Pakej Perkahwinan Lengkap Di OKAD Event Space, Shah Alam



Bismillah,

Last night aku attend kenduri kahwin kat OKAD Event Space yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Ni pertama kali aku ke OKAD Event Space ni. OKAD Event Space ni terletak di Radia Bukit Jelutong, berhadapan dengan Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah. Tak susah pun nak cari. Aku sampai kat OKAD Event Space tu pun dalam pukul 6.30 petang. Actually sebenarnya aku risau takde parkir, tu yang aku datang awal. Rupa-rupanya kat OKAD Event Space banyak parkir kenderaan. So kalau korang ada event kat sini memang tak perlu risau pasal parkir kenderaan la.



Majlis dijangka bermula pukul 9 malam, iaitu kedua-dua pengantin masuk dan naik ke pelamin. Dalam tempoh masa tu aku pun usha la apa yang menarik yang ada kat OKAD Event Space ni. First thing first, tatkala aku masuk ke pintu utama OKAD Event Space, aku tengok seluruh ruang dipenuhi dengan dekorasi bunga-bungaan. Daripada walkaway, pelamin, meja buffet, meja tetamu, meja makan beradab semuanya berkonsepkan taman yang dipenuhi bunga berwarna putih. Sangat elegan dan cantik. Malah limpahan cahaya lampu berwarna putih dan biru menaikkan lagi seri majlis di OKAD Event Space pada malam itu. Serius aku terpegun. Sangat wow okay!



Kalau nak dikira meja tetamu yang ada malam tu di OKAD Event Space adalah dalam anggaran 20 ke 22 buah meja macam tu. Aku rasa kalau korang nak letak lebih pun boleh, tapi maksimum boleh masuk dalam 30 buah meja. Tapi pada aku dalam 22 ke 25 tu dah cukup cantik dah, ada lah ruang untuk orang berjalan lalu antara meja dan tak nampak sesak sangat. Satu meja boleh menempatkan seramai 10 orang tetamu. So okay la kan?




Then kat OKAD Event Space tu ada bilik untuk mengisi makanan dan menyediakan hidangan malah ada juga bilik untuk persiapan para pengantin yang dinamakan bilik Bidadari. Dalam bilik Bidadari tu ada ruang untuk pengantin bersolek, bersiap dan untuk keluarga pengantin berehat sementara majlis bermula. Luas jugak la biliknya siap ada sofa lagi. Selain daripada itu ada juga ruang kot la korang nak letak live band untuk majlis korang nanti kan? Sempurna event ko di OKAD Event Space nanti!




Oh lupa nak bagitau kepada mereka yang nak menunaikan solat, ada surau lelaki di tingkat 2 dan surau wanita di tingkat 1 bangunan. Tandas pula ada di tingkat bawah sama level dengan OKAD Event Space tu. Semuanya dekat-dekat je. Tapi kalau korang nak solat kat Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah pun boleh, jaraknya pun aku anggarkan dalam 100 meter je dari OKAD Event Space tu.




Okay bab harga plak aku ada tanya staf yang bertugas kat sana. Aku rasa dia PR OKAD Event Space tu. Event yang aku attend malam tu adalah costom package. So untuk costomade lain harganya. 

Kalau korang nak harga pakej biasa pun ada. Antara pakej-pakej yang ada disediakan di OKAD Event Space ni adalah :




BRONZE WEDDING PACKAGE
RM21,900 - 500 pax
RM26,900 - 1000 pax

PAKEJ (A)
  • Bilik berhawa dingin
  • Bilik persiapan pengantin
  • 4 VIP dome
  • 12 orang krew beruniform
  • Dekorasi dewan
  • Dekorasi meja beradab
  • Dekorasi meja buffet
  • PA sistem
  • Ruangan parkir
  • Servis RELA
  • Koordinator perkahwinan
  • Katering 2 nasi, 4 lauk, 2 air dan 2 buah

FREE
Photographer
Make-up artist
2-tiers wedding cake
Teh, kopi 'o' & 2 jenis kuih

**********




SILVER WEDDING PACKAGE
RM23,900 - 500 pax
RM28,900 - 1000 pax

PAKEJ (B)
PAKEJ (A) + Tambahan pakej
Katering 2 nasi, 6 lauk, 2 air dan 2 buah
Penginapan 2H1M di Hotel Concorde Shah Alam

FREE
Photographer
Make-up artist
Wedding card
3-tiers wedding cake
Teh, kopi 'o' & 4 jenis kuih

**********




GOLD WEDDING PACKAGE
RM24,900 - 500 pax
RM29,900 - 1000 pax

PAKEJ (B) + Tambahan pakej
Katering 2 nasi, 7 lauk, 2 air dan 2 buah

FREE
Photographer
Make-up artist
Wedding card
3-tiers wedding cake
Teh, kopi 'o' & 4 jenis kuih

*Ni harga promosi sehingga Mac 2020

Ni plak adalah senarai vendor yg bekerjasama untuk wedding yang aku pegi semalam. Korang boleh check kat Instagram dorang ye :-



  • Deco & Planner by @myj_by_nabie
  • Dress by @myj_by_nabies
  • Make-up by @nurulshukor_official @queenxenddra_
  • Card Printing @th3goodman
  • Video & Photography @kuppifilm
  • Catering oleh @zai.srigemilang
  • Selawat pengantin by @mh.hanafi
  • Band oleh @lerumbaofficial
  • Lighting oleh @warisanstudio_
  • Hall oleh @okad_event_space




So kalau korang berminat nak tau lebih lanjut berkenaan pakej yang ada OKAD Event Space ni, korang boleh contact person incharge :

👉 012-686 4515 (Az)
👉 017-735 0117 (Hamidah)
👉 017-650 3436 (Majidah)


OKAD Event Space
No. 2A, Persiaran B,
Seksyen U8, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor

Emel


Facebook : okadeventspace
Instagram : okad_event_space


#okad #dewankahwin #bukitjelutong #akadnikah #jomkahwin #kahwinlahexpo #weddingdecor #weddingdress #weddingdaykl #pelaminkl #weddingmakeup #weddingkualalumpur #okadeventspace #eventspacemalaysia #shahalam #pakejperkahwinan #openday #weddfest #wedding #weddingphotography #eventplannerkl #weddingideas #malaywedding #kualalumpurwedding #catererkl #weddingday #pelamindewan #eventvenuekl #pakejperkahwinan2020 #berendoi #pakejaqiqah #istanashahalam #pelaminaqiqah #aqiqahshahalam #kerabatselangor #dewankualalumpur #pakejnikah #hitea #hiteabuffet #corporateevents #occasion #emcee #pakejkatering #weddinginspiration #eventvenue #eventvenuemalaysia #aqiqah #cukurjambul #selangorroyale #katering #pelaminbuaian #aqiqahkl #dewanshahalam #bertunang #pakejtunang #hiteatime #dinner #corporate #liveband #eventspaces

1 Comments