Aik Cheong Dengan Variasi Kopi Terbaru


Bismillah,


Siapa sini penggemar kopi? Yup sip sikit sebab kita berkongsi minat yang sama. Korang suka kopi apa? Tolak tepi kopi-kopi mahal, cafe dan restoran. Kopi yang aku maksudkan ni kopi yang korang bancuh sendiri di rumah. Actually selama ni aku tak memilih sangat pasal kopi. Asal namanya kopi, semuanya aku minum. Tetapi since 4 ke 5 tahun lepas, aku mula bertukar kepada kopi jenama Aik Cheong ni. Asalnya sebab harganya lebih murah berbanding kopi jenama lain di pasaran. So aku pun try la kan. Tapi aku tak expect langsung dia punya rasa sangat kaw. Tak sangka plak kopi Aik Cheong ni murah harganya dan rasanya betul-betul umph!! 



Aku baru tau yang kopi Aik Cheong ni dah telah diperkenalkan sejak tahun 1955 lagi. Lamanya!! Sebelum merdeka lagi rupanya usia kopi Aik Cheong ni. Patutlah rasanya padu dan sedap sangat. Kopi orang lama ni atau aku panggil kopi kampung. Tapi sekarang pun kopi Aik Cheong ni bukan calang-calang dah. Bukan hanya setakat kopi hitam yang biasa kita minum sahaja malah mereka juga telah mengeluarkan beberapa variasi kopi. Bukan setakat kopi malah mereka juga turut menghasilkan beberapa minuman lain seperti coklat dan teh. Hebat betul rasanya kan?






Antara produk-produk Aik Cheong yang turut mendapat tempat di pasaran tempatan adalah seperti Black Coffee, White Coffee, Teh Tarik, Hot Chocolate, Cappucino dan banyak lagi. Malah baru-baru ni mereka turut menghasilkan produk baru antaranya BLACK series, instant Hot Cup yang dipanggil 'IT'S more than just' yang baru sahaja dilancarkan pada Jun 2020 tahun ini, instant fruit oatmeal cereal, instant nuts oatmeal cereal dan granola.



Aku tertarik dengan produk Aik Cheong BLACK series ni. Korang dah try tak? Rasa macam minum kopi mahal tau. Packaging dia pun esklusif sangat. BLACK series ni mempunyai 4 variasi drip coffee dan 2 variasi dip coffee. Bertepatan dengan dengan tagline mereka 'Me Moment Now', kopi BLACK series ni memberikan pengalaman baru kepada penggemar-penggemar kopi di luar sana untuk membancuh sendiri kopi kegemaran korang. Setiap pek BLACK series mengandungi 5 uncang kopi. Cara-cara penyediaannya juga disertakan sekali dan korang hanya ikut step by step. Senang sangat.



Satu lagi produk Aik Cheong yang korang wajib cuba untuk penggemar-penggemar kopi iaitu IT'S Coffee. IT'S Coffee ni aku baru jumpa tau. Sebelum ni tak pernah try lagi. Dia punya packaging cantik dengan warna yang menarik. Korang hanya perlukan air panas sahaja untuk buat IT'S Coffer ni. IT'S Coffee ni didatangkan dalam 6 variasi iaitu Long Black Extra Shot, Matcha Latte Nata De Coco, Teh Tarik Gula Melaka, Choco Latte Marshmallow, Flat White Extra Shot dan Cappucinno Choco Topping. Nice la siap ada presentation. Macam aku dah try Cappucinno Choco Topping tu kan, dalam bekas tu sememangnya ada disediakan choco topping haha. Aku tak sabar nak try yang lain gak. Cadangan aku untuk rasa yang kaw, korang hanya perlu tambah setengah cawan air panas sahaja. Kepada yang nak kurang manis, tambahkan 3/4 cawan dengan air panas. Kalau korang isi penuh cawan dengan air panas, aku takut rasanya tawar. Tapi depends la korang suka yang macamana kan.



Bukan itu sahaja, kalau korang sukakan oat atau sukakan makanan berkhasiat, Aik Cheong turut mengeluarkan produk makanan kesihatan iaitu IT'S Granola. IT'S Granola ni merupakan hidangan tinggi serat dan mengandungi protein dan bahan asli semulajadi. IT'S Granola juga tidak mengandungi perasa tambahan, gula dan bahan-bahan makanan lain. Ia bagus untuk mengawal kolesterol dan menyerap lemak dalam badan seterusnya baik untuk fungsi jantung kita. Cara penyediaannya pun mudah. Korang hanya perlukan air panas dan boleh dimakan bersama buah-buahan, susu mahupun yeogurt. IT'S Granola ini mempunyai 2 perisa iaitu instant fruit oatmeal cereal dan instant nuts oatmeal cereal. Dalam setiap pek telah siap disediakan kekacang dan juga buah berries untuk kita nikmati.



Untuk pengetahuan korang, Aik Cheong kini mengorak langkah menjalinkan kerjasama dan kolaborasi bersama pemain regu badminton nombor satu Malaysia, Tan Boon Heong. Dengan kolaborasi seperti ini, Aik Cheong mengharapkan produk-produk keluaran mereka mendapat liputan meluas bukan sahaja di dalam negara malahan juga sehingga ke luar negara. Tan Boon Heong pernah mendapat pingat emas dalam kejohanan sukan Komanwel 2010 di India dan Asean Games 2006 di Qatar.


Aik Cheong BLACK Series

Aik Cheong IT'S MORE THAN JUST Series


Kalau korang belum pernah cuba kopi Aik Cheong ni, better korang try. Aku percaya korang pun akan jatuh cinta pandang pertama dengan rasanya yang betul-betul memukau lebih-lebih lagi IT'S Coffee dan koi BLACK Series mereka. Perghh mengancam habis. Korang boleh dapatkan ITS Cups Aik Cheong ni di 7-Eleven, FamilyMart, myNEWS, Petronas, Caltex, Shell, AeonBig, Aeon, Giant dan The Store. Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link pautan yang aku sediakan di bawah ni ye.



FACEBOOK AIK CHEONG

INSTAGRAM AIK CHEONG

WEBSITE AIK CHEONG


1 Comments

  1. mmg selalu beli jenama yang satu ni sbb rasa dia yg kaw dan berbaloi la kalau nak beli utk seisi keluarga!

    ReplyDelete