MORATORIUM 6 BULAN - Pinjaman Saya Masih Ditolak Pada Payslip


(Khas untuk penjawat awam yang mempunyai pinjaman peribadi kerajaan dengan bank CIMB)

Bismillah,

Pinjaman Saya Masih Ditolak Pada Payslip | Aku baru dapat call customer service HQ CIMB tadi. Berkenaan personal loan korang yang masih ditolak pada payslip, pegawai CIMB ada memberitahu yang dalam tempoh 6 bulan ini (tempoh moratorium 6 bulan) pemotongan pinjaman pada payslip korang tetap akan dilakukan oleh pihak ANGKASA seperti biasa.


BILA PIHAK BANK AKAN BUAT REFUND?
Apabila tiba hujung bulan nanti (30 & 31 setiap bulan), pihak ANGKASA akan membuat pembayaran balik kepada Bank CIMB. Then duit korang tu akan dipulangkan kembali ke dalam akaun bank CIMB korang selepas 3 hari waktu bekerja.


BAGAIMANA MEREKA YANG TIADA AKAUN CIMB?
Kepada yang tiada akaun CIMB, korang hendaklah maklumkan kepada pegawai2 CIMB (telefon /messenger /emel) akaun bank korang yang aktif untuk proses pengembalian potongan. Sebaiknya korang call customer servis HQ CIMB 03-62047788 untuk pertanyaan lanjut.

Reply details seperti yang diminta sekiranya korang tak berminat/tidak mahu pinjaman korang dipotong pada slip gaji

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, korang boleh mesej Facebook CIMB atau call customer service HQ CIMB 03-62047788. Panduan ini tertakluk kepada mereka yang mempunyai pinjaman peribadi kerajaan dengan Bank CIMB sahaja.

Kalau korang dah dapat mesej ni, maknanya duit pemotongan korang pada payslip akan dipulangkan kembali ke dalam akaun CIMB korang.

BAGAIMANA DENGAN PINJAMAN BANK-BANK LAIN?
Sekiranya korang mempunyai masalah yang sama dengan pinjaman bank atau institusi pinjaman lain, boleh call pusat panggilan bank tersebut untuk mendapat penjelasan lanjut kerana setiap bank tidak sama proses pemulangan potongannya.

Harap artikel ini dapat membantu mereka yang ingin mendapatkan balik pinjaman peribadi CIMB yang ditolak di dalam payslip untuk tempoh 6 bulan ini.

0 Comments