21 Menu Frozen LengQuas Sempena Bulan Ramadhan


Bismillah,


Pejam celik pejam celik lagi beberapa hari nak masuk bulan Ramadhan. Alhamdulillah rezeki kita tahun ni bila mana bazaar Ramadhan dah dibenarkan beroperasi, umat Islam dibenarkan bertarawih di surau dan masjid, ayah aku pun dibenarkan untuk menjadi amil kutipan zakat dan bazaar Hari Raya juga akan turut diadakan nanti. Sebulan berpuasa ni mulalah aku fikir menu apa yang hendak disediakan setiap hari. Korang ada buat jadual juga ke? Hahaha.



Minggu pertama Ramadhan tu memang rasa bersemangat nak masak. Habis update kat sosial media menu-menu berbuka puasa nanti haha. Masuk minggu kedua, lemau dah nak masak. Kita pusing bazaar Ramadhan plak. Tapi kalau hari-hari tuju bazaar Ramadhan pun, parah gak haha. So aku perlukan something yang mudah disediakan dan sedap dimakan. Aku dah order siap-siap pelbagai jenis sambal. Menu paling mudah. Makan ngan telur dadar pun padu dah tu!


Tapi kalau korang nak makan menu-menu yang sedap, mudah disediakan dan murah memang aku cadangkan menu-menu frozen LengQuas ni. Actually asalnya dulu aku bukan penggemar menu-menu frozen macam ni tau. Aku pernah beli beberapa jenama lain sebelum ni. Bila makan Allahu tak kena betul dengan tekak. Lari rasanya kalau kita masak sendiri. Kalau nak frozen masakan sendiri pun okay je tapi nak prepare dia plak satu hal. Nak kena beli barang mentah, nak kena siang dan masak. Bak kata orang kalau makan sorang ni, better beli je la. Lagi costing kalau masak sendiri.



Then hari tu kawan ofis aku bawak la Daging Dendeng frozen LengQuas ni. Dia kata sedap, tapi aku tak percaya. Siap dia panaskan dalam oven, dia ajak aku join makan sekali. Aku pun tak keluar makan tengahari tu, so aku join la. Bila aku rasa, aku terkejut. Aku tak percaya yang aku makan tu menu-menu frozen! Korang boleh bayangkan tak macamana rasanya menu yang mak korang masak dan disejuk bekukan? Haa macam tu la rasanya. Sama rasanya macam lauk-pauk yang aku beli kat kedai makan tengahari.


Bukan setakat Daging Dendeng je malah ada 21 variasi menu yang boleh korang cuba dengan produk LengQuas ni antaranya antaranya ialah Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik, Daging Masak Hitam, Sambal Ikan Bilis, Ayam Masak Hitam dan Ayam Rendang. Malah mereka juga ada menyediakan menu Ready-To-Eat seperti Nasi Lemak Ikan Bilis, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Putih Daging Masak Hitam dan Nasi Ayam Kukus. Puasa 30 hari kan? Boleh dah ni kalau korang nak jadikan menu berbuka dan sahur ni haha.



Aku order secara online terus dengan menekan butang PESAN SEKARANG di laman Facebook rasmi LengQuas atau korang klik link di bio instagram @lengquas. Macam-macam jenis menu gak aku beli haha. Bukan apa kalau dah ada benda sedap dan mudah disediakan, kenapa nak bersusah payah kan? Lagi-lagi time sahur nanti. Nak kejar masa sebelum azan subuh tu mencabar betul. Dengan nak kejut anak-anak lagi, nak masak lauk, masak nasi. Alih-alih makan kurma je haha. Kalau ada lauk pauk frozen LengQuas ni kan senang. Panaskan dalam oven atau kukus dalam 5 minit dah siap. Banyak jimat masa woh!



Oh ni aku tengok dorang ada buat peraduan Makan & Menang jugak ni. Hadiah berjumlah RM100,000 untuk dimenangi. Pergh seriuslah weh! Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah seperti peralatan elektrik, peralatan memasak, peralatan dapur dan peroduk-produk dari LengQuas. Jap aku share cara-cara dan syarat peraduan.


Peraduan Makan & Menang LengQuas



Peraduan ni bermula dari 1 April sehingga 30 Jun 2021 dan korang mungkin boleh menang pelbagai hadiah menarik bernilai RM100,000 dengan hanya 3 langkah mudah:


  • Beli mana-mana produk LengQuas berjumlah RM20

  • Dapatkan resit pembelian dan imbas kod QR peraduan

  • Isi maklumat diri, jawab soalan mudah dan muat naik bukti resit pembelian


Korang hanya perlu imbas kod QR atau tekan link ini di bawah ni untuk hantar penyertaan korang.


https://forms.gle/bcgnM6AUVsn9Sijy8


Spread the word. Ajak adik beradik, family dan kawan-kawan korang join sekali. Mana tau rezeki raya tahun ni dapat hadiah dari LengQuas kan? Benda simple kenapa tak nak join plak kan haha.


Korang mesti ingat produk-produk LengQuas ni mahal kan? At first dulu aku pun ingat macam tu gak tapi bila tengok harga, eh murah rupanya. RM6 lebih, RM7 lebih. Then portion dia pun banyak. Untuk satu menu tu, biasanya aku makan berdua. Memang berbaloi kalau korang beli sebab rasa dan harga dia memang terbaik. Kadang-kadang tu aku siap belikan untuk mak abah aku tau. Ye lah dorang pun tinggal berdua je. Nak masak pun tak larat so aku belikan lauk pauk siap dihidang LengQuas je ni. Mak abah aku pun kata sedap.


Okaylah get to go. Anyhow kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut mengenai produk LengQuas atau peraduan ini, korang just layari sahaja laman web mereka iaitu kopetrofood.com.my atau laman Facebook rasmi mereka LengQuas ya.

0 Comments