Percutian Hujung Minggu Di Laman Ibu, Janda Baik


Bismillah,


So hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku dan keluarga sewaktu menjejaki ke salah satu lokasi penginapan di Janda Baik iaitu Laman Ibu. Jaraknya dari Kuala Lumpur boleh aku katakan anggaran dalam 46 km dan mengambil masa perjalanan sekitar 1 jam 29 minit. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Janda Baik. Sebelum ini aku hanya mendengar pengalaman daripada teman-teman sahaja.



Rancang Perjalanan

Aku cadangkan kalau korang ingin menginap di Laman Ibu, Janda Baik better korang pilih tarikh hari bekerja. Bukan apa hari weekend memang sentiasa penuh dengan pengunjung. Nak buat aktiviti pun rasa tak selesa. Terpaksa berebut-rebut dapur, tempat BBQ dan kolam renang. Bukan Laman Ibu, Janda Baik sahaja malah mana-mana lokasi penginapan di Janda Baik pun sama.





Kos & Jarak Perjalanan

Kalau korang masuk dari tol Gombak, korang hanya perlu membayar RM6 sahaja. Selepas terowong Genting-Sempah, ambil susur kiri menuju ke R&R Genting Sempah dan ikut jalan belakang R&R tersebut sehingga tiba di pintu gerbang Janda Baik di sebelah kanan. Jarak perjalanan dari R&R Genting Sempah ke pintu gerbang Janda Baik sekitar 10 minit perjalanan.





Cara Membuat Tempahan

Aku contact direct pengusaha Laman Ibu terus melalui aplikasi Whatsapp dan membuat tempahan melalui aplikasi itu juga. Korang boleh hubungi Laman Ibu, Janda Baik di talian 013-3642195. Aku sarankan korang buat tempahan sebulan awal kerana takut tiada kekosongan. Jika korang nak batalkan tempahan, duit pendahuluan (down payment) tidak akan dipulangkan tetapi korang diberi peluang untuk mengubah tarikh penginapan ke satu tarikh lain.





Jenis-Jenis Penginapan

Kat Laman Ibu, Janda Baik ni ada beberapa homestay dan chalet. Ada dengan 2 bilik, ada chalet untuk 2 orang, berhawa dingin atau kipas sahaja. Harga chalet biasa berhawa dingin adalah RM150 manakala harga chalet biasa dengan kipas pula cuma RM135. Tapi bagi aku dengan famili kecil (3 orang) ni cukup dengan bilik berkipas sahaja sebab suhu di sana pun sejuk lebih-lebih lagi apabila malam dan waktu pagi. Tapi kalau korang ada famili ramai, boleh je ambil chalet dengan penghawa dingin. Lagipun tak jauh beza harganya.





Bilik yang aku diami hari tu sangat bersih, toilet pun bersih, ada sejadah dan arah kiblat, ada Al Quran, siaran tv (walaupun sangkut-sangkut), ada water heater, pemanas air dan tilam tambahan. Kalau korang nak add on tilam lagi boleh bagitau bibik yang bertugas. Caj nya cuma RM10 untuk satu tilam.


Parkir Kenderaan

Di Laman Ibu, Janda Baik ni ada 2 pintu masuk ye. Satu pintu masuk ke arah padang (pintu kiri) dan satu lagi pintu masuk ke penginapan (pintu kanan). Kalau kenderaan korang tak muat parkir di pintu kanan, korang boleh je parkir di pintu kiri kerana di situ ada ruang parkir yang lebih luas iaitu di kawasan padang.





Tempat Memasak & BBQ

Apa yang menarik di Laman Ibu, Janda Baik ni korang perlu sewa tempat untuk memasak atau membuat BBQ. Korang hanya perlu membayar kos gas dapur untuk memasak je pada harga RM15. Ada 3 tempat atau dapur yang boleh korang guna sewaktu di Laman Ibu, Janda Baik dengan kelengkapan pinggan mangkuk, tempat BBQ, meja, kerusi, dapur memasak dan juga peti sejuk. Korang hanya perlu bersihkan sebelum guna dan cuci kembali setelah habis digunakan.


Kolam Renang & Sungai

Yup kat Laman Ibu, Janda Baik ada disediakan 2 buah kolam renang untuk para pengunjung. Masa aku datang tu kolam kelihatan sedikit keruh kerana air kolam itu di pam dari sungai yang berdekatan. Masa tu plak baru hujan so airnya keruh sedikit. Kalau korang nak mandi sungai pun boleh. Korang kena keluar dari pintu belakang Laman Ibu, Janda Baik menuju ke sungai yang jaraknya sekitar anggaran 100 meter sahaja dari situ. Sungainya lebar dan airnya sejuk nyaman.





Fasiliti Lain Yang Disediakan

Kalau tak silap Laman Ibu, Janda Baik ada menyediakan juga mini cinema, ada dewan terbuka, kolam memancing, taman arnab dan set karaoke. Untuk tempahan korang boleh rujuk bibik yang bertugas. Harganya pun tak mahal mana. Lagi satu kawasan Laman Ibu, Janda Baik ni dipenuhi dengan pokok buah-buahan tau. Ada pokok rambutan, cempedak, jambu air, mangga, ciku dan banyak lagi. Kalau korang teringin nak makan, korang just bagitau bibik je. Aku tak pasti akan dikenakan caj atau tak. Tapi setau aku kalau korang memancing ikan, ikan tersebut akan ditimbang terlebih dahulu. Kiranya ikan tu korang kena beli la.





So apa yang boleh aku katakan, percutian aku di Laman Ibu, Janda Baik adalah satu penginapan yang menarik kerana aku dapat merasakan sendiri suasana kampung, bangun subuh dengan suara kokokan ayam, mandi sungai dan buat BBQ. Suasananya yang nyaman membuatkan aku terbuai dengan keindahan panorama kampung. InsyaAllah kalau diberi peluang, aku akan repeat lagi bersama keluarga yanh lebih besar.


So untuk pertanyaan lanjut berkenaan tempahan atau penginapan, korang boleh terus call atau Whatsapp ;



Laman Ibu @ Janda Baik

Jalan Sungai Kuali,

Kampung Janda Baik,

28750 Bentong, Pahang

Contact : Ahmad Fuad (013-3642195)


#lamanibu #homestayjandabaik #jandabaik #homestaymurah


0 Comments