Kenapa Perlu Menyewa Rumah Jika Beli Lebih Menguntungkan?



Bismillah,


Dulu aku pernah menyewa rumah selama 3 tahun. Bila difikirkan dan dicongak-congak balik, kan lebih baik jika aku boleh beli rumah terus. Bayaran bulanan pun hampir sama je value nya. Bukan apa, awal-awal dulu aku tak berani nak ambil risiko dan tanggung komitmen lebih-lebih lagi aku baru je mendirikan rumah tangga dan Jasmeen pun baru dilahirkan. Agak sukar untuk mengimbangi aliran keluar masuk kewangan. Tapi lama kelamaan aku bila aku rasa stabil, aku mula fikirkan ada lebih baik aku memiliki sebuah rumah mampu milik yang sama harganya dengan nilai sewa bulanan aku.



Then baru-baru ni aku ternampak iklan berkenaan sebuah kawasan penginapan baru yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Kenapa aku rasa ianya berbaloi ye? Tak jauh ke dari tempat kerja aku di Kuala Lumpur? Projek Perumahan HANNA @ Laman Sendayan ni merupakan projek dari syarikat pemaju Matrix Concepts Holdings Berhad dan aku rasa berbaloi sebagai pelaburan jangka masa panjang untuk aku dan keluarga.


Menariknya korang hanya perlukan RM1,000 sahaja untuk membuat tempahan rumah idaman korang ni tau. Bagi projek Perumahan HANNA @ Laman Sendayan ini fasa akan dilancarkan pada May 2021, dan dijangka pada kuaer keempat tahun 2023 nanti.


LOKASI PERUMAHAN HANNA YANG STRATEGIK



Walaupun aku bekerja di Kuala Lumpur tapi aku tak bimbang kerana mempunyai laluan aksesibiliti untuk aku ke tempat kerja memang banyak. Antaranya adalah seperti North-South Expressway (PLUS), Seremban-Port Dickson Highway, Senawang-KLIA Expressway (dalam peringkat cadangan pembinaan) dan KLIA Linkage.


HARGA RM100K LEBIH MURAH BERBANDING PERUMAHAN SAMA TARAF YANG LAIN


Lagi satu yang menariknya dengan Projek Perumahan HANNA @ Laman Sendayan ni, harga serendah daripada RM400K sahaja tau. Lebih murah RM100K jika hendak dibandingkan dengan kawasan perumahan lain yang sama taraf dengannya. Kadar faedah pinjaman dari bank juga rendah sekaligus tidak membebankan aku sebagai pembeli.


Cuba bayangkan dengan bayaran lebih kurang RM1400 setiap bulan sahaja aku sudah mampu memiliki kediaman sendiri. Adik aku pun beli rumah teres kat rumah aku di Bangi pada harga RM1350 sebulan. Rumah belum renovate, 840Sq.ft. sahaja. Jadi better aku pilih rumah baru seperti Perumahan HANNA @ Laman Sendayan ni. Kenapa korang perlu membayar sewa bulanan rumah sehingga RM1000 ke RM1500 secara bulanan, jika dengan nilai itu korang sudah mampu miliki rumah sendiri?


REKAAN RUMAH YANG SELESA UNTUK DIDIAMI


Bila aku lihat pelan lantai Perumahan HANNA @ Laman Sendayan ni, aku rasa sesuai sangat dengan harga yang ditawarkan mereka. Ianya nampak selesa untuk jumlah ahli keluarga aku. Untuk pengetahuan korang kediaman fasa HANNA @ Laman Sendayan ini ditawarkan 2 jenis unit rumah iaitu Type A dan Type A1. Kedua rumah ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Keluasan kedua unit jenis rumah HANNA ini adalah bermula dari 2152 kaki persegi tau. Yang membezakan kedua-dua unit ini adalah saiz rumah di mana Type A 20' x 65'  manakala untuk Type A1 adalah 20' x 70'. Pada aku kedua-dua design ni cukup luas untuk kami 3 beranak.


KEMUDAHAN PRASARANA & PUSAT KOMUNITI YANG MENARIK



Pada aku kemudahan prasarana dan pusat komuniti yang menarik juga adalah salah satu faktor kenapa aku memilih Perumahan HANNA @ Laman Sendayan ni. Penting untuk ada kolam renang dan taman permainan yang luas kerana Jasmeen suka tempat-tempat macamni.



Di kawasan perumahan HANNA @ Laman Sendayan bukan hanya menyediakan taman permainan sahaja, bahkan fasiliti rekreasi juga turut disediakan seperti gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, laluan reflekslogi, gazebo dan outdoor gym. Jadi tak perlu dah untuk kami keluar beriadah di luar jika perumahan HANNA @ Laman Sendayan ini mampu memberikan segala yang kami perlukan di sini.



Selain daripada itu pembeli Perumahan HANNA @ Laman Sendayan juga akan diberikan keahlian PERCUMA d'Tempat Country Club selama 2 tahun. Antara fasiliti yang disediakan adalah kolam renang, gymnasium, mini teater, bilik sauna dan banyak lagi.  


Perumahan HANNA @ Laman Sendayan ini juga berdekatan dengan Matrix Global Schools, SJK (C) Bandar Sri Sendayan dan SMK Bandar Baru Sri Sendayan. Terdapat juga hub komersial dan pusat beriadah seperti Sendayan Merchant Square, Sendayan X-Park, Sendayan Metropark dan Sendayan Green Park. 



So kalau korang pun berminat untuk memiliki rumah idaman korang di Perumahan Laman Sendayan dan ingin dapatkan info lebih lanjut mengenai fasa kediaman HANNA,  korang bolehlah layari :-


http://lamansendayan.com/project/project-hanna.html




#HANNA #LamanSendayan #JOMBELIDANSEWA #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #BandarSriSendayan #BSSDevelopment


2 Comments

  1. berbaloi beli jika harga bulanan menyamai sewa rumah.
    eca pun nak beli rumah, layak tu mmg dah, cuma nak cri tmpt beli kat mana. nak beli kt tmpt kerja skrg, nanti dpt pindah dkt kmpg susah gak jual balik.hahaha. byk benda kena fikir!

    ReplyDelete