we Top 5 Famous Foods To Eat In KL

Top 5 Famous Foods To Eat In KL


Bismillah,

Menu apa yang sering terlintas di fikiran korang tatkala korang dalam keadaan lapar? Kalau aku lah kan, macam-macam makanan yang aku fikir. Time tu la teringin nak makan Nasi Kerabu Daging Bakar, Nasi Kukus Ayam Berempah, Roti John Cheese Leleh, Nasi Daun Pisang, Burger Special dan macam-macam lagi lah. Tu kalau lapar la. Tapi tau tak korang menu apa yang sering menjadi pilihan mereka yang berada si sekitar KL ni? Nah kat sini aku kongsikan Top 5 Famous Foods To Eat In KL


Roti Canai
Menu paling simple dan mudah untuk didapati sekarang ni lagi-lagi di area KL. Almaklumlah restoran mamak dibuka 24 jam kot. Tapi kalau korang nak rasakan sedikit kelainan, korang boleh try kat Valentine Roti yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Dengar kata gerai ni mula beroperasi sejak 20 tahun yang lalu. Gerai ni sentiasa dipenuhi dengan pengunjung kerana tekstur roti canainya yang padu! Lembut di dalam tapi garing pula di luar. Dapat plak cicah ngan kuah dal atau kari pekat, perghh aku percaya sekeping roti canai takkan cukup. Tak hairanlah Valentine Roti ni sentiasa dipenuhi dengan pengunjung sehingga lewat malam.


Lagi satu sekiranya korang nak cuba variasi selain roti canai, apa kata korang try kat Restoran Murni SS2 sebab kat situ ada Roti Hawaii, Roti Seafood dan Roti Scramble. Kebanyakan pengunjung ke sini kerana ingin mencuba sendiri keenakan Roti Hawaii di mana roti canai tersebut dicampurkan bersama daging cincang, sosej dan telur. Kemudiannya pada atas roti tersebut disaluti mayonis. Perghh aku tak dapat bayangkan kalau dapat makan Roti Hawaii tu sekarang.

Ramly Burger



Seterusnya menu padu yang sering menjadi perhatian oleh warganet sekitar KL tak lain dan tak bukan iaitu Ramly Burger. Tapi Ramly Burger ni bukan biasa-biasa ye, ni Ramly Burger Brother John yang terletak di Uptown Damansara. Kalau ke sini, jangan lupa try Master Burger. Master Burger di gerai burger Brother John ni sangat famous tau. Ini kerana burger dia besar dan tebal, mengandungi 2 patty daging atau ayam, ada telur mata dan cheese. Memang sesuai untuk mereka yang betul-betul lapar. Jauh? Ala apa susah sekarang ni kat banyak food delivery. Kssi order je la satu kali. Kompom berbaloi-baloi!

Cendol


Tak nak makan yang berat-berat? Apa kata kita makan dessert je kat Baba Low's 486 kerana kat sini terkenal dengan cendolnya yang marvellous. Actually Baba Low's 486 merupakan sebuah restoran Melaka-Peranakan dan menyajikan menu-menu lokal seperti cendol, laksa Nyoya, popiah peranakan, Mee Siam, Nasi Lemak Kosong, Mee Goreng Nyonya dan banyak lagi. Tapi dia punya cendol memang terbaik lah. Kaw giler. Pekat plak tu. Restoran Baba Low's 486 ini terletak di Bangsar dan waktu operasinya dari 7 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Nasi Lemak


Sebut pasal nasi lemak ni, siapa la yang tak tau tentang keenakan Nasi Lemak Antarabangsa yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur ni. Actually Nasi Lemak Antarabangsa ni dah buka beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur tapi aku rasa dia punya main restoran kat Kampung Baru lagi best. Mungkin sebab aku makan dari kecik dulu kot. Menariknya Nasi Lemak Antarabangsa ni, dia punya lauk pauk dia mak aih banyak kemain. Ada ayam goreng, paru, sambal sotong, daging, telur, telur puyuh dan banyak lagi. Pendek kata aku rasa pinggan nasi lemak tu nanti penuh dengan lauk je nanti haha. Restoran Nasi Lemak Antarabangsa ni terletak di Jalan Raja Muda Musa dan beroperasi dari pukul 6 petang sehingga 5 pagi setiap hari.

Ikan Bakar

Siapa kata kat KL ni takde port ikan bakar? Kalau korang nak tau, ada banyak je port ikan bakar kat KL ni. Bukan hanya dibuka pada waktu malam, malah ada juga yang turut dibuka sewaktu makan tengahari. Antara port ikan bakar yang famous yang boleh korang cuba di KL ni adalah Ikan Bakar Kak Jat yang terletak di Jalan Bellamy, belakang Istana Negara lama. Familiar tak area tu? Kat situ ada banyak port ikan bakar, tapi warung Ikan Bakar Kak Jat lah paling popular.


Warung ini terletak di gerai no.3. Pelbagai jenis ikan bakar di masak panas-panas dia atas kuali. Dia punya killer sudah tentu kuah pencicahnya yang perghh cakap banyak pun tak guna la. Bukan setakat ikan malah ada juga sotong bakar untuk beberapa jenis seafood yang lain. Korang kena datang awal, kalau tak memang tak ada tempat untuk korang makan nanti. Warung Ikan Bakar Kak Jat ni beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 3 petang setiap hari.

*****

So macamana dengan Top 5 Famous Foods To Eat In KL yang aku kongsikan tadi. Menarik tak? Actually ada banyak lagi tempat makan dan menu menarik yang ada di sekitar KL ni. Tapi insyaAllah next time aku kongsikan lagi ye. Menjejes air liur aku bila aku ingat balik satu-satu menu yang aku kongsikan tadi, lebih-lebih lagi ikan bakar. Okay lah nak call Foodpanda jap. Nak order makanan. see you next time. Bye!


2 Comments

  1. sedap sedap belaka.. terliur pula bila nampak ni haaa...

    ReplyDelete
  2. Thanks for taking the time to discuss this, I really feel strongly about it and love learning extra on this topic. Important and famous people from throughout history born on this day. Search thousands of historical, noteworthy and Celebrity birthdays in our archives.

    ReplyDelete