KEDAI AYAMAS Bukan Sekadar Jual Ayam!

Bismillah,

Lama weh tak makan ayam panggang. Last aku makan sebelum PKPB kat Selangor hari tu. Ni tetiba teringin nak makan plak. Nak cari mana time-time PKPB ni ye? Hmm senang aku beli kat KEDAI AYAMAS je la. Dah sah-sah ada jual ayam panggang kan? Ada 3 pilihan ayam panggang lagi dan of course pilihan aku Percik Roaster. Biasanya aku pesan ngan kawan atau order ngan Foodpanda dan Grab Food je. Kali ni aku nak pergi beli sendiri.



Aku ke KEDAI AYAMAS kat Kota Kemuning baru-baru ni. Aku pergi pun dah lewat petang lepas balik dari kerja. Actually aku impress sebab selama ni aku sangkakan KEDAI AYAMAS hanya jual ayam panggang sahaja, malah bila aku masuk ke premis KEDAI AYAMAS ada bermacam-macam benda yang ada dijual kat situ.



KEDAI AYAMAS terkenal dengan 'all time favourite' 3 variasi ayam panggang kegemaran rakyat Malaysia sahaja iaitu Golden Roaster Ayamas, Pepper Roaster Ayamas dan Percik Roaster Ayamas. Rata-rata kawan-kawan aku sukakan Percik Roaster Ayamas sebab rasanya rare yang tak boleh ditemui di tempat-tempat lain. So kalau nak makan ayam panggang percik memang kena pergi KEDAI AYAMAS je la huhu.



Rupa-rupanya selain 3 variasi ayam panggang kegemaran rakyat Malaysia ni, ada perbagai lagi menu hidangan lain seperti menu western seperti Spaghetti Carbonara, Oglio Olio dan Bolognaise. Malah ada juga menu Kidz Meal untuk kanak-kanak seperti chicken nugget, Fun & Bun (hotdog), Beefball Softball (meatball & bun) dan Lima Meatball. Ada juga set menu yang dihidangkan secara kombo seperti Fried Chicken Meal, Curry Laksa dan set Nasi Ayam.




Sewaktu aku ke KEDAI AYAMAS cawangan Kota Kemuning haritu, aku diberitahu yang mereka mengikut SOP yang diarahkan oleh MKN dari semasa ke semasa. Baru-baru ni mereka telah membuka meja untuk ruang makan di dalam premis KEDAI AYAMAS dengan mengamalkan penjarakan fizikan dan terhad untuk beberapa orang pelanggan sahaja. Pada aku bagus juga idea ni kerana ada sesetengah orang yang mempunyai waktu rehat kerja yang singkat. Nak tapau makan di pejabat takut tak sempat. Kemudahan seperti ini sangat diharapkan oleh sesetengah pelanggan yang mempunyai kekangan masa.



KEDAI AYAMAS adalah kedai pertama yang memperkenalkan konsep penjualan ayam segar HALAL & TOYIBBA serta produk-produk sejuk beku yang  lain seperti sosej, burger dan nugget dalam suasana yang moden, bersih dan selesa. Dengan tagline "More Than Just Chicken", KEDAI AYAMAS juga menawarkan pelanggan pelbagai variasi produk makanan “Ready-To-Eat”



“15th and 30th offer” menawarkan harga Ayam Panggang diskaun, promosi “Thursday special” dan promosi sepanjang hari seperti “Set Jimat” yang menawarkan harga set nasi ayam dan air mineral dengan harga RM10.90 sahaja. Korang juga boleh membuat tempahan melalui Grab Food dan Foodpanda.



Bila aku pusing-pusing dalam premis KEDAI AYAMAS tu lagi, aku dapat lihat pelbagai produk yang turut dipasarkan bersama antaranya susu Farm Fresh, ada Haus Boom, santan KARA, sos LIFE, ada pes ayam padprik LIFE, sos blackpepper dan sos tiram LIFE. Malah ada juga dijual ayam goreng, meatball, sosej, daging burger dan nugget Ayamas. Bukan itu sahaja, kalau korang nak beli ayam mentah pun ada. Harga mengikut saiz ayam. Hari tu aku nampak harga ayam saiz L adalah RM14 dengan berat sekitar 1.5 kg.



