Himalaya Immunity Pack Untuk Merawat Penyakit Resdung, Selsema dan Immunity Booster

Bismillah,


Bismillah,

HIMALAYA IMMUNITY PACK | Ni dok hari2 meredah hujan, mula lah rasa nak demam selsema. Adoi ni terbersin batuk kat luar ni mula lah orang fikir bukan-bukan. Aku takpe lagi, macamana kalau kena kat Jasmeen. Dia dah la sekolah, tak pasal-pasal nanti diarahkan balik plak. Kan susah tak gitu? Kalau ada di antara kawan-kawan sekolah dia plak yang bersin selsema, Jasmeen plak yang disalahkan nanti.

Himalaya Immunity Pack (1)

Sebab tu aku akan pastikan Himalaya immunity pack sentiasa ada kat rumah mahupun ofis. Bukan apa semua ni aku lakukan bagi mengelakkan perkara macamni berlaku la. Mencegah lebih baik dari mengubati kan? Kalau la Jasmeen selsema teruk waktu malam. Klinik tutup. Nak ke hospital jauh. Jadi apa solusi terpantas yang boleh kita ambil sebagai ibu bapa?

Kalau aku mula rasa sakit tekak, aku akan ambil Koflet Lozenge, hidung tersumbat pula aku akan guna Cold Relief Balm, jika selsema plak aku akan guna tablet Septilin dan Jasmeen aku akan bagi minum Septilin dalam bentuk sirap dan bagi mengawal penyakit-penyakit yang disebabkan darah, aku akan makan supplement Amalaki.

Himalaya Immunity Pack

Memang dari dulu lagi aku consume produk-produk daripada Himalaya ni sebab ianya berasaskan daripada tumbuh-tumbuhan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia dan bahan artifisial. Korang pun tak perlu nak risau kalau makan lebih akan efek buah pinggang la, rosak itu, rosak ini macam abah aku haha. Risau sangat bila terpaksa mengambil supplement daripada Himalaya ni. Tapi aku dah terangkan kepada dia yang produk-produk dari Himalaya ni memang sangat bagus dan selamat digunakan.

KOFLET LOZENGE

Himalaya Koflet Lozenge

Contoh mudah seperti produk Himalaya Koflet Lozenge. Himalaya Koflet Lozenge adalah formulasi pelbagai bahan yang diperkaya dengan madu, yang bermanfaat dalam menguruskan batuk yang berterusan. Himalaya Koflet Lozenge menawarkan pelbagai tindakan untuk mengurangkan batuk, sakit tekak dan cepat meredakan kerengsaan tekak. Ia mempunyai antitussive (batuk melegakan), tindakan antiseptik dan anti-radang. Di samping itu, ia juga mampu bertindak sebagai antimikrobial, analgesik, dan antihistamin yang bermanfaat.

Ia juga mampu memulihkan batuk dalam jangkitan oropharyngeal seperti tonsillitis, pharyngitis, dan laringitis dan juga batuk yang dikaitkan dengan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) atau disebabkan rokok. Korang akan rasa lega bila berdepan dengan keadaan cuaca dan peralihan suhu di negara orang. 


AMALAKI

Himalaya Amalaki

Perghh macam doktor tu aku bagi penjelasan haha. Tapi itulah faktanya. Nak fakta lagi tentang produk Himalaya ni? Contoh kedua adalah supplement Amalaki. Amalaki adalah ubat semula jadi yang lama digunakan dalam Ayurveda (ubat alternatif India). Kadang-kadang disebut sebagai amla atau gooseberry India, Amalaki berasal dari Emblica officinalis (pokok yang berasal dari kawasan tropika di Asia tenggara).

Amalaki mengandungi beberapa bahan yang dianggap meningkatkan kesihatan, termasuk vitamin C dan antioksidan lain. Amalaki juga merupakan salah satu daripada tiga herba termasuk dalam triphala, formula herba yang digunakan secara meluas dalam ubat ayurveda.

Amalaki dikatakan membantu dalam merawat keadaan kesihatan berikut:

  • Aterosklerosis
  • Diabetes
  • Cirit-birit
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Sakit sendi
  • Obesiti

SEPTILIN (TABLET / SYRUP)

Manakala fungsi Septilin (tablet atau syrup) pula adalah untuk merawat mereka yang mempunyai alahan dan penyakit resdung. Dengan mengambil tablet Septilin ni, ia mampu membersihkan saluran pernafasan seperti lendir mukus yang ada pada pesakit resdung. Korang hanya perlu makan 3 biji, 2 kali sehari dan korang boleh rasakan perubahannya dalam masa beberapa bulan.

Himalaya Septilin - Syrup

Himalaya Septilin - Tablet

Produk-produk kesihatan dan kecantikan Himalaya diasaskan daripada 100% sumber semulajadi tanpa bahan-bahan kimia yang mudah merengsa pada mereka yang mempunyai alahan dan kulit sensitif. Ia diperbuat daripada Aloe Vera, Madu, herba dan Neem. Neem ni sebenarnya merupakan daun semambu yang mana kebiasaan kita menggunakannya untuk merawat anak-anak yang terkena penyakit campak, cacar air atau chicken pox.

Tanpa kita sedari sebenarnya daun semambu ini mempunyai banyak khasiat yang kita sendiri tak tahu antaranya : 

  • Mengurangkan berat badan
  • Mengawal kandungan gula dalam badan
  • Menghalang pertumbuhan sel kanser (terdapat sel protein asli di dalam daun semambu yang dipanggil Neem Leaf Glycoprotein’ atau NLGP)
  • Kandungan ‘nimbidol’ dan ‘gedunin’ yang terkandung dalam pokok semambu bertindak sebagai anti-kulat dan mampu untuk membunuh kulat yang tumbuh pada kulit
  • Membunuh kutu kepala
  • Menghalau nyamuk
  • Membantu merawat hepatitis
  • Mencegah dan merawat penyakit mulut, gigi dan gusi.
  • Mencegah penyakit ameobasis
  • Dan pelbagai penyakit kulit yang lain.
Himalaya Cold Relief Balm

Jadi tak perlu rasa risau dan was-was dengan produk Himalaya ini lebih-lebih lagi jika melibatkan tuntutan fardhu. Kalau ia dah diformulasikan dengan pelbagai kebaikan dan perawatan, untuk apa lagi kita pilih yang lain kan? Bak kata pujangga dahulu kala gunalah tanpa was was macam tu hahaha.

#himalaya #himalayaproducts #HimalayaMalaysia #NeemPower #HimalayaNeem #HimalayaNeemViral #BloggerMalaysia #afzalsukasukidotcom #afzalsukasuki


4 Comments

  1. betul tu..himalaya punya produk memang best semua.

    ReplyDelete
  2. Ena ada cold relief balm tu, Allah best sangatttttt...

    ReplyDelete
  3. kawan pernah bg try balm tu masa selsema, mmg best pakai...lepas tu harga dia pun tak mahal sangat. Yang lain tak pernah try, selalu byk org share pasal skincare je.

    ReplyDelete