Promosi Hidangan Sensasi Ohsem Smokey (SOS) BBQ Meals Di Marrybrown


Bismillah,


Izinkan aku mulakan dengan serangkap pantun dua kerat ye.


Hitam hitam si tampuk manggis

Sungguh pun hitam kumakan habis



Ahgitchew haha. Kemain aku berpantun pagi-pagi ni. Dah kenapa? Buang tebiat? Hahaha bukan apa aku teruja sebab sekali lagi Marrybrown Malaysia membuat promosi di mana kali ini mereka cuba memperkenalkan set hidangan baru iaitu Sensasi Ohsem Smokey (SOS) BBQ Meals. Yang hitam-hitam dalam pantun tu plak aku khususkan pada S.O.S BBQ Burger, salah satu item promosi di Marrybrown kali ni.



Kalau korang peminat hidangan-hidangan di Marrybrown ni, boleh dikatakan setiap bulan mereka akan melancarkan menu-menu baru sesuai dengan selera masyarakat yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia ni. Ini menjadikan jenama Marrybrown mula dikenali dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.



Macam korang juga, aku mana boleh miss promo terbaru dari Marrybrown kali ni iaitu Sensasi Ohsem Smokey (SOS) BBQ Meals. Promo ni bermula dari 21 Ogos hingga 5 Oktober 2020. 





Menerusi promosi kali ini, terdapat 3 combo hidangan yang boleh korang cuba. Antaranya ialah ;


  • S.O.S BBQ Burger (set termasuk Potato Wedges, Onion Rings dan Coca-Cola)

  • S.O.S BBQ Drumette (set termasuk Potato Wedges, Onion Rings dan Coca-Cola)

  • S.O.S BBQ Box (set termasuk Burger, Drumette, MB Crispy Chicken, Potato Wedges dan Coca-Cola)




Harga yang ditawarkan pula bermula dari RM16.90 didatangkan bersama air Coca Cola. Jadi jom datang beramai-ramai bersama ahli keluarga menikmati hidangan lazat Sensasi Ohsem Smokey (SOS) BBQ Meals ni sementara promosi masih berlangsung.



Amacam? Mana satu yang menjadi pilihan hati? 😍


#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #MBSOSBBQMeal #SensasiOhsemSmokey

1 Comments

  1. okayyy nanti keluar bandar blh singgah..dah lama juga tak makan marrybrown ni..

    ReplyDelete