Latest Pakej Android TV Murah Full Channel & Movie


Bismillah,

Actually aku pelanggan Astro since 6 tahun lepas tapi bila aku pertimbangkan balik macam rugi je. RM85 aku rasakan tak berbaloi. Aku jarang tengok tv, melainkan program-program tertentu je contohnya macam Running Man. Jasmeen plak balik-balik buka Youtube sebab aku guna smart tv siap install Youtube. Then aku plak selalu layan movie yang aku download dari internet. Astro plak siaran berulang jadi keputusan untuk terminate Astro aku rasakan tepat. 


Jadi dari aku subscribe ke NJOI pada harga RM291 untuk 49 siaran tv termasuk radio, better aku tambah dalam RM100++ sikit untuk Android TV. Kelebihan Android TV ni :

  1. Korang boleh menonton pelbagai siaran seluruh dunia.
  2. Ada banyak rancangan yang sebelum ni berbayar di tv biasa.
  3. Full channel Astro (yang sebelum ni aku kena bayar RM85 bulanan)
  4. Bayar cuma sekali seumur hidup
  5. Tiada bayaran bulanan
  6. Menggunakan internet wifi atau hotspot
  7. Tiada lagi gangguan sekiranya hujan.

Actually aku riki gak mana-mana ejen yang ada sediakan khidmat pemasangan Android TV ni. Sebab aku tak familiar lagi pasal Android TV ni. Tak tau mana yang lebih bagus. Macam kawan aku suggest TX6 sebab dia pakai model tu. Tapi ejen dia caj monthly RM20 untuk channel-channel Astro. Hmm still nak kena bayar bulanan kan? Kalau boleh aku nak ada channel yang aku hanya perlu bayar sekali je seumur hidup. So aku riki lah lagi sampai aku jumpa Tuan Zarif ni kat Facebook.


Apa yang buatkan aku beli Android TV ngan Tuan Zarif ni, setiap pertanyaan aku dijawabnya dengan details dan sabar. Korang pun fahamkan macamana budak-budak kecil tanya soalan kepada orang dewasa, haa macamtu la aku. Almaklumlah aku kena pastikan yang maklumat yang aku mahukan tu dapat dengan jelas. Sebelum korang beli Android TV daripada ejen, korang kena pastikan :




  • Harga pakej yang ditawarkan
  • Pakej yang disediakan
  • One time purchasing atau ada caj bulanan lagi
  • Latest android TV
  • Kos pemasangan, penghantaran dan pakej.
  • Servis selepas jualan
  • Warranty yang diberikan

Haa tu antara perkara yang perlu korang ambil tahu sebelum memasang atau membeli mana-mana Android TV daripada ejen. Aku tak galakkan korang beli dari laman web shopping online sebab dorang tak bagi full package dan warantinya sekitar 6 bulan sahaja. Lagipun dorang tak sediakan servis selepas jualan. Better korang dapatkan khidmat daripada ejen luar.




Okay berbalik dengan Tuan Zarif ni, dia ada tawarkan beberapa pakej promosi bundle (onetime payment) untuk 3-5 tahun : 

Tanix TX6 Version 9 (4GB RAM & 32 ROM) (Harga = RM450)

Full server movie drama apps
☛ Full server astro
☛ Video on demands
☛ Astro first
☛ Astro best
☛ Full apps movie
☛ Local live channel
☛ Full live server astro
☛ Latest android version 9
☛ Netflix Iflix Youtube Google Chrome
☛ Support 4K HD resolution
☛ Lifetime server package
☛ Trusted & good services sebelum & selepas




MyIPTV Version 10 (2GB RAM & 16 ROM) (Harga = RM399)

Full server movie drama apps
☛ Full server astro
☛ Video on demands
☛ Astro first
☛ Astro best
☛ Full apps movie
☛ Local live channel
☛ Full live server astro
☛ Latest android version 10. (New)
☛ Netflix Iflix Youtube Google Chrome
☛ Support 6K HD resolution
☛ Lifetime server package
☛ Trusted & good services sebelum & selepas

MyIPTV Version 10 (4GB RAM & 64 ROM) (Harga = RM450)

Full server movie drama apps
☛ Full server astro
☛ Video on demands
☛ Astro first
☛ Astro best
☛ Full apps movie
☛ Local live channel
☛ Full live server astro
☛ Latest android version 10. (New)
☛ Netflix Iflix Youtube Google Chrome
☛ Support 6K HD resolution
☛ Lifetime server package
☛ Trusted & good services sebelum & selepas




Aku tanyalah kenapa 3-5 tahun je? Jawapannya Android TV ni umpama software telefon bimbit kita. Sekarang ni kita beli software dengan latest version. Then satu ketika nanti nanti Android TV kita dah tak boleh update ke versi paling baru dan terganggu sebab kebanyakan software memerlukan perantian dengan latest version. Takkan korang still nak pakai iPhone 1 lagi kan tahun 2020 ni? Haa macamtu la perumpamaannya. Tapi still berbaloi lagi sebab dengan harga sekitar RM400, korang boleh guna maksimum 5 ke 7 tahun (setahun RM80 berbanding caj astro aku RM85 sebulan)


Kalau korang tak nak ambil pakej bundle pun boleh, dorang pun ada je buat pakej alakat :

HARGA TV 
Untuk box + server astro = Total

PAKEJ PERTAMA IPTV (Box set)
RM 250 ➖ Tanix TX6
RM 250 ➖ MYIPTV 2GB
RM 280 ➖ MYIPTV 4GB

ADD ON (TAMBAHAN)

SERVER ASTRO
RM 150 ➖ 3bulan
RM 230 ➖ 6bulan
RM 300 ➖ 1tahun 

Ni harga untuk berasingan per unit atau bulanan atau tahunan ye. Terpulang pada budget korang tapi bagi aku alang-alang dah pakai Android TV ni, baik aku ambil pakej bundle. Jimat pun jimat. Then bila korang hanya akan buat pembayaran setelah set Android TV korang sampai di tangan. Lepas check semuanya ada (4 item dalam kotak) baru korang bank in.

