Pemborong Kurma Dan Makanan Sunnah Di Berkat Madinah


Bismillah,


Lagi dua tiga hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan. Bagaimana persiapan korang menyambut bulan mulia ini? Aku percaya rata-rata kita akan membuat persiapan awal bagi mengelakkan kesesakan pada saat-saat akhir. Alhamdulillah rezeki kita tahun ni bila mana bazaar Ramadhan dah dibenarkan beroperasi, umat Islam dibenarkan bertarawih di surau dan masjid, ayah aku pun dibenarkan untuk menjadi amil kutipan zakat dan bazaar Hari Raya juga akan turut diadakan nanti. Sebulan berpuasa ni mulalah aku fikir menu apa yang hendak disediakan setiap hari. Korang ada buat jadual juga ke? Hahaha.



Sebut pasal menu-menu bulan Ramadhan ni, tak sah rasanya kalau kita sambut Ramadhan tanpa adanya kurma kan? Korang dapat bekalan kurma korang tahun ni dari mana? Alhamdulillah aku dapat stok kurma aku tahun ni di pasaraya Berkat Madinah. Actually ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke pasaraya ini sebab kawan-kawan aku kata Berkat Madinah ni umpama one-stop-center bagi mereka yang mencari-cari makanan sunnah dan barang keperluan harian.



Bestnya Berkat Madinah ni buka setiap hari tau dari pukul 9 pagi hingga pukul 12 tengah malam. Berkat Madinah ni sinonim dengan panggilan 'kedai Arab' oleh mak dan abah aku. Rupanya dorang dah terlebih dahulu menjadi pelanggan Berkat Madinah ni since 3 tahun lepas. Mak aku pergi ke Berkat Madinah ni sebab nak beli Apple Cider (cuka epal) manakala abah aku plak beli Arabic Gum. Kebaikan Apple Cider ni adalah dia mampu mengawal tekanan darah tinggi korang, melancarkan aliran darah dan membersihkan saluran darah yang sempit. Abah aku mengamalkan pengambilan Arabic Gum pula untuk menyembuhkan penyakit buah pinggang dia. Actually ada banyak lagi kebaikan-kebaikannya jika korang membuat carian di Google.



Seawal 9 pagi pun aku tengok orang dah mula ramai mengunjungi Berkat Madinah ni. Ada pelbagai jenis barangan dijual di sana antaranya adalah :


  • Kurma & makanan sunnah
  • Buah buahan
  • Sayur sayuran
  • Aneka jenis roti
  • Aneka jenis madu
  • Daging
  • Kelengkapan & barangan dapur
  • Aneka biskut & manisan
  • Barangan kelengkapan diri

Actually aku teruja bila ke Berkat Madinah ni sebab ada banyak pilihan kurma tangkai dan kurma biji. Bukan setakat kurma kotak je malah ada banyak jenis kurma yang boleh dibeli secara pukal ataupun borong. Harga-harga kurma di Berkat Madinah ni pun boleh tahan murah tau berbanding daripada kedai-kedai lain yang pernah aku beli sebelum ni. Malah kat sini juga ada dijual kurma muda bertangkai. Antara pilihan-pilihan kurma yang boleh korang beli untuk persiapan Ramadhan tak lama lagi adalah seperti : 







  • Kurma Ajwa A
  • Kurma Medjoul
  • Kurma Sukkary
  • Kurma Safawi Al-Madinah
  • Kurma Mabroom Al-Madinah
  • Kurma Mariami AA
  • Kurma Palestinian Medjoul
  • Kurma Mariami A
  • Kurma Pelestinian Medjoul Jumbo
  • Kurma Ajwa VIP
  • dan banyak lagi

So mana satu yang korang berkenan nak cuba tahun ni? Aku tengok aneka jenis kurma kat Berkat Madinah ni pun dah buat aku rambang mata haha. Rasa macam nak cuba semuanya. Aku beli sikit-sikit buat rasa. Aku suka kurma yang lembab-lembab sikit teksturnya macam kurma Ajwa A. Kalau kurma Ajwa VIP tekstur dia kering sikit. Kalau korang nak tau kurma Ajwa ni dipanggil juga kurma nabi. Kenapa dipanggil kurma nabi? 




Ada sumber yang mengatakan bahawa kurma Ajwa ini merupakan kurma yang ditanam sendiri oleh nabi. Menurut sejarah, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah ï·º adalah di tanah Madinah, berhampiran Masjid Quba, sekitar 14 abad yang lampau.




Di ceritakan pada suatu hari Rasulullah ﷺ sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk di makan oleh Baginda ﷺ. Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah ﷺ sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah سبحانه وتعالى supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah سبحانه وتعالى yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah ﷺ berbuka puasa.




Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah ï·º. Bermula dari peristiwa itulah pokok kurma Ajwa ini seterusnya membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga pokok kurma Ajwa ini sukar hidup dan berbuah di tempat-tempat lain kecuali Madinah (rujukan)




So kalau korang berminat nak beli aneka jenis kurma sempena bulan Ramadhan ni, nak hadiahkan kurma pada orang atau sebagainya boleh lah dapatkannya di cawangan-cawangan Berkat Madinah seperti yang tertera di bawah ni ye :

            

Cawangan Ampang

17&18-L1, JALAN AMPANG PUTRA 6, 

TAMAN PUTRA SULIMAN,

68000 AMPANG

Selangor MALAYSIA


Cawangan Kajang

Ground Floor, Unit No. PA-S-17,

PEARL AVENUE Shop Jalan Pasir Emas, 43000 Kajang,

Selangor Darul Ehsan


Cawangan Shah Alam

Berkat Madinah, Seksyen U12:

No. 46, Jln Pegaga C U12/C,

Desa Alam, Seksyen U12,

40170 Shah Alam, Selangor



Selain daripada itu mereka juga ada menyediakan khidmat penghantaran ke rumah atau tempat kediaman tanpa korang bersusah payah keluar. Details mengenai penghantaran boleh lah korang rujuk seperti maklumat yang tertera di bawah : 



Express Delivery (hari yang sama)

Kuala Lumpur dan Klang valley 

delivery.madinah.com.my


*Sila semak dulu sama ada lokasi korang berada di dalam lingkungan ED


Normal Delivery (dalam 3 hari) 

All Malaysia

shop.madinah.com.my



0 Comments