Sanggup Merentas Negeri Dari Johor Ke Shah Alam Demi Kari Kepala Ikan VIRAL Ini


Bismillah,


'Ada yang sanggup merentas negeri jauh dari Johor semata-mata nak makan kari kepala ikan kami', ujar pemilik restoran Restoran D'Warees Resipi, Ahmad Tarmizi Bin Khalid atau lebih mesra dikenali sebagai Mie apabila mengenangkan kejadian yang berlaku 2 tahun lalu. Beliau dan isterinya, Puan Akmalzulaila Binti Mohamad telah memulakan perniagaan Restoran D'Warees Resipi ni sejak 3 tahun lepas.



Malah katanya baru-baru ni ada pelanggannya yang datang dari Putrajaya sanggup dikompaun RM1000 hanya kerana ingin menikmati kari kepala ikan restorannya. Mie telah memulakan perniagaan Restoran D'Warees Resipi ini di Batu 3 Shah Alam semenjak 3 tahun lalu. Restoran D'Warees Resipi telah memulakan operasi bermula pada pertengahan tahun 2017 dengan hanya menumpang gerai bagi menjual ikan bakar, ABC, cendol dan kuih-muih melayu.  Namun begitu, pasangan suami isteri ini sentiasa memasang impian untuk mengembangkan perniagaan dan memiliki restoran sendiri. 





Akhirnya pada April 2018, pasangan suami isteri ini telah memulakan langkah dengan memiliki restoran mereka iaitu Restoran D'Warees Resipi yang terletak di Batu 3 Shah Alam. Pelanggan-pelanggan mereka juga bukan sahaja daripada penduduk sekitar malah ada juga yang datang dari daerah dan negeri berbeza. Ini kerana menu-menu yang mereka tampilkan betul-betul memenuhi citarasa para pelanggannya dan harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi.  Bagi memastikan keselesaan para pelanggannya, Restoran D'Warees Resipi ini telah berpindah ke lokasi baru iaitu di TTDI Jaya Shah Alam pada bulan Oktober 2020 yang lalu.




Menu-menu yang dihidangkan di Restoran D'Warees Resipi ini merupakan menu-menu masyarakat tempatan khususnya bagi penggemar menu-menu masyarakat Melayu. Restoran D'Warees Resipi ini beroperasi dari pukul 8 pagi untuk menu sarapan pagi, menu makan tengahari sehingga jam 5 petang sewaktu PKP ini. Mereka merancang untuk melanjutkan masa operasi sehingga ke tengah malam dengan mengetengahkan menu masakan panas pula dalam masa terdekat nanti. Ada lebih 20 jenis lauk pauk yang dihidangkan untuk menu masakan tengahari dan 'killer menu' yang wajib korang cuba sekiranya berkunjung ke Restoran D'Warees Resipi ini adalah Kari Kepala Ikan.





Jarang dapat kita jumpa kari kepala ikan padu yang disediakan oleh restoran yang dimiliki oleh pengusaha Melayu. Kuah karinya cukup pekat likat, penuh rasa rempah ratus dan memang terbaik. Korang juga diberi beberapa jenis pilihan ikan antaranya Jenahak, Ikan Merah, Kerapu dan Mayong. Boleh dikatakan setiap hari Restoran D'Warees Resipi ni mampu menjual sehingga 50 ke 70 ketul kepala ikan untuk para pelanggannya. Seawal 4 pagi lagi, kedua pasangan suami isteri ini akan membeli kepala-kepala ikan di pasar borong bagi mendapatkan bekalan kepala ikan segar setiap hari. Malah rekod kepala ikan paling berat pernah ditempah oleh pelanggannya adalah seberat 7kg dan berharga sekitar RM200 lebih!!



Tidak hanya mengetengahkan menu berasaskan kari, Restoran D'Warees Resipi ini juga menghidangkan menu-menu lain seperti Asam Pedas, Kurma Daging, Pajeri Nenas, Masak Lemak Nangka, ulam ulaman, sambal belacan, sayur sayuran dan banyak lagi. Menu-menu yang dimasak cukup rasa, sedap seolah-olah merasai sendiri masakan ibu di kampung. Menu-menu ini disediakan setiap hari bagi menjamin kepuasan para pelanggannya.





Restoran D'Warees Resipi ini juga ada menyediakan beberapa menu kuih-kuih Melayu antaranya seperti onde-onde, lepat, sagu gula melaka dan banyak lagi. Malah Mie mengatakan kuih onde-onde mereka ini antara kuih feveret para pelanggannya dan mereka pernah menghasilkan sebanyak 400 biji dalam sehari. Kuih onde-onde ini juga antara penyebab Restoran D'Warees Resipi tak putus-putus dikunjungi pelanggan sejak 3 tahun lalu. Malah Facebook Review telah memberi penilaian Restoran D'Warees Resipi ini sebagai 5 bintang dan 4.3 bintang untuk penilaian daripada Google Review. Memang terbaik!!




So kalau korang nak datang dan cuba Kari Kepala Ikan Melayu padu, boleh lah datang ke :



RESTORAN D'WAREES RESIPI

No.26, Jalan Opera A AU2/A,

Taman TTDI Jaya, Seksyen U2,

40150 Shah Alam, Selangor.


Telefon/Tempahan

017-3242140 / 017-3663987


Waktu Operasi

6.30AM - 5.00PM (tutup Jumaat)


Facebook : @D'WAREES RESEPI

Instagram : @dwareesresipi


0 Comments