Kemudian korang akan di guide melalui aplikasi Whatsapp cara-cara pemasangan, aktifkan akaun dan cara setting Android TV korang. Then korang boleh layan rancangan kegemaran korang unlimited. Serius best weh pakai Android TV ni. Dapat plak berurusan dengan Tuan Zarif ni yang sabar guide aku from zero hingga aku benar-benar faham konsep Android TV ni. Tak hairanlah ramai cuctomer suggest team dia untuk pemasangan Android TV ni. Buat masa ni team dia cover area Lembah Klang je tapi tak tau la nanti satu hari nanti boleh cover luar plak.

Kat bawah ni aku lampirkan soalan-soalan lazim beserta jawapan bagi mereka yang tak familiar tentang Android TV dan pakej yang disediakan oleh Tuan Zarif :

SOALAN :
Ok saya berminat ngan pakej ni. MyIPTV ok ke? Sebab kawan saya suggest Tanix TX6

JAWAPAN :
Betul Tanix TX6 merupakan best seller bertahun tahun sehingga tahun lepas. Tapi sebelum raya Aidilfitri 2020 kami dah keluarkan untuk MyIPTV dengan versi paling latest. TX6 bermula dengan Android Version 7. Ibarat tuan beli Note or Samsung S7. Spesifikasinya berbeza dengan Samsung S10 or Note10. Android version 10 merupakan versi terbaru tahun 2020. TX6 support 4K manakala MyIPTV pula support sehingga 6K.

SOALAN :
Kalau kuota ROM penuh, boleh ke kita delete data dalam tu?

JAWAPAN :
Ye tuan. Penggunaan adalah sama seperti smartphone. Tuan boleh uninstall, install or delete apps yg tuan rasakan tak perlu.

SOALAN
RM450 tu untuk 3-5 tahun? Macamana boleh decide 3 ke 5 tahun tu ye? ikut penggunaan?

JAWAPAN :
3-5 tahun ialah tempoh normal untuk kita faham gadjet , smartphone dan device kerana semuanya boleh bertahan lebih kurang dalam tempoh begitu. Ada sesetengah orang pakai smartphone 7 tahun ada pula yang pakai dalam tempoh 4 tahun sahaja. Customer saya sebelum ini ada pakai dalam tempoh 5 tahun dan sekarang dah bertukar ke MyIPTV sebab box software dalam tu dah tak boleh update or support version baru.

SOALAN :
Harga RM450 tu saya boleh dapat full channel Astro ke? So takkan ada additional charge atau monthly charge ye selama 5 tahun?

JAWAPAN :
Jika tuan tengok astro, dari TV1 smpai ke Sports semuanya ada kecuali siaran cricket atau channel box office yang dikenakan caj tambahan tu je.

SOALAN :
Lagging atau buffer tak kalau tengok channel-channel kat Android TV ni?

JAWAPAN :
Dia tak macam Astro Tuan, lagging atau buffer bila hujan. Dia bergantung kepada kelajuan internet korang. Kalau korang guna 100Mbps, lagi laju la berbanding korang guna internet 30Mbps.

SOALAN :
Kalau ada apa-apa masalah, ada tak technician after sales tolong bantu selesaikan masalah?

JAWAPAN :
Jika ada masalah, Tuan boleh contact je Zarif 017-857 0466 . Jika ada ada sebarang pertanyaan atau perlukan guide, boleh call, whtsp atau video call dari pagi sehingga malam. Nak send video 5 hingga 10 saat pun boleh.

SOALAN :
Berapa lama pula waranti yang awak berikan sekiranya kami ambil pakej Android TV dengan awak?

JAWAPAN :
Waranti direct kilang 1 tahun dan  1 tahun waranti sekiranya ada masalah CPU, processor atau apa-apa masalah yang datang dari Android Box itu sendiri. Jadi 2 tahun waranti kami berikan sekiranya Tuan ambil pakej daripada kami.



Sekiranya korang berminat nak tau lebih lanjut berkenaan Android TV ni, pakej-pakej yang team Zarif ni sediakan atau sebarang pertanyaan lain boleh hubungi mereka atau Whatsapp di :


So aku ambil pakej MyIPTV 4GB RAM & 32GB ROM RM450 + kos penghantaran (RM36 ; RM1/KM). So total kos RM486 seumur hidup. Berbaloi kan? Yang penting servis selepas jualan yang mereka berikan. Kebanyakan ejen lepas tangan dan susah nak bantu selepas sales. Alhamdulillah mujur aku jumpa ejen yang jujur macam team Zarif ni. Very recommended kalau korang nak upgrade channel tv korang kepada MyIPTV dengan dorang. 

7 Comments

  1. Still pakai lagi ke? ok tak?

    ReplyDelete
  2. Kiranya astro first tk dapat la eh salam pakej tu sekali?

    ReplyDelete
  3. Kat rumah ni ada sebijik .tiap2 mengemis mintak renew code..sedih tul

    ReplyDelete
  4. Ada ler sebijik kat rumah…tiap2 bulan kena renew code…
    Mintak code pun dah mcm mengemis…
    Hati2…

    ReplyDelete
  5. Bang saya punya tv mmg dh ad android tv jd mcm mne sye nk dptkn channel yg best,astro dn movie mcm abg ye?

    ReplyDelete