Penginapan 2D1N Di Kinrara Resort, Puchong


Bismillah,


Penginapan 2D1N Di Kinrara Resort | Baru-baru ni aku bawa family bermalam di Kinrara Resort, Puchong. Actually ni merupakan pengalaman kali pertama aku menginap di Kinrara Resort, Puchong ni. Sebelum tu aku check secara atas talian terlebih dahulu keadaan hotel dan review daripada pengunjung yang pernah menginap di sana. Trip advisor menetapkan tanda aras (rate) pada skala 8.0 untuk kepuasan pengguna terhadap Kinrara Resort, Puchong ni dan kebanyakan pengunjung rata-rata meninggalkan review berpuas hati dengan fasiliti, kebersihan, service dan makanan yang disediakan di sana walaupun Kinrara Resort ini hanya hotel berskala 3 bintang sahaja.


Ada Dua Kolam Renang
Setiap kali aku nak tempah hotel atau tempat penginapan hujung minggu lebih-lebih lagi bersama keluarga, kemudahan kolam renang akan menjadi keutamaan aku terlebih dahulu. Almaklumlah anak-anak nak stay hotel ni sebab nak mandi kolam je. Itu je la hiburan dorang. Bila aku check fasiliti kolam renang kat Kinrara Resort, Puchong ni, aku tertarik sebab kolamnya terletak setentang dengan bilik penginapan. Ia mengingatkan aku tentang Dashbox yang terletak di Cyberjaya.



Kolam di Kinrara Resort, Puchong ni bukan satu tu je ye, malah ada satu lagi kolam khas untuk kanak-kanak. Malah siap dilengkapi dengan playground lagi. Memang puas hati la dengan fasiliti kolam renang kat Kinrara Resort, Puchong ni sampaikan anak aku tak nak naik bilik lah.

Bilik Dilengkapi Dua Katil Bersaiz Single & Queen
Ha ni salah satu tarikan yang ada di Kinrara Resort, Puchong ni. Tarikan ye haha. Bukan apa setiap kali aku menginap di mana-mana hotel, pilihan katil hanyalah 2 katil single atau 1 katil bersaiz Queen. Sebab tu la kadang-kadang aku terpaksa bawa TOTO sendiri dari rumah. Tidur bawah la jawabnya.


Tapi kat Kinrara Resort, Puchong ni, bilik yang aku inap mempunyai 2 katil single DAN 1 katil Queen ye. Memang seronok sangat, sangat suit dengan family aku bertiga ni. Tak perlu nak berhimpit-himpit tidur atau tidur atas TOTO lagi. Lagi satu bilik aku ni dilengkapi dengan balkoni dan kerusi rehat.

Fasiliti Yang Di Sediakan Di Setiap Bilik




Setiap bilik di Kinrara Resort, Puchong dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan seperti LCD TV, meja tulis, 2 biji bantal setiap seorang tetamu, seterika dan papan seterika, peti sejuk, almari, pengering rambut, water heater dan cerek elektrik. Malah siap ada kipas siling walaupun bilik dah dilengkapi dengan penghawa dingin yang sangat sejuk.

Tingkat Bawah Untuk Orang Tua


Memandangkan aku pertama kali menginap di sini, jadi aku tak alert plak pasal benda ni. Kalau korang datang bersama mak ayah yang mempunyai masalah kaki, berkerusi roda atau alzheimer, aku syorkan korang buatlah tempahan di bilik bawah. Untuk bilik tingkat atas, korang terpaksa menaiki tangga yang tinggi. Aku bimbang bila tangga basah disebabkan pengunjung berulang alik dari bilik ke kolam, lantai akan menjadi licin. Permukaan tangga pula tak la lebar mana jadi bagi mengelakkan sebarang perkara tak diingini berlaku, better korang request sewaktu buat tempahan nanti.

Akses Satu Pintu Sahaja
Memandangkan sekarang musim PKPB ni, akses untuk masuk ke bilik penginapan hanya ada satu sahaja iaitu di hadapan kaunter pendaftaran. Jadi jika korang dapat belakang seperti Gurindam, korang kena berjalan sikit la ye. Tapi kalau korang bawa orang tua, better korang request bilik bahagian hadapan. Tapi kebiasaannya sebelum ini pintu masuk bahagian belakang ada je dibuka cuma dalam keadaan sekarang ni aksesnya terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Sarapan Pagi Yang Pelbagai


Aku dapat harga RM183 menginap ni x ni termasuk sarapan pagi untuk 2 orang ye. Kalau korang nak add on person untuk sarapan, harga yang ditawarkan adalah RM15 untuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke 12 tahun dan RM30 untuk 13 tahun ke atas. Harga murah tapi menu sarapan dia boleh tahan pelbagai gak. Macam yang aku makan hari tu ada nasi lemak, mee goreng, mee sup, roti telur, roti bakar, pelbagai jenis kek dan muffin, ada scramble egg dan kacang panggang, air panas, orange juice, guava juice dan variasi jenis buah buahan. Aku ada gak baca orang complain pasal sarapan dia yang terhad. Aku pernah makan sarapan yang lebih terhad, malah tak di tambah lagi sekiranya habis. Ni kira baguslah sarapan di tambah lagi sekiranya habis dan kita masih ada pilihan menu untuk bersarapan.

Perkara Lain Yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Kinrara Resort, Puchong


Sebaik sahaja korang nak mendaftar masuk ke Kinrara Resort, Puchong nanti, korang hendaklah letak deposit sebanyak RM50/bilik. Duit itu nanti akan dipulangkan balik kepada korang sebaik sahaja korang daftar keluar asalkan korang tak hilangkan atau rosakkan resit deposit tersebut.



Kemudian korang boleh daftar masuk seawal 2 petang sekiranya bilik korang telah siap dibersihkan oleh staf yang bertugas. Kalau tak, macam biasa lah korang akan mendaftar masuk pada pukul 3 petang dan daftar keluar Kinrara Resort, Puchong pada pukul 12 tengahari keesokan harinya.


Ruangan parkir pun banyak, ada di hadapan kaunter pendaftaran dan ada di sepanjang sisi hotel hingga ke bahagian belakang. Kawasan Kinrara Resort, Puchong ni dilengkapi dengan sistem sekuriti 24 jam so korang tak perlu risau pasal keselamatan korang di sana nanti.


Kesimpulan
So itulah perkongsian pengalaman aku selama 2D1N di Kinrara Resort, Puchong. Secara keseluruhan aku sangat berpuas hati dengan fasiliti dan layanan yang diberikan selama aku berada di sana dan aku sure akan return balik menginap di sini bersama keluarga. Aku sangat recommed korang sekiranya ingin bercuti hujung minggu bersama keluarga di hotel sekitar KL.


5 Comments

  1. Menarik juga ni untuk short getaway kat lembah klang 👍👍

    ReplyDelete
  2. Salam, blogwalking here. GV pernah ke Kinrara resort. Memang best. Bilik sangat privacy dan besar. Hope dapat ke sana lagi nanti.

    ReplyDelete
  3. kolam dia panjang.. style dashbox jugak tp yg nie mcm lagi best je

    ReplyDelete
  4. Your blog is very valuable which you have shared here about Hotel Operations Software. I appreciate your efforts which you have put into this article and also it is a gainful article for us. Thank you for sharing this article here

    ReplyDelete
  5. You have given essential data for us. about Hotels in Enugu It is excellent and good for everyone. Keep posting always. I am very thankful to you.

    ReplyDelete