Promosi Menu Nasi Kandar Di Marrybrown


Bismillah,

Kepada peminat menu Nasi Kandar, nah aku nak kongsikan satu port Nasi Kandar baru yang korang kena cuba iaitu Nasi Kandar Marrybrown. Haha rare kan? Aku suka ngan Marrybrown ni sebab dorang suka buat kelainan yang memenuhi citarasa masyarakat Malaysia. Korang tengok je la menu-menu yang sering diperkenalkan mereka mencakupi citarasa-citarasa masyarakat yang berbilang kaum. Tak hairanlah Marrybrown sering mendapat tempat dan perhatian setiap kali menu-menu baru dilancarkan mereka.



Korang dah cuba tak Nasi Kandar Marrybrown ni? Nice gak weh rasa dia. Portion pun besar. At first aku rasa macam tak cukup je, tapi bila dah pekena Nasi Kandar Marrybrown ni tersandar terus. Aku perhati ayam Marrybrown ni boleh tahan besar jugak kan? Kalau makan dua ketul ayam Marrybrown tu boleh tahan kenyang gak.


Nasi Kandar Marrybrown ni dapat makan plak ngan ayam goreng Marrybrown, perghh memang chantek la jawabnya kan. Macam makan nasi campur dengan kuah kari ayam, lengkap dengan telur ayam rebus yang di belah dua, papadom dan 4 ada bendi rebus yang rangup. Pendek kata memang puas la kalau dapat makan time lapar.


Kalau korang nak cuba, boleh lah ke mana-mana cawangan Marrybrown yang mengambil bahagian di seluruh negara. Harga dari RM16.20 je termasuk air Heaven & Earth Iced Lemon Tea dan 2 ketul ayam spicy atau original Marrybrown. Tapi kalau Nasi Kandar Marrybrown ngan dua ketul ayam, harganya cuma RM16.20 dan RM12.70 untuk seketul ayam sahaja. Nasi Kandar Marrybrown ni bolah mula didapati di cawangan-cawangan Marrybrown di seluruh Malaysia pada 16 Julai 2020.


#Marrybrown# MarrybrownMY# SomethingDifferent# NasiKandarMB# MacamNiBaruPuas# KiniKembaliLagi

2 Comments