Resepi Masakan Chicken Butter Sedap & Mudah


Bismillah,

So kali ni aku nak kongsikan pula cara penyediaan resepi Chicken Butter yang mudah lagi menyelerakan gitu. 


Bahan-Bahannya :

👉 Ayam dipotong kecil (4-5 ketul ayam)
👉 Butter 3 sudu besar
👉 1 biji bawang besar dihiris halus
👉 3 ulas bawang putih dihiris
👉 Beberapa helai daun kari
👉 1 biji lada merah dihiris
👉 3 biji cili api
👉 1/2 tin susu cair
👉 1 cawan tepung serbaguna
👉 Minyak masak

Cara Penyediannya :

Bahan A :
👉 Gaul ayam dengan tepung serbaguna.
👉 Goreng ayam dan toskan.

Bahan B :
👉 Masukkan 3 sudu besar butter
👉 Tumis bawang putih & bawang besar
👉 Masukkan lada merah
👉 Masukkan daun kari & cili api
👉 Masukkan 1/2 tin susu cair
👉 Tunggu sehingga mendidih
👉 Masukkan ayam yang telah digoreng
👉 Gaul sehingga sebati
👉 Setelah cukup pekat, sedia dihidang


So selamat mencuba dan selamat menjamu selera 😘


0 Comments