Resepi Nasi Goreng Cina Perencah ADABI


Bismillah,

So hari ni aku nak share resepi mudah untuk korang iaitu Nasi Goreng Cina Perencah ADABI. Kita masak nasi goreng instant hari ni eh. Yang penting korang kena beli perencah Nasi Goreng Cina ADABI tau. Harga dia RM1.50 sebungkus je macam tu.


So apa lagi kita tunggu moh la kita mulakan sekarang 😍

Bahan-Bahannya :

  1. Nasi putih untuk 2 - 3 orang makan
  2. Bawang putih dan bawang besar dihiris halus
  3. Dada ayam dipotong dadu
  4. Kacang panjang potong pendek
  5. Lobak merah dipotong dadu kecil-kecil
  6. Minyak masak
  7. 1 bungkus perencah Nasi Goreng Cina ADABI

Cara-Cara Penyediaan :
  1. Panaskan minyak masak
  2. Tumis hirisan bawang besar dan bawang putih.
  3. Masukkan dada ayam. Goreng hingga ayam masak.
  4. Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Goreng seketika.
  5. Masukkan 1 biji telur ayam. Gaul seketika bersama bahan-bahan tadi.
  6. Masukkan nasi putih.
  7. Tambah 1 bungkus perencah Nasi Goreng Cina ADABI. Gaul sehingga sekata.
  8. Setelah itu boleh lah diangkat untuk dihidang.


Selamat mencuba dan selamat menjamu selera guys 🥰

3 Comments

  1. waaa.. nmpak sedap. pejam mata pun boleh masak ni.. Adabi melazatkan! adabi menyelerakan!

    ReplyDelete
  2. In the event that you set out to make me think today; mission achieved! I truly like you're composing style and how you express your thoughts. Much obliged to you. Insta stalker is one of the best anonymous Instagram stories viewer. You can use it to stalk stories and users.

    ReplyDelete