Promosi Buffet Ramadhan Bertemakan Fiesta Rasa Muhibbah Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel


Bismillah,

Memandangkan Ramadhan bakal tiba dalam dua bulan lagi, jadi masing-masing tengah sibuk mencari lokasi untuk tempahan berbuka puasa bagi syarikat dan persendirian. Bukan gelojoh tetapi kebanyakan hotel-hotel akan memberikan harga jauh lebih murah jika tempahan dapat dibuat lebih awal (early bird). Kalau tempah lewat, kemungkinan akan menghadapi masalah seperti tempahan penuh ataupun tamat harga promosi.



Jadi kepada yang tengah riki lokasi berbuka puasa tahun ini, aku nak share lokasi kedua untuk buffet Ramadhan tahun ini iaitu Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel yang terletak di Jalan Sultan Ismail, Chow Kit KL. Menariknya lokasi yang aku cadangkan ini terletak betul-betul di kawasan tumpuan utama warga KL, setentang dengan Quill City Mall dan UniKL. Kalau korang nak ke Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Rahman pun tak jauh, anggaran dalam 10 minit perjalanan berjalan kaki. Jadi kepada sesiapa yang tidak mahu bersesak-sesak menghadapi trafik, boleh menaiki monorail dan turun di Stesen Monorail Medan Tuanku ataupun di LRT Dang Wangi.




Di buffet Ramadhan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel suasananya luas, selesa dan cantik di samping korang menikmati juadah berbuka puasa, korang boleh melihat fasiliti yang ada di sana. Menu-menu yang ditengahkan kali ini adalah berasaskan menu masakan tradisi daripada Executive Sous Chef, Hazif Ramli dan team dengan bertemakan Fiesta Rasa Muhibbah.



Bertemakan Fiesta Rasa Muhibbah kali ini, beberapa jenis menu telah diperkenalkan oleh Chef Hazif Ramli antaranya seperti Kambing Carik, Sup Tulang Berempah dimakan bersama roti Benggali, Itik Salai Masak Lemak Cili Api dan Asam Pedas Ikan. Korang kena cuba sendiri dua menu tadi, Itik Salai Masak Asam Pedas dan Asam Pedas Ikan Pari sebab tu antara menu spesial Chef Hazif Ramli tau. Memang padu beb!




Bukan tu saja, malah menu lain yang boleh korang temui di buffet Ramadhan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel adalah Daging Dendeng yang dimakan bersama lemang, Nasi Kukus Bersama Gulai Kawah, Satay, Roti John, Roti Canai, Murtabak Ayam dan Shwarma. Manakala lauk-pauk yang dihidangkan juga tak kurang hebatnya, terdiri dari pelbagai variasi antaranya Ikan Keli Masak Lemak Cili Api, Sambal Terung, Sambal Sotong, menu berasaskan Udang, Ketam, Kambing, Lembu, Ikan, Ayam dan banyak lagi.




Malah kalau korang nak lauk sampingan pun ada seperti Kerabu Betik Muda, Kerabu Kacang Panjang dan Kerabu Sotong Jantung Pisang. Pergh dimakan plak dengan pelbagai jenis ulam-ulaman dan variasi sambal, aku kira boleh dua tiga pinggan jugak la korang makan nanti haha. Ke kepada korang yang taknak makan berat-berat, boleh je ke kaunter buah-buahan. Kalau tak silap aku ada lebih 5 jenis buah-buahan disajikan sempena buffet Ramadhan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel nanti.




Bukan itu sahaja, kepada penggemar sajian pencuci mulut korang boleh cuba Sira Pisang Raja, Sago Gula Melaka Berkrim dan Pengat Durian. Malah ada lebih 10 jenis manisan lain seperti kek, kuih muih raya dan puding turut dihidangkan sewaktu buffet Ramadhan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel itu nanti. Air balangnya juga banyak, ada 6 jenis kesemuanya dan kepada yang inginkan minuman panas turut disediakan coffee maker untuk korang.




So berapa plak harga yang ditawarkan di buffet Ramadhan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel ni ye?

Harga Buffet Ramadan Sheraton Imperial Kuala Lumpur

RM148 nett per person (dewasa)
RM74 nett per person (kanak-kanak)

Tarikh :
bermula 24 April - 23 Mei 2020

Promosi Early Bird :
1 Mac- 23 April 2020

Harga (Early Bird) :
RM98 nett per person



PAKEJ KAREEM 
Malah kalau korang plan nak stay di buffet Ramadhan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel sambil berbuka pun ada pakej untuk korang tau. Korang boleh memilih Pakej Kareem, iaitu pakej bilik termasuk sahur (atau sarapan pagi) dan diskaun 20% untuk buffet Ramadhan Fiesta Rasa Muhibbah di Essence pada harga RM315++



FIESTA RASA MUHIBBAH - Kita-Kita Aje 
Manakala bagi syarikat, badan korporat atau individu yang ingin membuat event berbuka secara beramai-ramai boleh mengambil pakej FIESTA RASA MUHIBBAH - Kita-Kita Aje ni. Harga RM98 nett bagi setiap orang, minimum tempahan 50 orang. So korang boleh makan sekali dan berbual bersama-sama rakan dan teman sepejabat.


So untuk sebarang pertanyaan berkenaan promosi buffet Ramadhan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel atau pakej-pakej yang disediakan, korang boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah ni ye.


Tempahan Tempat Makan
Tel : +6012 337 9980

Tempahan Katering Kita-Kita Aje

Tempahan Bilik
Tel : +603 2717 9900


Instagram



1 Comments

  1. Ok, akak tunggu Afzal sponsor akak utk iftar dekat sini ye nnt :)

    ReplyDelete