Resepi Ramadhan Menggunakan Kentang USA


Bismillah,

Setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan, kita sebagai rakyat Malaysia berasa cukup bertuah kerana kita dihidangkan dengan pelbagai juadah enak dari setiap pelusuk negeri. Ada yang biasa kita jumpa dan ada di antaranya yang hanya ditemui ketika bulan Ramadhan sahaja. Menu-menu ini bukan sahaja dinikmati oleh mereka yang beragama Islam sahaja malah turut dikongsi bersama penganut agama lain yang turut meraikan kedatangan bulan Ramadhan.


Dalam kita gembira menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan, pada masa yang sama juga kita perlu menjaga dan mengawal pengambilan makanan kita setiap hari. Kira perlu tahu apa yang kita makan, nilai kalori dan kesannya sekiranya kita mengambil dalam kuantiti yang berlebihan. Mengambil makanan secara berlebihan akan menyebabkan kita sukar untuk beribadat seperti solat terawih dan mengakibatkan penyakit lain seperti diabetes, gout dan penyakit darah tinggi.


Menurut pakar diet, Cik Nurul Aziah Muda makanan berkanji dan berserat seperti kentang boleh mengawal ketidakhadaman dan pedih hulu hati ketika sedang berpuasa. Pengambilan menu berasaskan kentang mampu membuatkan kita rasa kenyang sepanjang hari. Kentang merupakan sumber makanan tinggi vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan di dalam badan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan juga membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam badan.



So kat sini aku nak kongsikan tips pemakanan yang boleh kita amalkan sewaktu di bulan Ramadhan :


1 | Amalan Sewaktu Bersahur
  • Pastikan anda bersahur kerana ianya merupakan sunnah, dapat mengawal tahap gula darah dan memberikan tenaga sepanjang hari.
  • Pastikan pengambilan karbohidrat kompleks seperti Potatoes USA untuk membekalkan tenaga lebih lama
  • Kurangkan pengambilan garam untuk mengurangkan rasa haus pada siang hari
  • Elakkan pengambilan kafein kerana ianya boleh mempercepatkan dehidrasi kesan daripada diuretik

2 | Amalan Sewaktu Berbuka
  • Semasa iftar, adalah digalakkan untuk kita mengambil makanan yang ringkas seperti kurma terlebih dahulu untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.
  • Utamakan air kosong dalam 6 ke 8 gelas sehari.
  • Makan secara perlahan dan tidak gelojoh.
  • Kawal saiz hidangan makanan
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak.
  • Kurangkan makanan tinggi gula dan garam.

Di samping kuantiti, kualiti makanan dari sumber yang baik seperti kentang juga perlu dititik beratkan dalam merancang diet semasa Ramadhan. Potatoes USA jenis Russet adalah berkualiti dan segar, dan ianya menjadi pilihan saya dalam merancang menu makanan harian. Rasanya yang sangat sedap dan disamping berkhasiat dapat membekal keperluan nutrisi untuk keluarga saya.



Pemilihan makanan dari sumber berkualiti adalah penting dan pastikan cara penyediaan adalah mengikut panduan makanan sihat. Semoga Ramadhan kali ini merupakan titik permulaan untuk kita mengubahsuai corak pemakanan kita ke arah pemakanan yang seimbang, sihat dan pada masa yang sama hemah belanja.

So di sini aku nak kongsikan juga dua (2) jenis menu daripada kentang USA jenis Russet yang sangat sesuai diambil ketika bersahur dan berbuka.


Resipi Berbuka
Begedil Kentang A.S. (U.S. Potatoes) dan Oats Air Fryer


Bahan-bahannya :
  1. 2 biji kentang Russet A.S (rebus dan lenyek)
  2. 2 biji telur
  3. 8 sudu besar oats
  4. Cili merah / cili hijau hiris halus
  5. 5 sudu besar bawang goreng
  6. 1 biji bawang besar
  7. Garam
  8. Lada sulah
  9. Lada hitam

Cara Penyediaan :
  1. Gaul sebati semua bahan2 dan bentukkan bulat
  2. Renjis dengan minyak zaiton
  3. Panaskan air fryer dengan suhu 180c 
  4. Masukkan begedil ke dalam bakul air fryer. Masak selama 10 minit.
  5. Siap untuk dihidangkan

Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:

👉 Kalori 133
👉 Protein 5.5g 👉 Lemak 3.3 g
👉 Serat 0.7 g Hidangan ini adalah sihat kerana menggunakan air fryer dan kita dapat mengurangkan penggunaan minyak. Begedil boleh dimakan bersama hidangan lain dan boleh juga dimakan bersama sup soto ketika berbuka.


**********

Resipi Sahur Pai Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Daging Sihat Ramadhan


Bahan-bahannya :
  • biji kentang Russet A.S, buang kulit dan potong dadu
  • 1 biji lobak merah
  • 1 sudu makan mentega
  • Sedikit garam
  • 4 sudu makan bawang holland cincang
  • 50 gm keju cheddar
  • Sedikit lada hitam
  • 2 sudu makan tepung
  • 1 sudu makan minyak sayuran
  • 1 bji bawang cincang
  • 500g daging kisar
  • 1 susu makan sos tomato
  • 180 ml stok daging

Cara Penyediaan
  1. Rebuskan kentang Russet A.S hingga lembut.
  2. Tos dan lenyek, campurkan mentega, bawang cincang dan keju chedar.
  3. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
  4. Rebus lobak hingga lembut. Tos dan lenyek. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak, masukkan bawang cincang dan tumis layu.
  6. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging menjadi perang.
  7. Masukkan tepung dan masak sebentar.
  8. Tuangkan stok daging dan sos tomato. Biarkan mendidih, kawal api dan masak selama 5 minit.
  9. Bakar selama 25 minit dalam ketuhar pada suhu darjah 190 C sehingga ia masak sepenuhnya.
  10. Tuangkan daging dalam loyang dan ratakan. Kemudian masukkan lobak dan ratakan, diikuti adunan kentang Russet A.S dan akhir sekali taburkan keju cheddar di atasnya.
  11. Sedia untuk hidang dan dinikmati
Resipi ini mudah dah ringkas untuk juadah lengkap ketika bersahur. Ia sesuai untuk semua golongan umur dan rasanya yang enak pasti akan membangkitkan selera ketika bersahur terutamanya untuk anak-anak.
Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:

👉 Kalori 377 👉 Protein 34.2 👉 Lemak 13.6 g 👉 Serat 1.4 g

3 Comments

  1. Nak kene bakar ni yang leceh ni..hehehe..tu dai kemain menu sahur dia

    ReplyDelete
  2. dah boleh la kot ngantor2 sini sket.. hehehe

    ReplyDelete
  3. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete