Pet Carrier Murah Di Shopee


Bismillah,

Baru-baru ni aku beli pet carrier kat Shopee. Aku memang suka beli kat Shopee, bukan sejak PKP malah sebelumnya lagi. Senang kerja sebab online je kan. Okay berbalik kepada pet carrier yang aku dah beli tu. Aku order on 29 Mei 2020 dan aku terima parcel aku thru J&T pada 3 Jun 2020. Okay la kan tak sampai seminggu.


Aku suka design pet carrier ni sebab dia ada permukaan tembus pandang yang lebih luas untuk kucing-kucing dan haiwan peliharaan korang. Ada satu lagi design kalau korang dia cuma ada 1 permukaan tembus pandang yang agak kecil di bahagian tengah beg. Siapa pakai beg macam tu?



Sebenarnya dua-dua ada kebaikan dan fungsi yang berbeza. Ada kucing yang suka explore, ada juga yang penakut dan pemalu. So kepada kucing yang sukakan pemandangan luar, aku cadang ko beli la pet capsule carrier bag yang mempunyai permukaan tembus pandang yang lebih luas ni. 



Pet capsule carrier bag yang aku beli ni mampu memuatkan kucing dengan berat sekitar 7-8 kg. Ada poket tepi, ada zip ruangan kecil si bahagian tepi untuk korang main-main atau bagi makanan dan main zip untuk korang masukkan kucing korang tu. Beg ni ada pelbagai warna antaranya biru, merah, kuning, hijau dan hitam. Harganya pula sekitar RM40 hingga RM45 seunit. 


Tu harga paling murah aku dapat di Shopee tau. Kat pet capsule carrier bag store lain aku tengok harganya sekitar RM70 ke RM80 jugak. So kalau korang nak tengok atau nak beli boleh klik link dia kat bawah ni ⤵️


Memang berbaloi beli ngan Pafpetstore  kat Shopee ni, barang-barang pet lain pun murah-murah. Teruja plak aku tengok. Actually aku beli pet carrier ni sebab senang nak bawa kucing aku pegi vet. Kalau bawa pet carrier yang bimbit tu payah nak bawa naik motor hoho.


So selamat bershopping 😍

#petcarrier #begkucing #sangkarkucing

3 Comments

  1. comel begnya.. harga pun murah

    ReplyDelete
  2. Besar jugak tu. Senang ada carier ni. Kalau nak pi klinik pun senang. Tak la kucing asyik ke sana ke sini.

    ReplyDelete