Nasi Lemak PERCUMA Di Seluruh Cawangan Marrybrown Malaysia


Bismillah,


Korang dah redeem ke belum Nasi Lemak Marrybrown & minuman Milo PERCUMA? Jangan kata korang, aku sendirinoun baru je tau ni. Aku on the way balik dari Rompin ni, terus singgah kat cawangan Marrybrown Muadzam Shah. Seawal pukul 9.45 pagi aku dah terpacak kat outlet Marrybrown Muadzam Shah ye semata-mata nak dapatkan Nasi Lemak Marrybrown PERCUMA ni.


Marrybrown Malaysia 1


Aku tengok sebuah demi sebuah kereta mula parkir di hadapan premis Marrybrown tu tapi masing-masing belum keluar lagi. Mungkin sebab papan tanda 'Tutup' belum ditukar ke 'Buka' lagi. Then tepat pukul 10 pagi sorang-sorang mula keluar untuk beratur. Ramai gak peminat menu-menu Marrybrown ni ye. Untuk pengetahuan koranh Nasi Lemak Marrybrown PERCUMA ni diberi satu set untuk setiap seorang pelanggan, sama ada makan di premis atau bungkus bawa balik. So aku dapatlah redeem 3 pax sekali ngan Zati dan Jasmeen. Kami tak makan di premis, just tapau dan makan dalam kereta je sebab on the way balik ke Kajang kan. Takut jammed atas jalan je nanti.


Marrybrown Malaysia 2

Marrybrown Malaysia 3


So kalau korang berminat nak dapatkan Nasi Lemak Marrybrown PERCUMA ni, better korang cepat sebab hanya 10,000 set sahaja disediakan di seluruh cawangan Marrybrown yang mengambil bahagian. Dari pukul 10 pagi ke atas (ikut atas persediaan outlet). Macam kat cawangan Muadzam tadi start diagihkan pada pukul 11 pagi. Aku ada gak berhenti kat outlet Marrybrown Senawang, tapi dah habis. Ingatkan ada lah lagi. Tapi no wonder la sebab jam.pun dah menunjukkan pukul 1 tengahari. Cuba nasib mana tau ada lagi kan haha.


Marrybrown Malaysia 4


So thank you Marrybrown untuk Nasi Lemak Marrybrown PERCUMA ni. Kalau ada rezeki boleh buat lagi next time ye. Menu-menu di Marrybrown memang terbaik lebih-lebih lagi Nasi Lemak dorang. Nyum nyum! 


Marrybrown Malaysia 5


Thanks again Marrybrown 😍

0 Comments