Baju Raya Sehingga 7XL Di Butik Aisy Asyraf By IMAM MUDA Asyraf


Bismillah,

Sedar tak sedar kita pun dah masuk minggu ke-2 Ramadhan ni kan. Walaupun dalam keadaan pandemik dan tak tau keputusan balik beraya di kampung atau tak, sambutan Aidilfitri tetap diteruskan kan? Jangan macam2 aku dah beli siap2 biskut raya ni, raya tetap raya haha. So macamana pula persiapa raya korang pula? Dah beli baju dan kuih raya?



Oh cakap pasal baju raya ni kan, aku nak bagitau last week aku dah beli baju raya. Asalnya nak cari baju raya isteri dan Jasmeen je. Tup tup boleh plak terbeli baju aku plak haha. So kepada korang lelaki yang tengah riki-riki baju Melayu & Kurta raya tahun ni, apa kata korang tengok design-design terbaru kat outlet Aisy Asyraf By IMAM MUDA Asyraf yang terletak di seksyen 9 Bangi. Lain maciam woo design dorang buat tahun ni.




Untuk tahun 2021 ni butik Aisy Asyraf By IMAM MUDA Asyraf baru launch 1 design set Baju Melayu Luxamana dan 2 design kurta iaitu Kurta Raff dan Hatta. Material fabrik yang digunakan adalah high quality cotton, sangat sejuk, lembut dan sangat selesa. Aku dah try satu persatu design baju raya dorang, perghh memang terbaik la kualiti material dia tu. Sejuk dan suit cantik je sarung ke badan aku. Aku biasa pakai saiz L tau tapi untuk baju Melayu Luxamana (merah) yang aku pakai tu bersaiz M.





👉Saiz dari S hingga 3XL
👉Ada 21 pilihan warna menarik
👉Design semi slim fit cutting
👉Leher cekak musang
👉Ada satu poket sahaja

Menariknya kalau korang beli baju Melayu Luxamana ni, korang akan dapat 5 item yang diberi PERCUMA ;

👉Sampin
👉Butang baju
👉Sampul raya
👉Sapu tangan (poket baju raya)
👉Kotak Aisy Ashraf




Untuk design Kurta Raff pula, ada 15 pilihan warna, material high quality cotton sama macam baju Melayu Luxamana dan yang membezakan Kurta Raff (gambar aku pakai kurta biru) dan Kurta Hatta (aku pakai kurta hijau tentera) adalah ada design di bahagian leher Kurta Hatta, Kurta Hatta menggunakan butang baju Melayu manakala Kurta Raff menggunakan butang tekan. Kurta Hatta ada poket di bahagian dada kiri manakala kurta Raff tiada poket. Saiz sama dari S hingga 3XL juga.




Harga koleksi2 design terbaru 2021 Aisy Asyraf By IMAM MUDA Asyraf ni adalah ;


👉Baju Raya Luxamana (RM195)
👉Kurta Hatta (RM139)
👉Kurta Raff (RM129)

Nice sangat weh lebih-lebih lagi dia punya material tu memang sejuk dipakai. Then kat butik Aisy Asyraf By IMAM MUDA Asyraf ni ada koleksi baju kurta plussize juga tau dari 4XL hingga 7XL. Harga dalam RM119 je. So korang yang bersaiz besar janganlah bersedih bila tengok orang lain berpakaian cantik di pagi raya. Korang pun boleh melaram juga kerana ada banyak pilihan kurta dan baju batik plussize di butik Aisy Asyraf By IMAM MUDA Asyraf. Jom kita vogue sama-sama di pagi raya ye.




Bukan setakat baju kurta dan baju Melayu, malah jubah dan kurta kanak-kanak lelaki pun ada kat sini. Cantik-cantik design dia dan material kain dia memang thorbaekk Pak Abu!! Boleh aku katakan material fabrik yang digunakan di butik Aisy Asyraf By IMAM MUDA Asyraf antara yang terbaik pernah aku pakai selama ini.




So kalau korang nak riki-riki baju Melayu atau kurta lelaki, boleh lah ke cawangan-cawangan Aisy Asyraf By IMAM MUDA Asyraf di Bangi, Shah Alam, Angsana JB Mall dan Bertam, Penang. Lokasi cawangan di Bangi adalah seperti di bawah :



Aisy Asyraf By IMAM MUDA Asyraf
3-27-03, Tingkat, 2, Jln Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Google Maps


Waktu Operasi (sempena Ramadhan)
13 - 16 April : 10AM - 6PM
17 - 23 April : 10AM -6PM & 8PM -10PM
23 - 13 May  : 10AM -6PM & 8PM -12AM

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
012-548 8210




#AisyAsyrafByIMAMMUDAAsyraf
#BajuRaya2021
#BajuRayaPlusSize
#kurtalelaki

0 Comments