Promosi Buffet Ramadhan Bertemakan Taste Of Malaysia Di Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam


Bismillah,

Memandangkan Ramadhan bakal tiba dalam sebulan lagi, jadi masing-masing tengah sibuk mencari lokasi untuk tempahan berbuka puasa bagi syarikat dan persendirian. Bukan gelojoh tetapi kebanyakan hotel-hotel akan memberikan harga jauh lebih murah jika tempahan dapat dibuat lebih awal (early bird). Kalau tempah lewat, kemungkinan akan menghadapi masalah seperti tempahan penuh ataupun tamat harga promosi.


Jadi kepada yang tengah riki lokasi berbuka puasa tahun ini, aku nak share lokasi ketiga untuk buffet Ramadhan tahun ini iaitu Laman Kayangan yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Menariknya lokasi yang aku cadangkan ini terletak betul-betul di kawasan tumpuan utama warga Shah Alam, iaitu di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Selangor.



Di buffet Ramadhan Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam suasananya luas, selesa dan cantik di samping korang menikmati juadah berbuka puasa, korang boleh melihat fasiliti yang ada di sana. Dewannya fully aircondition ye dan menu-menu yang ditengahkan kali ini adalah berasaskan menu masakan tradisi tempatan dengan bertemakan Taste Of Malaysia.


Bertemakan Taste Of Malaysia kali ini, beberapa jenis menu telah diperkenalkan antaranya seperti Laksa Johor, Sup Daging Merah, Nasi Dagang Pak Hassan, Laksa Penang, Mee Kari Lo Keng, Mee Goreng Sambal Sotong dan Lambak Char Kuey Teow. Selain daripada itu korang kena cuba sendiri menu special yang ada disajikan di buffet Ramadhan Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam nanti seperti Tempoyak Ikan Patin Temerloh, Asam Pedas Ikan Pari Parit Sulong, Ayam Ghondang Podeh Jolobu, Ayam Kapitan Jonker, Sambal Sotong Kering Dengan Petai Banting dan Rendang Tok Temong. Memang padu beb!


Bukan tu saja, malah menu lain yang boleh korang temui di buffet Ramadhan Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam adalah Gulai Ikan Keli Tanjung Dawai, Daging Kerutuk Daging Mas, Sayur Pucuk Ubi Masak Tempoyak dan Nasi 7 Benua. Bukan setakat menu tempatan malah menu western turut memeriahkan buffet Ramadhan Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam antaranya Pasta Pastu, Carbonara Mushroom, Bolognaise, Aglio Olio dan Mix Sefood & Vegetables. Malah Kambing Golek turut tidak ketinggalan dalam memenuhi permintaan pengunjung di buffet Ramadhan Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam kali ini.



Kepada korang yang tak nak makan berat-berat, boleh je ke kaunter buah-buahan. Kalau tak silap aku ada lebih 5 jenis buah-buahan disajikan sempena buffet Ramadhan Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam nanti. Malah ada stall yang menyediakan Nasi Gulung Special tau. Nasi Gulung ni macam sushi la cuma inti dan bahan-bahan pembuatannya diolah mengikut selera tempatan seperti Rendang Ayam, Kari Ikan, Sambal Telur dan Masala Daging.



Bukan itu sahaja, kepada penggemar sajian pencuci mulut korang boleh cuba Dadih Buahan, Cendol Ais Sagat, Ais Kacang Macam-Macan dan Ais Krim Lejen. Malah ada lebih 10 jenis manisan lain seperti kek, kuih muih raya dan puding turut dihidangkan sewaktu buffet Ramadhan Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam itu nanti. Air balangnya juga banyak, ada 6 jenis kesemuanya dan kepada peminat minuman panas, turut disediakan Air Teh Tarik dan Kopi O Kaw untuk korang. Di sana juga ada disediakan surau dan kemudahan tandas malah tetamu turut dihiburkan dengan persembahan Ghazal.



So berapa plak harga buffet Ramadhan Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam ni ye?

Harga buffet Ramadhan Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam
RM69 nett per person (dewasa)
RM39 nett per person (kanak-kanak)

Tarikh :
bermula 25 April - 20 Mei 2020

Promosi Early Bird :
1 Mac- 24 April 2020

Harga (Early Bird):
RM59 nett per person (dewasa)
RM35 nett per person (kanak-kanak)

FAMILY PACKAGE
RM138 - Beli 2 Dewasa, PERCUMA 1 Kanak-kanak

RM621 - Beli 9 Dewasa, PERCUMA 1 Dewasa.




So untuk sebarang pertanyaan berkenaan promosi buffet Ramadhan Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam atau pakej-pakej yang disediakan, korang boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah ni ye.


Laman Kayangan
D/a Dataran Karyawan,
Kompleks Belia & Sukan Negeri Selangor,
Seksyen 7, Shah Alam
Selangor.

Maklumat lanjut sila hubungi :

Facebook
@lamankayanganshahalam 

Instagram
@lamankayanganshahalam

1 Comments