Buka Kedai Atas Talian Dengan MeCan Trade


Bismillah,


MeCan Trade Kedai Atas Talian | Kini dunia sedang melalui fasa yang berbeza tak seperti selalunya. Dengan keadaan COVID 19 yang tiada tanda akan menyusut dalam jangka waktu terdekat ni. Banyak sektor pekerjaan terpaksa ditutup yang akhirnya akan memberi jalan kepada kemelesetan ekonomi dalam beberapa tahun ni. Kaedah perniagaan secara runcit dan konvensional tidak boleh dan tidak akan sama seperti 5 ke 10 tahun yang lalu kerana kekangan dan SOP baru yang terpaksa digunapakai dalam kehidupan seharian. Secara tak langsung orang akan mencari cara baru untuk berniaga dan bertahan dalam tempoh ekonomi yang sukar ini. Perniagaan baru yang memerlukan sedikit pelaburan dan memberikan penyelesaian yang cepat & pintar seperti perniagaan dalam talian mungkin merupakan kaedah yang paling berkesan untuk mula menjana pendapatan pasif hari ini.


MeCan Trade, platform e-dagang sehenti telah menawarkan jalan keluar untuk permasalahan ini. Sebagai duta besar, korang boleh membina e-Kedai korang sendiri hanya dengan beberapa klik sahaja. Korang juga boleh memilih pelbagai jenis produk terus dari pemilik produk tanpa perlu risau kos dan modal untuk memulakan atau menyimpan inventori.


MeCan Trade memanfaatkan kekuatan hubungan sesama manusia melalui program e-Dagangnya yang disebut MeCan Trade Ambassador Program di mana dengan kaedah ini, ia mampu mendorong usahawan baru dengan pengaruh sosial yang cukup besar untuk menjual barang yang berkaitan dari MeCan Trade ke rangkaian rakan & pengikut mereka. Bahagian terbaik adalah program ini memerlukan sifar pelaburan, sifar risiko, program pintar & sederhana yang berkesan di mana akan membantu menjana pendapatan yang besar bagi memulakan perjalanan keusahawanan dalam diri korang.

Semua Orang Boleh Berdagang
  1. Semua orang boleh menjadi usahawan sekarang dan berniaga apa saja dan di mana jua.
  2. Mulakan perniagaan korang sendiri, menjana pendapatan tambahan atau berkongsi / menggunakan produk yang berkualiti setiap hari.
  3. Ia adalah perniagaan sifar modal, sifar risiko dan peluang terbaik untuk memperoleh pendapatan pasif.
  4. Penyediaan e-kedai segera MeCan Trade adalah platform yang sentiasa menghasilkan peluang penjualan untuk korang.


Bagaimana MeCan Trade Berfungsi?
  1. Ini adalah penyelesaian bagi e-permulaan sehenti yang menghubungkan penjual dan pembeli di seluruh dunia.
  2. Penjual dapat mencipta platform penjualan dalam talian mereka sendiri dan menjadi pemilik perniagaan segera dengan pelbagai jenis produk / barang dagangan untuk ditawarkan tanpa perlu menyimpan stok atau memerlukan pelaburan modal yang besar.
  3. MeCan Trade adalah kedai atas talian sehenti yang mengurus keseluruhan proses pembelian dari A hingga Z , dari prosedur pendaftaran, pembelian, pembayaran hingga penghantaran ke depan pintu korang.
  4. Yang perlu korang lakukan hanyalah membuka e-Kedai yang siap tersedia di MeCan Trade, berkongsi produk pilihan korang dalam talian atau media sosial.
  5. Korang juga boleh berniaga di dalam mahupun luar negara.

MeCan Trade memanfaatkan kekuatan hubungan antara manusia. Melalui program e-commercenya, MeCan Trade Ambassador Program mendorong pengusaha baru dengan pengaruh sosial yang cukup besar untuk menjual barang-barang yang relevan dari MeCan Trade ke rangkaian rakan & pengikut mereka.


MeCan Trade diasaskan oleh Mr Andy Goh (bekas pengasas Oldtown dan pemilik rangkaian restoran Nam Heong sekarang). Beliau merupakan seorang yang sangat percaya pada teknologi dan kecekapan data yang besar, ingin memperluas formula kejayaan perniagaannya untuk membina dan mengubah semula perniagaan yang terkesan akibat kejatuhan ekonomi dan tempoh sukar ini.


Platform ini beribu pejabat di Kuala Lumpur kini mempunyai perdagangan bukan sahaja di Malaysia malah China, Thailand dan Indonesia. Rancangan pengembangannya di masa hadapan untuk merangkumi negara-negara Asia Tenggara lain seperti Singapura, Filipina, Vietnam, Kemboja, Laos dan Myanmar. Itu satu peluang besar untuk korang menjadi peniaga diperingkat antarabangsa.

