Bismillah,
Sedar tak sedar kita dah pun memasuki bulan Ramadhan kan. Selamat menjalani ibadah puasa kepada mereka yang beragama Islam, semoga ibadah puasa kita pada tahun ini menjadi titik tolak untuk kita berubah ke arah yang lebih baik insyaAllah. Sebut pasal bulan Ramadhan ni, sudah menjadi satu kemestian pada kita untuk mendapatkan bekalan buah buahan kan. So korang biasa beli buah kat mana je? Kalau korang masih tercari-cari stok buah untuk bekalan sepanjang bulan ni, apa kata korang ke MBG Fruits Hub kerana di sana korang boleh dapatkan pelbagai jenis buah-buahan pada harga borong!
Lebih-lebih lagi dalam musim pandemik ni kan, kalau boleh kita perlu makan lebih banyak buah-buahan bagi meningkatkan imuniti dan sistem ketahanan badan bagi melawan penyakit. Actually ni first time juga aku ke MBG Fruits Hub yang terletak di Selayang ni. Di sini menempatkan beratus-ratus jenis buah-buahan tempatan dan juga import. Aku plak teruja dan rasa macam nak beli semuanya je haha. Harga yang ditawarkan di sini juga sangat berpatutan dan murah jika hendak dibandingkan dengan harga-harga di tempat lain.
Di MBG Fruits Hub ni dibahagikan kepada beberapa seksyen antaranya adalah :
- Retail Section
- Chilled Fruits Section
- Warehouse Area
- Wholesale/Bulk Buy
Boleh aku katakan MBG Fruits Hub ni merupakan one stop center atau pusat sehenti bagi korang yang ingin mendapatkan pelbagai jenis buah-buahan sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual. Korang kena tahu yang buah-buah yang dipasarkan di MBG Fruits Hub ini juga segar-segar belaka kerana buah-buahan ini ditempatkan di bahagian-bahagian yang telah ditetapkan mengikut suhu yang sesuai. Contoh makanan sunnah dan buah yang perlu disimpan di dalam cool room antaranya ialah buah kurma muda, buah tin, buah anggur, kurma tangkai dan banyak lagi. Aku lihat fasiliti dan sistem yang digunapakai di MBG Fruits Hub ni sangat bagus bagi memastikan buah-buahan yang diterima dan disimpan di sini kekal segar dalam suatu jangka masa yang lama.
Harga yang ditawarkan di MBG Fruits Hub ni juga lebih murah 20% hingga 50% jika hendak dibandingkan dengan pasaraya-pasaraya lain di luar sana. Apa yang lebih menarik kepelbagaian pilihan buah yanh ditawarkan di MBG Fruits Hub ini tidak dapat ditemui di tempat lain. Di sini juga besar, ada kemudahan parkir kenderaan, surau dan kedai makan. Tempat dan lokasinya juga strategik bagi mereka yang ingin mendapatkan bekalan buah-buahan. Malah sempena bulan Ramadhan ini juga korang boleh dapatkan bekalan buah kurma pada harga borong di sini.
Bagi membantu mereka yang terkesan sempena pandemik ini, MBG Fruits Hub turut membantu meringankan beban mereka dengan menyuntik modal sebanyak RM200 untuk memulakan perniagaan buah-buahan. Mereka akan diberikan beberapa jenis buahan-buahan berharga RM200 dan selepas mendapat untung daripada jualan tersebut nanti barulah modal akan dipulangkan kembali. Ramai yang telah kehilangan kerja telah menceburkan diri dalam perniaagaan buah-buahan dengan MBG Fruits Hub ini dan ada di antara mereka juga telah berjaya mempunyai lori buah sendiri.
MBG Fruits Hub ini mengimport pelbagai jenis buah-buahan unik yang sukar ditemui di tempat-tempat lain antaranya adalah Ecuador Piyata Yellow Dragon Fruit, Japan Fruits, Fresh Fiq, Korea Strawberry, Barhi Dates, Passion Fruits, Cherry, Saphire Grapes dan banyak lagi. Kini MBG Fruits Hub telah mempunyai 40 cawangan di seluruh Lembah Klang dan 400 orang kakitangan keseluruhannya. Kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan buah-buahan yang ada dijual di MBG Fruits Hub, nak tanya pasal pembelian secara borong atau sebagainya boleh rujuk maklumat yang aku lampitkan di bawah ni.
MBG Fruits Hub
Lot 639, Jalan Batu Hampar,
Off Jalan Ipoh, Batu 7,
68100, Selayang,
Kuala Lumpur
Contact Person
016 2798 603 (Azmer)
016 6824 603 (Azizeh)
MBG website : https://mbg.com.my
Waktu Operasi
Isnin hingga Ahad (5.00 AM - 6.00 PM)
#MBGSelayangFruitsHub
#MBG Selayang
#Onestopfruitscentre
#fruitsbulkbuy
#fruitsatgreatprices
#fruitsforbusiness
1 Comments
Mak oiiii...apesal murah sangat buah-buahan semua..geram plak akak tengok..dh la akak suka makan buah..apesal jauh sangat kat Selayang...alaaaa...pi MBG biasa je laa
ReplyDelete