Redmi Note 9S Edisi Terhad Kini Di Shopee


Bismillah,

Pelopor teknologi global Xiaomi memperkenalkan model terbaru Xiaomi di Festival Mi Fan global 2020. Model terbaru Xiaomi yang dimaksudkan itu adalah Redmi Note 9S, eksklusif hanya di Shopee.


Model Redmi Note 9S ini didatangkan dalam varian Limited Edition Grey untuk model 6GB + 128GB. Bersempena dengan Festival Fan Mi 2020, Redmi Note 9S edisi terhad ini hanya dikeluarkan 2020 unit sahaja bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. 


Keunikan model Redmi Note 9S ini adalah ia mempunyai cetakan logo Mi Fan Festival 2020 yang terukir di belakang telefon. Fans Mi boleh mendapatkan model edisi terhad ini dengan spesifikasi 6GB + 128GB Global Versi Redmi Note 9S pada harga RM899 (RRP: RM949) apabila mereka membelinya di Shopee, dan menerima Xiaomi Mi Smart Band 4 secara PERCUMA bernilai RM149.


Jom dapatkan Redmi Note 9S ni di jualan 4.4 Shopee Brand Festival dari pukul 12 pagi, 12 tengahari dan 8 malam setiap hari untuk lebih penjimatan dari 20 Mac hingga 4 April 2020. 

0 Comments