Nikmati Makanan Korea Halal Di Eid Authentic Korean Cuisine Bangi


Bismillah,

Kepada mereka yang craving nak makan makanan Korea halal, apa kata aku cadangkan korang ke Eid Authentic Korean Cuisine. Aku cadang ni pun sebab aku baru je pergi semalam. Memang padu rasa dia. The real Korean taste tau. Bukan masakan Korea citarasa tempatan hahaha.


Actually restoran Eid Authentic Korean Cuisine ni ada 3 cawangan kat Malaysia buat masa ni iaitu Petaling Jaya, Seremban dan Bangi. Haa yang aku pegi semalam tu kat cawangan Bangi Seksyen 9, kat area Bangi Sentral tu (belakang PKNS Bangi). Aku datang lepas maghrib, restoran dah penuh dengan orang. Mujur la aku buat RSVP awal. Kalau tak satu keje nak menunggu plak. Tu pun aku ikutkan puan isteri, ntah tetiba dia nak makan makanan Korea plak. Adeh!


Cawangan restoran Eid Authentic Korean Cuisine Bangi ni takde besar mana. Tak tau la cawangan lain macamana plak. Tapi simple dan teratur la. Berhawa dingin ye. Servis pun pada aku boleh tahan cepat. Aku tak tunggu lama untuk dapat menu-menu yang dipesan. Dalam 15 minit macamtu sampai dah menu pertama. Cuma satu je la lighting dia kuning. Kalau putih mesti lebih terang, boleh dapat shot cantik untuk social media huhu.


Okay menu-menu dia banyak tau. Actually apa yang aku jumpa kat rancangan masakan Korea yang selalu aku tengok petang-petang tu, ada dalam buku menu dia. Selama ni dok telan air liur je kan, nah kali ni aku nak cuba sendiri. Order aku serahkan pada puan isteri. Tapi tengok cara dia order macam esok gaji tu. Lepas dia pesan menu ke- 5 aku terus pulangkan balik buku menu kat waiter. Haha cukup la kang sape nak makan order banyak-banyak. Kami order Korean Ramyeon With Dumpling - RM14.90, Cheese Tokpokki - RM17.90, Sweet Spicy Soteok - RM7.90, Cheesy Corn Sausage - RM9.90 dan Beef Bibimbap - RM22.90.





Sekali pesanan kitorang sampai, mak aih punyala besar dia punya portion. Tu baru sampai dia punya Beef Bibimbap. Belum lagi Ramyeon with Dumpling dan Tokpokki. Aku pandang puan isteri.. puan isteri pandang aku. Macamana nak abiskan ni. Banyak weh. Satu menu tu memang cukup untuk 2 orang dewasa tau. Dia punya Cheesy Corn Sausage pun sama saiz ngan lengan anak aku 7 tahun.



Tapi menu-menu kat restoran Eid Authentic Korean Cuisine Bangi ni boleh tahan sedap. Bukan versi masakan Korea yang disesuaikan dengan tekak tempatan ye. Memang betul-betul auntentic Korean cuisines. Korang boleh rasa macamana real Kimchi yang dimakan bersama Ramyeon, Tokpokki yang rasanya kenyal macam dodol dimakan bersama kuahnya pedasnya yang sedikit manis dan Beef Bibimbap nya yang penuh dengan daging dan ramuan lain, mempunyai rasa unik dan sangat mengenyangkan. Tersandar aku weh!




Aku surrender awal. Aku tengok puan isteri dan anak aku masih makan lagi. Tak pe la janji dorang boleh habiskan sudah. Kalau tak habis pun, korang boleh tapau bawak balik ke rumah. Eid Authentic Korean Cuisine Bangi dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 11.30 malam setiap hari. Korang jangan bimbang sebab central kitchen dorang dah dapat sijil halal daripada JAKIM tau. So makan lah tanpa rasa was-was.


So kalau korang nak tau maklumat lanjut atau nak buat tempahan awal, boleh rujuk maklumat di bawah ni ye.

Eid Authentic Korean Cuisine
8-19-01, Jalan Medan PB 7A
Seksyen 9, 43650 Bangi

Contact :
03-8912 4079

Instagram :

Facebook :


0 Comments