Tealive Malaysia Releases First-Ever DIY Fruitea Kit To Satiate All Your Fruit Tea Cravings



Bismillah,

Sebut je pasal Tealive, siapa yang tak tau. Waima anak aku pun kenal jenama Tealive ni, malah dia lebih tau perisa-perisa dan condiment yang Tealive sediakan. Bukan setakat di shopping mall, malah shop lot dan stesen minyak pun dimonopoli oleh rangkaian minuman Tealive ni sehinggakan orang ramai sanggup berbaris panjang untuk memesan minuman kegemaran mereka.


Keadaan ini lebih jelas kelihatan apabila rangkaian minuman terkenal tanah air ini, Tealive sering memperkenalkan perisa-perisa minuman terbaru selari dengan permintaan para pelanggannya yang gemarkan pembaharuan dan go with the flow dengan pasaran tempatan.


Antara perisa-perisa yang menjadi pilihan adalah seperti Original Pearl Milk Tea, Classic Roasted Milk Tea With Grass Jelly, Japanese Matcha Smooties With Red Bean dan banyak lagi. Malah kalau korang baru nak mencuba minuman Tealive ni, aku cadangkan korang try signature drink dorang iaitu Tealive Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea. Mantap beb! Tiap kali aku ke Tealive, minuman ini yang akan jadi pilihan aku. Anak aku macam biasalah, dia akan cuba perbagai perisa lain sebab dia memang suka mencuba.



Kepada peminat kopi, korang boleh mulakan hari dan pagi korang dengan Tealive Signature Big Bang Coffee dorang dengan black pearl untuk memberikan tenaga awal pagi yang ceria. Atau korang juga boleh menikmati Coffee Smoothie Choc Shaka Lava dengan bit Oreo sebagai pengganti pencuci mulut kegemaran korang. Dan jika korang menyukai sesuatu yang lebih klasik dan unik, korang boleh mencuba Black Diamond Signature Coffee dorang dengan bau kopi yang beraroma dihidangkan bersama jeli karamel halus. 


Korang boleh dapatkan kopi korang seawal 7.30 pagi di mana-mana cawangan Tealive di seluruh negara. Lupa plak nak inform korang boleh dapatkan minuman terpilih dari Coffee by Tealive pada harga hanya RM5 di antara jam 7:30 pagi hingga 12:00 malam setiap hari di kedai Tealive yang mengambil bahagian.


Melihat kepada penerimaan dan respon baik daripada penggemar produk Tealive terhadap Tealive Home DIY Bubble Tea Kit sebelum ini, kini Tealive sekali lagi melancarkan Tealive DIY My Fruitea Kit yang telah pun berada di pasaran Malaysia. Kali ini, Tealive melancarkan DIY My Fruitea Kit baru yang dilengkapi dengan 3 rasa buah yang berbeza. Part yang paling best adalah, korang dapat menikmati minuman kegemaran korang dalam keselesaan rumah korang sendiri. Perghh best nih!


Di dalam Tealive DIY My Fruitea Kit mengandungi beberapa perisa yang boleh menghasilkan 25 ke 30 hidangan. Antara perisa-perisa yang ditawarkan melalui Tealive DIY My Fruitea Kit ni adalah :

  • 400g Fruitea Syrup
  • 400g Fruitea Mango
  • 400g Fruitea Strawberry
  • 400g Fruitea Passionfruit
  • 50g Dimbula Ceylon Tea Blend
  • 50g Jasmine Green Tea
  • 2kg Tealive Konjac Jelly

Amacam? Menarikkan? Aku pun baru tau pasal DIY My Fruitea Kit dari Tealive ni. Last aku tau pun pasal Tealive Home DIY Bubble Tea Kit masa PKP hari tu la. Tup tup sekarang keluar yang baru. Perghh pantas dorang buat inovasi pada minuman keluaran mereka. Itulah antara penyebab kenapa Tealive sentiasa relevan dalam pasaran Malaysia. Malah dorang selalu buat promo tau. Korang rajin-rajin la check promo dorang kat Instagram, Facebook dan kat mana-mana aplikasi seperti eWallet.



Eh jap sebenarnya aku nak share ngan korang cara-cara untuk bancuh atau buat air kegemaran korang menggunakan DIY My Fruitea Kit dari Tealive ni. Senang je weh. Contohnya kalau korang nak buat Tealive Lemon Passionfruit Tea.

  1. Korang perlukan 1 tea bag Tealive Dimbula Ceylon Tea Blend. Masukkan ke dalam jag.
  2. Bancuhkan dengan 1 liter air panas. Kacau seketika dalam 15 saat. Tunggu sehingga 15 minit.
  3. Asingkan tea bag dalam jag tadi. Potong 3 hirisan lemon, 20 ml Fruitea Syrup dan 30 ml Fruitea Passionfruit ke dalam cawan.
  4. Masukkan 1 sudu besar Tealive Konjac Jelly ke dalam cawan dan penuhkan cawan selebihnya dengan ais.
  5. Kemudian  korang boleh masukkan bancuhan Tealive Dimbula Ceylon Tea Blend ke dalam cawan.
  6. Dah siap dan boleh lah dihidang. 1 tea bag Tealive Dimbula Ceylon Tea Blend boleh menghasilkan 6 cawan air ye.


Banyak lagi yang boleh korang buat dengan Tealive DIY My Fruitea Kit. Harganya cuma RM120 sahaja. Tak payah keluar, just order je ngan FoodPanda. Apadehal kan? Ada cara mudah, buat apa nak bersusah payah kan ahgitchew haha.

#MyFruiteaKit #Tealive #FoodPanda #BobaMilkTea

2 Comments

  1. Menarik ni.. maksudnya boleh buat macam-macam rasa dan style hidangan ikut selera sendiri ni...

    ReplyDelete
  2. tapi lebih sedap kalau beli dari buat sendiri..kan??hahah..

    ReplyDelete