Resepi Pai Kentang Daging Muhibbah Bersama Kimball


Bismillah,


Bila aku sebut pasal Kimball, mesti korang tak asing lagi dengan jenama ni kan? Lama kot jenama ni kat pasaran since aku kecik lagi. Actually jenama Kimball telah mula berada di pasaran Malaysia sejak tahun 1970-an tau. Masa tu Kimball mula menghasilkan produk Sos Tomato Kimball terlebih dahulu dan baru diikuti oleh Sos Cili Kimball. Bayangkan aku punya sukakan sos Kimball ni sehinggakan setiap menu yang aku makan mesti dimakan dengan sos cili Kimball ni.



Kimball ni merupakan salah satu jenama yang berada di bawah Campbell Malaysia. Campbell Malaysia merupakan syarikat makanan multinasional yang kukuh. Antara jenama-jenama di bawahnya adalah seperti Prego, Arnott's, Campbell's, V8, TST, Cheong Chan dan sudah semestinya Kimball. Syarikat ini telah meluaskan pasarannya di beberapa buah negara seperti Indonesia, Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Germany, Belgium, Hong Kong, Jepun, Finland, Sweden dan Malaysia. So tak hairanlah produk-produk yang dihasilkan oleh Kimball ini dihasilkan daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi mengikut garis panduan dan piawaian ketat antarabangsa. Kerana berkualiti tinggi dan menepati standard antarabangsa inilah yang membuatkan jenama Kimball ini sentiasa relevan di kalangan rakyat Malaysia.



Sudah menjadi kebiasaan pengguna muslim di Malaysia ini dalam mencari produk yang halalan toyyiban, jadi korang boleh menikmati produk-produk daripada Kimball ini dengan yakin dan selamat kerana Kimball mempunyai sijil halal JAKIM. Korang boleh semak referens no. Halal JAKIM di laman web https://halal.gov.my/ untuk maklumat lanjut tentang status halal produk-produk Kimball ni.


Produk-produk Kimball ini bukan sahaja dinikmati oleh sesuatu bangsa sahaja malah ia turut dinikmati oleh masyarakat berbilang bangsa di Malaysia sejak sekian lama. Setiap masakan, setiap hidangan mesti ada bahan-bahan dan rasa daripada produk Kimball ini. Tak hairanlah Kimball dijadikan pemangkin untuk memupuk hubungan erat dan silatilrahim antara satu sama lain. Kita berkongsi rasa yang sama, apa yang orang lain makan turut kita nikmati bersama. 



Melalui kempen Kompem Gaya Malaysia yang baru dilancarkan, Kimball mengajak semua rakyat Malaysia bersama-sama menyajikan menu-menu hidangan tempatan dengan sentuhan daripada produk-produk Kimball. Antara produk-produk yang boleh digunakan sebagai bahan dalam masakan adalah seperti sos cili, sos tomato, sos cili thai, sos tiram, sos lada hitam, sos BBQ, sos spaghetti, spaghetti, mayonis, kacang kuda, kacang parang dan sup tomato.


So kali ni aku pun nak berkongsi satu resepi yang menarik, ringkas dan boleh dinikmati oleh semua. Oh ye kalau korang ingin mencuba pelbagai resepi dan menu lain, korang boleh lawati https://www.kimball.com.my/ kerana di sana terdapat pelbagai jenis menu dan resepi yang sinonim dengan  kepelbagaian kaum di Malaysia. Sekarang aku boleh memasak menu yang setanding dengan restoran-restoran di luar sana dengan hanya berada di rumah sahaja. Ada Kimball, semuanya boleh!


So jom kita terus lihat resepi yang nak aku kongsikan hari ni. Ayuh!



Pai Kentang Daging Muhibbah Bersama Kimball


Bahan-bahannya :



  1. 3 biji kentang buang kulit dan potong dadu

  2. 1 biji lobak merah

  3. 1 sudu makan mentega

  4. Sedikit garam

  5. 4 sudu makan bawang holland cincang

  6. 50 gm keju cheddar

  7. Satu sudu lada hitam kisar

  8. 2 sudu makan tepung gandum

  9. 1 sudu makan minyak sayuran

  10. 1 bji bawang cincang

  11. 500g daging kisar

  12. 2 sudu makan sos tomato Kimball

  13. 180 ml stok daging / ayam


Cara Penyediaan


  1. Rebuskan kentang hingga lembut.



  1. Tos dan lenyek, campurkan mentega, bawang cincang dan keju cheddar.




  1. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.




  1. Rebus lobak hingga lembut. Tos dan lenyek. Ketepikan.



  1. Panaskan minyak, masukkan bawang cincang dan tumis layu.

  2. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging menjadi perang.



  1. Masukkan tepung dan masak sebentar.




  1. Tuangkan stok daging dan sos tomato Kimball. Biarkan mendidih, kawal api dan masak selama 5 minit.



  1. Tuangkan daging dalam loyang dan ratakan. Kemudian masukkan lobak dan ratakan, diikuti adunan kentang dan akhir sekali taburkan keju cheddar di atasnya.





  1. Panaskan di dalam Air Fryer selama 10 minit dengan suhu 180°C. Setelah siap bolehlah dihidang.





Resipi ini mudah dah ringkas untuk juadah lengkap seisi keluarga. Ia sesuai untuk semua golongan umur dan rasanya yang enak pasti akan membangkitkan selera bukan sahaja untuk golongan dewasa malahan juga untuk anak-anak.



Resipi yang dihasilkan ini sesuai untuk 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut :


👉 Kalori 377

👉 Protein 34.2

👉 Lemak 13.6 g

👉 Serat 1.4 g 


#KompemGayaMalaysia 

#GayaMalaysia 

1 Comments

  1. perghhh western resepi dia.. bukan kaleng2 ya.. terbaik la syok la zati & meen makan. tambah guna kimball harus lagi sedap

    ReplyDelete