Tempat Makan Wajib Singgah Di Kelantan @ KBB Burger & Steak Kota Bharu

Bismillah,


Kebiasaannya kalau kita ke pantai timur lebih-lebih lagi di negeri Kelantan, kita akan mencuba menu-menu yang tak asing lagi dan sinonim dengan masyarakat tempatan kan? Tapi jangan korang tak percaya di negeri Kelantan yang kaya dengan pelbagai menu tempatan yang menarik ini, korang masih mampu menikmati pelbagai hidangan steak yang kualiti premium. Korang biasa dengan KBB Burger & Steak?



Dikatakan, ramai yang datang ke Kelantan akan wajib singgah ke sini & aku sendiri salah seorang daripadanya hehe.



Aku sangat teruja bila dapat tau yang Kota Bharu pun ada restoran steak bertaraf 5 bintang macam ni. Pada pendapat aku, KBB Burger & Steak adalah tempat wajib untuk mereka yang datang ke Kota Bharu. Menu-menu disini semuanya sedap & kalau korang tengok menu yang mereka sediakan, pasti membuatkan korang ingin cuba semua menu dekat sini. Mereka bukan sahaja menyediakan steak tetapi juga burger,pasta, back ribs & macam-macam lagi menu yang menarik. Apa yang aku boleh katakan ialah, semuanya memang sangat sedap especially steak mereka.



So, bila berada di KBB Burger & Steak, memang sangat disarankan untuk mencuba steak mereka. Steak mereka memang sangat juicy & fresh. Cara mereka grill memang sangat professional & aku sangat terkejut apabila kali pertama aku mencuba steak di sini. Ia sangat juicy, lembut & kita betul2 dapat merasai rasa daging & hayati teksture & kemanisan daging itu. Memang hanya dapat dirasai di KBB sahaja.


For every steak lover, KBB Burger & Steak sememangnya tempat yang wajib anda datang apabila berada di Kota Bharu. Ramai dari kawan-kawan aku cakap, steak disini lebih baik dari kebanyakan restoran di KL ataupun standing dengan steakhouse yang tersohor di KL.



Aku sangat tertarik dengan Australian Wagyu Marbling Score antara 4-9 . Marbling score ni maksudnya makin besar nombornya, makin unik teksturnya, lebih juicy, sedap rasanya dan lebih padat marblingnya. Seperti yang aku sebut tadi, ia memang sangat juicy & korang sendiri akan dapat rasa keaslian daging itu. Perghh meleleh dah air liur aku bila terbayangkan kelembutan daging wagyu tu. 



Paling unik tentang KBB ialah, mereka menyediakan Satsuma Wagyu A5 yang juga dianggap sebagai “miracle 4%”. Apa maksud 4% tu? Maksudnya, kita hanya boleh dapat 4% sahaja dari keseluruhan wagyu baka jepun. Daging Wagyu Satsuma boleh dikategorikan sebagai   'the most richly marbled in the world' dipenuhi rasa lemak berkrim dan paling lazat dinikmati berbanding daging wagyu yang lain. Kalau korang biasa makan wagyu, korang pasti akan dapat rasa perbezaan dari segi tekstur,rasa & kelembutananya bila mencuba Satsuma Wagyu A5 “the best in the world”. Yang penting ia cair bila masuk mulut.



Untuk pengetahuan korang, steak di KBB Burger & Steak disediakan fresh & “freshly cut” setiap hari. Maknanya steak di KBB adalah sangat fresh & tidak pernah disimpan frozen. Ini adalah untuk memastikan kualiti steak tidak terjejas dari segi tekstur, juicy & rasa. Malah ada beberapa teknik penyediaan telah dilakukan bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan kualiti hidangan yang dipesan di KBB Burger & Steak.



KBB Burger & Steak juga sangat terkenal dengan Dry-Aged Steak, Malah ia menjadi santapan ataupun kegemaran Diraja & juga selebriti tempantan. KBB Burger & Steak adalah antara beberapa steakhouse yang memiliki Dry-aged Fridge yang berteknologi german yang diimport khas dari negara itu. Disini, Daging mereka disimpan dari 30 hingga ke 100 hari. Melalui proses “Dry-Aging”ni, kelembapan akan dikeluarkan dari daging menyebabkan rasa daging lembu menjadi lebih kuat dan lebih beraroma. Dry-Aging ini juga membantu menghasilkan enzim untuk memecahkan tisu-tisu daging supaya daging menjadi lebih lembut & memberikan tekstur yang lebih unik.



Selain daripada proses Dry-Aged Beef, korang juga boleh mencuba steak yang telah melalui proses Butter-Aged. Percaya atau tidak, KBB Burger & Steak adalah yang pertama yang berjaya menghasilkan butter-aged steak. Even dekat KL, Aku tak pernah jumpa steakhouse yang buat butter-aged steak.Untung betul rakyat Kelantan, sebab ada butter-aged steak. Nikmat makan dia semestinya sangat luar biasa berbanding dry-aged steak biasa . Kesan butter-aging hampir sama dengan dry-aging, tetapi aroma dia lebih kuar dan tekstur daging itu sendiri lebih juicy berbanding dry-aging. Nak tau macamana rasanya? Haa meh la ke KBB Burger & Steak Kota Bharu.



Tentang burger, of course aku pilih Wagyu Burger & Double Meat Extreme . Double Meat Extreme pun boleh tahan padu jugak. Korang bayangkan la ye, 2 patty daging fresh yang yang dikisar setiap hari, dimakan pula dengan home made cheese sos mereka. Perghh pasti tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Kalau Wagyu Burger sudah semestinya terbaik dari ladang. Kelembutan patty daging wagyunya yang lembut, teksturnya yang menjadikan antara hidangan popular yang menjadi pilihan pengunjung setiap kali menjamu selera di  KBB Burger & Steak.



Segalanya di KBB Burger & Steak disediakan secara home made ye, disiapkan fresh setiap hari dan menerapkan konsep open air kitchen, di mana setiap pengunjung yang datang menikmati hidangan di KBB Burger & Steak ni boleh juga melihat proses penyediaan menu-menu hidangan mereka. Tak ada apa yang perlu disorokkan dan ia memberi satu persepsi baik dan kepuasan pelanggan terhadap hidangan yang mereka pesan.


So kepada korang yang teingin mencuba keenakan daging wagyu dan steak terbaik di Kota Bharu Kelantan, jangan lupa untuk mencubanya di KBB Burger & Steak ye. Sekali korang rasa, aku pasti korang akan datang repeat lagi bersama keluarga dan kawan-kawan.


KBB Burger & Steak Kota Bharu

2713, Jalan Kuala Krai

15050 Kota Bharu

Kelantan


Contact :

010-2581001


Waktu operasi :

Setiap hari, 12 tgh - 11 pm



Facebook :

https://www.facebook.com/kbbburgerandsteak/


Instagram :

https://www.instagram.com/kbbburgerandsteak



2 Comments

  1. perghhhh..sedapnya..nsb gambar je..kalau boleh msk tgn dlm screen ni amik dah bawa lariii hahahhaa ^_^

    tq zal for reviewing this (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe klu blh dah lama afzal buat haha. nnti ke kelantan blh la try ☺️👍

      Delete