Buffet Ramadhan @ Me'nate Steak Hub 2021


Bismillah,


Siapa je yang tak kenal Me'nate Steak Hub? Sebut sahaja Me'nate Steak Hub, pasti ramai yang membayangkan daging wagyu yang lembut dan menggiurkan, kepingan-kepingan steak yang begitu mengujakan dan aneka variety menu western yang mampu membuka selera. Jadi bagi melengkapkan ketibaan bulan Ramadhan, tahun ini Me'nate Steak Hub mengambil inisiatif mengadakan promosi buffet Ramadhan bagi meraikan pelanggan-pelanggan setia mereka selama ini.



Pada tahun ini, lebih 70 jenis hidangan dari pelbagai menu hidangan barat dan tempatan akan disediakan sempena buffet Ramadhan @ Me'nate Steak Hub kali ini. Bertemakan "Istimewanya Berbuka Me'nate", tahun ini buffet Ramadhan @ Me'nate Steak Hub mengetengahkan menu-menu yang berkonsepkan Syrian Moroccan. Antara menu-menu buffet Me’nate yang boleh korang cuba adalah seperti ROASTED LAMB & MANDHI RICE, GRILLED BBQ BEEF & LAMB, ROASTED CHICKEN, PASTA, MUSSEL, MEATBALLS, CHICKEN WINGS dan banyak lagi. Malah pada buffet Ramadhan @ Me'nate Steak Hub itu nanti akan adanya menu Char Kuey Teow dan Mee Goreng Mamak yang disediakan secara live cooking.




Bukan itu sahaja, malah ada Mee Sup Station, aneka jenis pencuci mulut, puding, buah buahan, kuih muih, kurma, salad dan banyak lagi. Pendek kata memang banyak pilihan menu yang dihidangkan sepanjang buffet Ramadhan @ Me'nate Steak Hub itu nanti. Ini antara buffet line yang akan disediakan sepanjang bulan Ramadhan di Me'nate Steak Hub ;




FULL BUFFET LINE

* Appetizer

* Soup

* Local Main

* Western Main

* Roasted Section

* Noodle Section

* Dessert Section

* Cold & Hot Beverages



Menariknya tahun ini, buffet Ramadhan @ Me'nate Steak Hub ada memperkenalkan  juga pakej makanan barat premium yang boleh di nikmati seisi keluarga dengan harga yang berpatutan iaitu hidangan "GROUP STEAK" FAMILY PLATTER. Sempena bulan Ramadhan ini, Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A (PREMIUM FAMILY PACKAGE) dan SET B (SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE) dimana satu set boleh dimakan sehingga 5 ke 6 orang. 



Bukan itu sahaja malah bersempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ni, Me’nate juga turut memperkenalkan produk sejuk beku terbaru mereka di bawah jenama MeatLab. 5 variasi menu ini boleh di jadikan hidangan berbuka atau bersahur sewaktu bulan Ramadhan yang akan tiba nanti.



Malah korang juga boleh jadikan sebagai buah tangan sekiranya kita diberi kebenaran untuk pulang berhari raya di kampung halaman nanti. Terdapat 5 jenis pilihan menu yang boleh korang nikmati iaitu ; 



👉BBQ Beef Ribs

👉Lamb Shank

👉Marinated Lamb

👉Lamb Shabu

👉Peri-Peri Chicken


Selain itu MeatLab juga akan memperkenalkan Rendang Daging edisi terhad sempena Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi. Jadi korang tak perlu bersusah payah nak menyiapkan rendang daging pada pagi hari raya. Order sahaja di Me'nate, pasti korang akan puas hati!



Bagi kemudahan pengunjung-pengunjung yang ingin menunaikan solat fardhu Maghrib, ruangan solat atau surau juga disediakan. Bukan satu malah ada dua ruangan untuk jemaah lelaki dan wanita. Jadi korang tak perlu risau untuk keluar mencari masjid atau surau di luar kerana di setiap premis Me'nate Steak Hub ada menyediakan kemudahan tersebut untuk para pengunjungnya.





Untuk harga yang ditawarkan pula, buffet Ramadhan @ Me'nate Steak Hub ada menyediakan EARLY BIRD BERBUKA PUASA PROMO ISTUMEWA sempena bulan Ramadhan nanti. Korang boleh menikmati tawaran DISKAUN 10% untuk korang yang book awal dan tambahan DISKAUN 20% untuk korang yang pilih tarikh berbuka puasa pada 2, 3 atau 4 Ramadhan nanti.


TARIKH PADA 2, 3, 4 RAMADHAN

👉 RM62.90/pax (dewasa, 12 tahun ke atas)

👉 RM34.90/pax (kanak-kanak, 6 - 11 thn)


TARIKH SELAIN 2, 3, 4 RAMADHAN

👉 RM89.90/pax (dewasa, 12 tahun ke atas)

👉 RM49.90/pax (kanak-kanak, 6 - 11 thn)


*Harga tidak termasuk caj 6% SST.

*T&C Apply



Korang boleh menikmati hidangan buffet Ramadhan @ Me'nate Steak Hub  di cawangan-cawangan Me’nate seperti yang tertera di bawah :




👉 Setapak (Starparc Point)

👉 Bangi (Seksyen 9)

👉 Shah Alam (Vista Alam, Sek. 14)

👉 Seremban (Jln S2 B15, Seremban 2)

👉 Melaka (Jln Merdeka, Melaka Raya)

👉 Johor Bahru (Jln Glasiar, Taman Tasek)


Manakala di cawangan Ampang Jaya (Jln Kolam Air Lama) tiada menyediakan buffet Ramadhan @ Me'nate Steak Hub. Mereka menggantikan dengan pakej istimewa iftar Heavenly Beef & Heavenly Lamb untuk 3-4 orang makan.




Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, korang boleh direct whatsapp dengan link dibawah ni ye ;


bit.ly/menatersvp


Seronok rasanya bila dapat berbuka bersama-sama seperti ini ye? Tahun lepas tak dapat, harap tahun ini kita dapat meraikan dan menikmati kedatangan Ramadhan dengan penuh rasa syukur dan bersederhana. Patuhi SOP dan kekalkan jarak selamat. Jangan lupa kita masih belum menang. Semoga Allah angkat doa-doa kita agar pandemik ini segera berakhir insyaAllah.



0 Comments