Membeli Sambil Beramal Dengan Beras Ashraffi Milik Bumiputera Muslim


Bismillah,


Semalam aku berkesempatan mengikuti majlis perasmian Beras Ashraffi Milik Bumiputera Muslim yang bertempat di Mercu Summersuites KLCC. Mengangkat slogan 'Suci, Berkualiti & Sedap Dinikmati', aku melihat Beras Ashraffi ini mampu memberi persaingan kepada jenama-jenama yang ada di dalam pasaran kini kerana ianya salah satu produk keluaran bumiputera muslim, halal dan diyakini kebersihannya. Mencari yang halal itu adalah fardhu bagi setiap umat Islam - hadith riwayat Ad Dailami.



Beras Ashraffi Milik Bumiputera Muslim ini diasaskan oleh Ustaz Dr Mohd Ashraff Bin Suarin, merupakan seorang pendakwah bebas dan juga pengasas sekolah Tahfiz Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Qur'an (PMTHQ) yang terletak di Tanjung Karang, Selangor. Beliau melihat beras adalah makanan ruji masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan dengan rasa tanggungjawab beliau ingin memastikan sumber makanan utama ini dihasilkan daripada sumber yang halal, proses penghasilan yang suci bersih dan enak dinikmati oleh pelbagai lapisan umur.





Antara sebab-sebab lain beliau menghasilkan beras Ashraffi ini adalah untuk menjana pendapatan bagi menampung keperluan PMTHQ dan para pelajarnya yang kebanyakannya merupakan golongan asnaf dan anak yatim. Melalui hasil penjualan Beras Ashraffi ini, sedikit sebanyak beliau dapat meneruskan projek CSR yang telah beliau laksanakan sebelum ini dengan menaja rancangan Yadul Ulya yang mendekati masyarakat orang asli di Genting Peras dan golongan asnaf fakir miskin di Sungai Besar.



Beras Ashraffi ini mempunyai peratusan hancur yang rendah iaitu 5% sahaja. Beras putih Ashraffi pula diimport daripada Vietnam & Thailand manakala beras Basmathi Pusa Ashraffi pula diimport daripada India & Pakistan. Di bawah ni adalah senarai harga Beras Ashraffi :


 Beras Putih Ashraffi 
RM4   =   1 kg
RM20 =   5 kg
RM40 = 10 kg


 Beras Basmathi Pusa Ashraffi 
RM14 =    1 kg
RM70 =  19 kg


PMTHQ adalah  sebuah institusi pondok tahfiz swasta yang menumpukan pembelajaran dalam bidang hafazan al-Quran dan menjadikan pembelajaran al-Quran sebagai motivasi bagi membentuk sahsiah dan jati diri pelajar. Selain itu, objektif utama PMTHQ adalah untuk membangunkan generasi al-Quran dan pendakwah yang bermotivasi.



PMTHQ juga telah berkolaborasi dengan Politeknik Sabak Bernam dan Kolej Komuniti Sabak Bernam bagi mendidik pelajar untuk turut mempunyai ilmu dalam pelbagai bidang kemahiran. Kini PMTHQ mempunyai dua bangunan yang dijadikan sebagai kelas pengajian manakala dua bangunan lagi sebagai asrama pelajar lelaki dan pelajar perempuan.



PMTHQ tidak hanya menghasilkan beras Ashraffi untuk menjana pendapatan malah sebelum ini mereka juga telah mengeluarkan pelbagai jenis produk antaranya :


  1. Koko Ashraffi
  2. Jus Lancar
  3. Minyak Serai Wangi
  4. Madu Stick
  5. Balsam Serai
  6. Jubah Ashraffi
  7. Beras Ashraffi


Korang boleh mendapatkan Beras Ashraffi Milik Bumiputera Muslim ini secara atas talian di laman web Shopee ;

 www.shopee.com.my/pmthq 


Buat masa ni beras Ashraffi ini telah diedarkan di 40 buah mini market di sekitar Lembah Klang dan sedang dalam rundingan untuk diletakkan di dalam pasaraya-pasaraya besar. Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan beras Ashraffi, ingin membuat pembelian secara pukal atau maklumat berkaitan PMTHQ, boleh lah layari link yang ada disertakan di bawah :


  1. www.instagram.com/ustazmohdashraf 
  2. www.instagram.com/pmthq 
  3. www.facebook.com/pmhqofficial 
  4. www.facebook.com/UstazAshrafSuarin
  5. www.youtube.com/pondokmotivasichannel


Jom pakat-pakat membantu sekaligus menaikkan ekonomi masyarakat Islam bumiputera. Sambil membeli kita juga boleh beramal. InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat.



#BerasAshraffi #BerasMuslim #produkbumiputera #BMF #PMTHQ

0 Comments