Event Space Birthday Party di ATSKY Kota Damansara


Bismillah,


Actually aku buntu fikirkan kat mana port best nak sambut birthday Jasmeen. Kesian dia sebab aku rasa 2 tahun berturut-turut kot aku celebrate birthday dia kat sekolah je. Ada gak riki tempat-tempat di sekitar Bangi ni, tapi terhad dan cliche. Aku teringin buat kelainan untuk Jasmeen sehingga aku terbaca pasal ATSKY Kota Damansara ni.



Baru-baru ni viral pasal restoran rooftop di Damansara yang menyajikan menu hidangan western iaitu ATSKY Kota Damansara. Tempat dia ekslusif dan cantik. Malah ada beberapa ruangan disediakan bagi pengunjung-pengunjung yang hadir ke ATSKY Kota Damansara ni antaranya seperti ruang berhawa dingin, ruang open air di mana para pengunjung boleh menikmati keindahan pemandangan dari atas bangunan lebih-lebih lagi pada waktu malam, bar yang turut menempatkan ruang untuk berkaraoke dan bilik yang dikhaskan untuk private event yang boleh menemparkan sehingga 25 tetamu dalam satu-satu masa.





Yang menariknya di ATSKY Kota Damansara ni, tiada caj dikenakan sekiranya korang nak buat event disana. Korang hanya perlu buat tempahan, bagi details berkenaan event dan  tempah menu-menu untuk event tersebut. Senang kan? Malah pada setiap malam pengunjung - pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan busker dan korang juga boleh request untuk nyanyikan lagu Selamat Hari Lahir ketika event Birthday korang berlangsung. Nice sangat, suara dorang pun best!



Actually aku buat suprise birthday untuk Jasmeen. Aku datang seawal tengahari sebab ATSKY Kota Damansara ni beroperasi pada setiap hari dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengah malam dan kemungkinan sehingga jam 2 pagi sekiranya tamat PKPB nanti. Parkir kereta banyak, korang tak perlu risau malah surau juga disediakan di tingkat LG. Okay berbalik pada persediaan suprise birthday Jasmeen, aku bawa kek dari Bangi tau. Kek aku simpan di ruangan khas (peti sejuk) di ATSKY Kota Damansara. Pada masa yang sama aku pesan makanan untuk tetamu-tetamu yang hadir nanti.





Antara menu-menu yang telah aku pesan di ATSKY Kota Damansara untuk event malam tu adalah seperti Pizza Tuna Sensation, Buttermilk Beef With Rice, Chicken Wing (Spicy), Lamb Chop, Tenderloin Slice Steak, Mushroom Soup n Garlic Bread, Pizzas Hawaian Chicken, Kung Pow Chicken with Rice, Lasagna dan banyak lagi. Bukan tu saja malah ada juga set untuk kanak-kanak seperti Chicken Finger, Homemade meatballs dan Fish Finger. Manakala untuk minuman pulak aku pesan Oreo Smoothies, Pinacolada, Blueberry Vanilla Mint, Apple Mojito, Banana Smoothies, Chocolate Smoothies, Strawberry Daiguri dan Orange Juice.





Tapi alang-alang korang dah ke sini, memang aku nak suggest korang pesan menu thorbaekk aka signature dish dorang iaitu Youyu Beef Steak. Rata-rata pengunjung dan penggemar steak mengatakan yang rasa dan tekstur Youyu Beef Steak ni setanding dengan Wagyu. Tetapi harga Youyu Steak yang ditawarkan di ATSKY Kota Damansara 5 kali jauh lebih murah berbanding Wagyu steak. Nak tau sedap ke tak Youyu Beef Steak ni, korang kena lah datang ke ATSKY Kota Damansara dan cuba sendiri signature dish dorang ni. Pasti berbaloi-baloi!

youyo steak ATSKY Kota Damansara

So lepas maghrib aku sampai dan sementara menunggu ketibaan tetamu lain, aku dah deal ngan kumpulan busker untuk nyanyikan lagu Happy Birthday sebaik sahaja aku berikan Q. Sebaik tetamu sampai, makanan pun siap dihidangkan. That's why aku syorkan korang booking tempat dan makanan terlebih dahulu sebelum datang sebabnya ATSKY Kota Damansara memang sentiasa dipenuhi dengan pengunjung lebih-lebih lagi apabila cuti hujung minggu. Jadi bagi menjimatkan masa dan waktu menunggu, better buat tempahan awal ye macam aku buat.



Then tengah Jasmeen sedap makan Spaghetti Bolognese dia, aku dah siap sedia di dapur dengan kek birthday. Seusai aku bagi Q, penyanyi busker tu pun menyanyikan lagi Happy Birthday kepada Jasmeen. Lagi happening semua tetamu yang ada pada malam itu (selain tetamu yang aku jemput) turut sama menyanyikan lagu untuk Jasmeen. Nampak la muka Jasmeen terkejut dan aku sangat happy kerana tahun ni aku dapat berikan kelainan untuk sambutan harijadinya di ATSKY Kota Damansara.




So kepada korang yang berminat nak buat event Hari Jadi atau sebarang event, boleh lah buat tempahan di ATSKY Kota Damansara seperti details di bawah :


ATSKY Kota Damansara


ATSKY Kota Damansara

Roof garden, Tingkat 3A

Dataran Cascades

Petaling Jaya


Google Maps : ATSKY

Contact : 013-2351682

IG : @atskydamansara

FB : @atskydamansara

2 Comments

  1. Serius la tak payah bayar bila buat event? Kalau nak sewa ruangan khas event tu macam mana ya? Nampak menarik sini, nak datang cuba la daging YOUYU.

    ReplyDelete
  2. Happy la Meen ek... Alhamdulillah... Semoga membesar menjadi anak yang baik 😄

    Youyu? Mcm wajib try ni... Kalau dah kata setanding dengan wagyu 🤔🤔

    ReplyDelete