Bagaimana Untuk Menjadi Sebahagian Ambassador MeCan Trade?


Sebagai duta (ambassador) kepada platform ini, aku sebenarnya gembira kerana dapat membangunkan kedai elektronik aku sendiri. Siapa yang tak nak menjana pendapatan pasif yang memerlukan adalah sifar modal dan sifar risiko? Aku boleh memberi tumpuan kepada rangkaian di internet yang merupakan kelebihan aku sekarang ni. Di sini aku nak berkongsi berita baik ini kepada korang kerana aku sebenarnya teruja dengan peluang e-perniagaan dan pelbagai yang ditawarkan e-kedai ini. Korang boleh dapatkan lebih banyak maklumat lanjut mengenai program MeCan Trade Ambassador dan rangkaian produknya yang menarik di pautan ini :


Amacam? Menarik tak interface kedai online yang aku daftar thru MeCan Tradr ni? Kalau aku boleh, korang pun boleh miliki kedai atas talian sendiri macam ni.

Apa Yang Didagangkan Di Platform MeCan Trade?
Untuk makluman korang, ada pelbagai item yang ada dijual di platform MeCan Trade ini. Bukan setakat barangan yang siap tersedia, malah korang juga boleh menjual barang-barang korang sendiri. Produk yang ada dalam platform MeCan Trade ini pun mempunyai rakan kongsi yang kuat dan rangkaian afiliasi ternama yang mampu memberikan kestabilan dan kelebihan tambahan untuk e-Kedai korang tu nanti.


Malah korang juga boleh mengubah dan mengatur kembali interface kedai atas talian korang mengikut citarasa yang korang mahukan seperti kedai atas talian ternama yang lain. Seronok sekiranya korang dapat melihat hasil kerja dan rupa e-Kedai korang dengan idea korang sendiri.


Antara barang yang laris jualannya di platform MeCan Trade ini adalah seperti
penyegar udara Vanzo. Korang biasa dengar tak? Vanzo ni sebenarnya pewangi kereta. Ia adalah produk daripada negara Jepun yang dibuat daripada ekstrak berasaskan tumbuhan dan bebas dari bahan kimia berbahaya. Ia juga tidak mengandungi kandungan alkohol, formaldehid, benzena dan toluena. Produk ini telah lulus Laporan Ujian Standard Antarabangsa MSDS, lulus ujian SGS, dan menerima Sijil Analisis.


Aku sendiri telah menggunakan pewangi kereta Vanzo no. Bau dia kuat, tahan lama dan tak mudah kering seperti pewangi-pewangi kereta yang berada di pasaran sekarang. Berbentuk gel, ia didatangkan dalam 3 bauan iaitu :

  • English Pear and Freesia 1818
  • LX Secret Musk 1616
  • LX Velvet Musk 1717

Korang boleh pilih pewangi Vanzo dengan saiz biasa atau mini. Kedua-duanya mempunyai variasi bauan yang sama cuma saiz sahaja yang berbeza. Korang kena cuba dan rasai perbezaan bauannya di dalam kereta korang. Memang sangat menyegarkan dan rekabentuknya juga sangat elegan untuk diletakkan pada dashboard kereta korang.


Selain daripada pewangi kereta Vanzo, korang juga kena cuba mentega kacang jenama Jobbie. Mentega kacang Jobbie ni memang sentiasa mendapat capaian tinggi di platform MeCan Trade ni kerana rasanya yang betul-betul asli seperti dikisar terus ke dalam balang. Produk mentega kacang Jobbie ini adalah 100% daripada bahan semulajadi, tanpa lemak trans, tiada bahan pengawet, tiada minyak terhidrogenasi dan tiada perasa tiruan tambahan. Jobbie didatangkan dengan dua variasi iaitu Chunky yang mengandungi tekstur kacang panggang hancur di dalamnya dan juga Classic Creamy yang mana teksturnya lebih halus.  Aku kalau dah hadap mentega kacang Jobbie ni memang tak boleh berhenti. Tau-tau dah 5 keping roti aku makan haha.


So untuk pengetahuan korang ada banyak lagi produk-produk lain yang di pasarkan di platform MeCan Trade ini. Selain menempatkan produk-produk bertaraf antarabangsa, korang juga boleh memasarkan produk keluaran korang sendiri. Sebagai pioneer, korang boleh mula menjana pasif income dengan lebih pesat tanpa banyak persaingan. Jadi apa perlu korang tunggu lagi. Jika korang berminat untuk membuka e-Kedai sendiri secara percuma boleh daftar di https://mecan.trade/mainsite



0 Comments