Buffet Ramadhan Bawah RM100 @ Restoran S'lasih Bangsar


Bismillah,


Memandangkan Ramadhan bakal tiba dalam dua bulan lagi, jadi masing-masing tengah sibuk mencari lokasi untuk tempahan berbuka puasa bagi syarikat dan persendirian. Bukan gelojoh tetapi kebanyakan hotel-hotel akan memberikan harga jauh lebih murah jika tempahan dapat dibuat lebih awal (early bird). Kalau tempah lewat, kemungkinan akan menghadapi masalah seperti tempahan penuh ataupun tamat harga promosi.



Jadi kepada yang tengah riki lokasi berbuka puasa tahun ini, apa kata aku cadangkan korang berbuka puasa di Restoran S'lasih  tyang terletak di tingkat 3 di bangunan Bangsar Shopping Center dan satu lagi cawangannya di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur. Menariknya lokasi yang aku cadangkan ini kerana ia terletak betul-betul di dalam shopping mall dan tak perlu risau tentang parkir kenderaan pada peak hour.




Di Restoran S'lasih suasananya selesa dan cantik di samping korang menikmati juadah berbuka puasa, korang boleh melihat dekorasi dan hiasan dalamannya yang diambil daripada warisan Melayu Padang Indonesia. Menu-menu yang ditengahkan pula kali ini adalah berasaskan gabungan masakan dari negara asean dan tempatan.




Bertemakan Selera Asean & Tempatan, beberapa buah buffet line telah ditempatkan di ruang dalaman restoran yang rata-ratanya dihiasi dengan menu-menu dari Padang, Indonesia dan tempatan antaranya seperti Nasi Goreng Kambing Panas dan Nasi Lemak Ayam Rendang Terjungkit. Selain dari hidangan istimewa, Buffet Ramadhan @ Restoran S'lasih juga ada menyajikan hidanga istimewa iaiti Roti Canai Burrito dan Rendang Daging yang direbus selama lapan jam dalam santan dan dimasak perlahan hingga kering.




Masakan terkenal lain yang ada sewaktu Buffet Ramadhan @ Restoran S'lasih nanti  termasuklah Ayam Gulai, Ayam Goreng Rempah dan Dendeng Balado Cabe Merah Kering. Untuk pengetahuan semua Dendeng Balado Cabe Merah kering yang sebenarnya merupakan daging lembu goreng yang diperap dalam air kelapa dengan bawang merah, bawang putih dan minyak kelapa.




Selain daripada itu, ada juga buffet line yang menyajikan hidangan ulam-ulaman dan pelbagai jenis sambal. Dimakan pula dengan lauk-lauk masyarakat tempatan seperti Masak Lemak Daging Salai, Masak Lemak Sayur Maman, Nangka Muda Masak Lemak Cili Api, Daging Belado dan banyak lagi.




Di bahagian bakar-bakar pula, korang boleh menikmati hidangan seperti Kambing golek yang menggunakan ramuan khas, ikan kembung bakar, ikan keli bakar dan ayam bakar. Bukan itu sahaja, kepada peminat-peminat satay, korang boleh mencuba hidangan satay Madura yang dimakan bersama kuah kicap lada hiris yang pedas. Memang terbaik rasanya!





Tidak habis dengan menu-menu utama, korang juga akan dihidangkan dengan pelbagai jenis pencuci mulut yang terdiri daripada kuih muih tradisional, pengat pisang, air batu campur dan aneka buah buahan tempatan. Ada juga disediakan air balang pelbagai perisa dan minuman panas bagi mereka yang sukakan teh ataupun kopi.




Hidangan Buffet Ramadhan @ Restoran S'lasih di Bangsar Shopping Centre berharga RM89.00 untuk orang dewasa dan RM40.00 untuk kanak-kanak. Tempahan awal untuk minggu pertama Ramadan akan diberikan harga potongan masing-masing sebanyak RM75.00 untuk dewasa dan RM25.00 untuk kanak-kanak. Harga untuk hidangan bufet di S'lasih Sunway Putra Mall adalah pada RM30.00 bagi setiap orang dewasa dan RM10.00 bagi setiap kanak-kanak.




Buffet Ramadhan @ Restoran S'lasih akan bermula pada 13 April hingga 3 Mei 2021 (5.30 petang - 9.00 malam setiap hari) di kedua-dua restoran. Tempahan boleh dibuat melalui WhatsApp seperti di bawah :


http://www.wasap.my/+60145114769/nakbuffetramadhan


Malah jika korang nak buat pesanan makanan juga boleh dibuat melalui Foodpanda dan Grabfood.



Jadi buatlah tempahan awal agar bajet dapat dikurangkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang menjadikan majlis berbuka puasa sebagai aktiviti rasmi syarikat. Untuk pertanyaan lanjut boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah.


0 Comments