Pada mereka yang nak makan menu sedap tetapi tak punya banyak waktu, di KEDAI AYAMAS ini juga ada menjual pelbagai menu instant seperti Nasi Pilaf Ayam Mentega, Briyani Bukhara, Bihun Goreng Istimewa, Nasi Kandar Ayam Masala, Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Kari Hijau Ayam Thai. Preparation dia pun mudah je, just panaskan di dalam oven dan siap untuk dimakan. Mudah disediakan kan?





Korang tau tak kenapa aku suka dan yakin dengan ayam-ayam yang dipasarkan di KEDAI AYAMAS ni? Ini adalah kerana produk-produk KEDAI AYAMAS ni dibekalkan dari kilang yang telah mendapat akreditasi Jabatan Veterinary dan KEDAI AYAMAS ni sentiasa memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat pensijilan Halal JAKIM. Produk mereka mendapat mengiktirafan halal oleh JAKIM dan mematuhi keperluan badan statutori dan undang-undang Malaysia. Ayam panggang ayamas diperap daripada bahan-bahan segar, berkualiti dan semestinya di jamin HALAL dan TOYIBBA sejak 1988 lagi. Lupa nak bagitau kalau korang nak buat perapan Percik, Golden dan Blackpepper pun boleh di sini. Korang hanya beli ayam mentah di KEDAI AYAMAS dan minta staf mereka buatkan perapan untuk korang. Kebiasaan ayam-ayam yang diperap ni mendapat permintaan tinggi untuk sebarang event seperti family day, event korporat, reunion sekolah, birthday party dan kenduri-kendara.




Sehingga kini terdapat 61 rangkaian KEDAI AYAMAS di seluruh Malaysia yang terdiri daripada 33 kedai yang dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd dan 28 kedai yang dikendalikan oleh Pemegang Lesen melalui Program Perlesenan KEDAI AYAMAS. Kalau tak silap aku kat Kajang je ada 3 outlet KEDAI AYAMAS tau dan paling baru aku nampak kat area Sg. Chua yang terletak di tingkat atas premis Tabung Haji. KEDAI AYAMAS sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan-pelanggannya yang mencari produk-produk halal tempatan dan diyakini cara sembelihan dan pemprosesan ayam mentahnya.




PENJUALAN SECARA BORONG
Kepada korang yang ingin membuat pembelian ayam secara pukal atau borong di KEDAI AYAMAS, bolehlah hubungi di nombor yang aku list kan di bawah ni ye. Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.


PERNIAGAAN FRANCISE 
KEDAI AYAMAS sememangnya berdaftar dengan KPDNHEP sebagai pemberi Francais di bawah nama KEDAI AYAMAS. Korang boleh hubungi nombor ditalian untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan Francais KEDAI AYAMAS.


Apa-apa pun korang boleh follow sebarang update dorang di FB , INSTAGRAM & YOUTUBE 





Selama 30 tahun sejak penubuhan KEDAI AYAMAS ni pasti ada kenangan2 indah yang telah korang abadikan bersama Ayamas kan? So why not korang kongsikan gambar2 korang bersama KEDAI AYAMAS dengan hashtag #bringbackmemories dan #makansamasama



Dua (2) pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk memenangi baucer bernilai RM50. Peraduan bermula 19 Oktober 2020 sehingga 30 Disember 2020. Full video korang boleh tengok di FB KEDAI AYAMAS ye. Good luck guys!



#BotakMakan #ayamasmalaysia #foodblogger #bringbackmemories #makansamasama #foodphotography #FoodhuntMY #foodporn #Mi9TPro #afzalsukasukidotcom

2 Comments

  1. Terus rasa nak pi makan Ayamas plak laaa... adeii sedapnya Percik!

    ReplyDelete
  2. baru tahu ada jual mknan lain selain ayam. tgk gmbr terus terasa nak ke sana. haha

    ReplyDelete