Pelancaran PROJEK G.I.L.A Sempena Ulang Tahun Lefthanded Ke-40


Bismillah,

Baru-baru ni aku berkesempatan mengikuti liputan Pelancaran PROJEK G.I.L.A Sempena Ulang Tahun Lefthanded Ke-40 yang bertempat di Kuchai Lama Kuala Lumpur. Antara tetamu yang turut menghadiri majlis tersebut adalah seperti Dato' Nash, Man Kidal, Head of Malaysia Regional of E-Green Entrepreneur, Mr. Paul Raj Thurairaj, wakil syarikat Herblab - Thailand dan Mr. Safizan Ikhzani Abdul Razak.


Last aku bergambar ngan Dato' Nash adalah ketika umur aku 12 tahun. Masa tu Dato' Nash ada buat persembahan kat Taman Tasik Permaisuri. Tapi kali ni sekali lagi aku bertemu dengan Dato' Nash setelah 25 tahun. Suara beliau yang husky tu betul2 memukau dan sama je seperti dulu. Tak ramai penyanyi BBNU kini mempunyai ton suara macam tu.

ihsan Harian Metro

Ada banyak lagu-lagu dendangan beliau yang cukup hit sewaktu bersama kumpulan Lefthanded dulu antaranya seperti Ku Dihalaman Rindu, Tiada Lagi Kidungmu, Debunga Wangi dan banyak lagi. Malah beliau juga pernah hit dengan lagu dendangan beliau sendiri sewaktu bergerak solo iaitu Pada Syurga Di Wajahmu yang sering berkumandang di corong-corong radio malah lagu tersebut pernah merangkul gelaran juara lagu di pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-7 pada tahun 1992.


Lebih-lebih lagi bersempena 40 tahun penglibatannya dalam dunia seni ni bersama kumpulan Lefthanded, Dato' Nash dan Man Keedal bersama-sama berkolaborasi dengan syarikat produk kecantikan Herb Lab dan E-Green Entrepeneur bagi menjayakan PROJEK G.I.L.A.



PROJEK G.I.L.A stand for Gerakan Ilmu Laksana Agenda ini merupakan konsert Lefthanded yang bakal dilancarkan sebaik sahaja PPKP berakhir nanti. Konsert jelajah ini akan memilih 10 lokasi di seluruh Malaysia. So kepada peminat-peminat kumpulan Lefthanded, nantikan konsert jelajah PROJEK G.I.L.A ni nanti ye. Jangan lupa dapatkan tiket-tiket pada harga RM169 dan RM69 untuk ahli.



#projekgila #lefthanded #konsertlefthanded #BloggerMalaysia #afzalsukasukidotcom

0 Comments