranya tak disajikan bersama kan? Antara sambal-sambal yang ada dihidangkan sewaktu promosi buffet Ramadhan Selera Indonesia di Nook kali ini adalah Sambal Matah, Sambal Cabe Ijo, Sambal Terasi, Sambal Bawang dan Sambal Uleg. Dimakan pula bersama beberapa jenis nasi seperti Nasi Kuning, Nasi Kebuli dan Nasi Jagung Madura memang mengasyikkan! Selain daripada itu aku percaya hidangan seperti Kolang Kaling, Kuih Lapis Bandung, Bubur Sumsum, Sago Air Gula dan Kolak Ubi turut menjadi hidangan tumpuan kepada para pengunjung yang hadir nanti.



Aku tertarik dengan menu-menu lauknya kerana pertama kali aku dapat merasa keenakan Bubur Lambuknya yang dimakan bersama pelbagai bahan mengikut citarasa kita sendiri. Selain daripada itu ada juga juadah lain seperti Mee Sarawak, Wok-fried Kam Heong Crab, Stir-fried Black Pepper Beef, Lamb Vindaloo, Pizza, Jade Fish Picatta dengan Mexican Corn Salsa, Vegetable Lasagna dan banyak lagi.






Antara pilihan menu lain yang akan dihidang di buffet Ramadhan tersebut nanti adalah seperti Satay, Tapai Ubi, Bubur Pulut Hitam, Warm Apple Crumble, Warm Banana Bread dan Butter Pudding, ABC Station, Lemon Meringue Pie, aneka jenis kuih muih dan pencuci mulut.





Bukan sahaja ditekankan pada Selera Indonesia semata-mata, malahan buffet Ramadhan di Nook, Aloft KL Sentral juga turut menyajikan menu masyarakat India, Cina dan Barat pada masa yang sama.





Harga untuk buffet Ramadhan di Nook, Aloft Hotel KL Sentral ini adalah RM148 nett untuk dewasa dan RM74 nett untuk kanak-kanak bermula 27 April 2020 sehingga 22 Mei 2020 dari pukul 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Baucer berharga RM110 akan dijual kepada sesiapa yang membuat tempahan seramai tidak lebih 35 orang dan baucer bernilai RM100 akan diberikan kepada mereka yang membuat pembelian baucer melebihi 36 orang dan ke atas.

Jadi buatlah tempahan awal agar bajet dapat dikurangkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang menjadikan majlis berbuka puasa sebagai aktiviti rasmi syarikat. Untuk pertanyaan lanjut boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah.


Laman Web :

Facebook :

Instagram :

RSVP :
+603-27231188

0 Comments