Promosi Menu US Fries Bonanza Di 13 Restoran Di Lembah Klang


Bismillah,


SEDAP KGB BUKAN HANYA TERLETAK PADA VARIASI BURGERNYA SAHAJA, TETAPI PADA TEXAS JALAPENO FRIESNYA JUGA

Actually dah lama aku nak try KGB ni. Ni dah dok alang-alang kuarantin kat rumah tak boleh ke mana-mana, aku order thru Grabfood je la.



Bila aku tengok list menu, take time jugaklah aku nak buat pilihan. Semuanya nampak sedap dan menggiurkan. At last aku decide untuk order set KGB Spiked (beef), set The Shack (chicken) dan Texas Jalapeno Fries. Untuk set tu korang ada beberapa pilihan fries dan air tau. Aku pilih Spicy Cajun Russet Fries & Salt and Pepper Russet Fries. Air plak aku pilih KGB Lemonade.



Tapi apa yg aku nak cerita hari ni, dia punya Texas Jalapeno Fries lain macam bhai. 1st aku try fries dimakan bersama sos dan lada jalapeno. Pergh pedas memang pedas tapi yang menariknya dia punya rasa tu. Aku belum pernah try sos jalapeno ni. Then bukan guna kentang biasa tau. Dorang guna U.S Potato. Home made fries, bukan fries siap untuk digoreng punya. Tebal-tebal dan freshly made.




SEMENTARA TUNGGU ORANG, LAYAN THE STATEN ISLAND 2.0 DULU LAH

Aku hari ni plak aku plan nak jumpa orang. Banyak kerja tergendala semenjak aku dikuarantinkan hari tu. Jam dah pkul 1 tghari. Nak drive thru, puan isteri plak dah masak kat rumah. Sementara tunggu org sampai ni, pekena kudap kudapan buat alas perut pun layan jugak ni kan?



Aku search la kat apps Grabfood. Nampak macam layan gak The Staten Island 2.0 ni sebab dia guna kentang US Potato. Terngiang2 bethol la sebab fries dia fresh. Rangup di luar, empuk di dalam. Perghh!



Tapi The Staten Island 2.0 Mikey's New York Pizza ni siap ada 3 jenis sos cicahan tau. Pukul 1 pm aku order, 1.15 pm rider Grabfood sampai dah. By the way aku guna code 𝙁𝙍𝙀𝙀𝘿𝙀𝙇 untuk free delivery. Then kalau korang amik set pizza, soft drink dan salad, ada 20% diskaun tau. Lain maciam la pizza dia ni. Dia jual by slice. Doh dia nipis giler, topping plak padat dan tebal. Tak pernah lagi aku makan pizza macam ni weh. Aku order gak untuk puan isteri ngan Jasmeen sebab Jasmeen ada request nak makan pizza sblm ni. Aku je tak sempat nak beli.



Untuk makluman, ada 13 restoran di sekitar Lembah Klang sekarang ni sedang mempromosikan kentang U.S Potato di dalam menu-menu mereka ye. Antaranya ialah :


𝙈𝙮 𝘽𝙪𝙧𝙜𝙚𝙧𝙇𝙖𝙗

  • Awesome U.S. Fries


𝘾𝙝𝙞𝙡𝙞’𝙨

  • Homestyle U.S. Fries


𝙈𝙞𝙠𝙚𝙮'𝙨 New York 𝙋𝙞𝙯𝙯𝙖

  • Staten Island 2.0 U.S. Fries
  • Brooklyn U.S. Fries


𝙉𝙔 𝘽𝙪𝙧𝙜𝙚𝙧 𝘾𝙤

  • Cheesy Beef Bacon U.S. Fries
  • Cheesy U.S. Fries 


𝙎𝙩𝙧𝙖𝙣𝙜𝙚𝙧𝙨 𝙖𝙩 47

  • Shoestring U.S. Fries with Parmesan Cheese 
  • Loaded Cheesy U.S. Fries


𝘽𝙤𝙩𝙖𝙣𝙞𝙘𝙖

  • Truffle U.S. Fries 
  • Broken Chili U.S. Fries
  • Tom Yum U.S. Fries
  • Okonomiyaki U.S. Fries 


𝘽𝙪𝙧𝙜𝙚𝙧 𝙊𝙣 16

  • Cowboys U.S. Fries (Beef) 
  • Cowboys U.S. Fries (Chicken/Vege) 
  • Pepperoni Cheese U.S. Fries 


𝘾𝙖𝙧𝙡’𝙨 𝙅𝙧

  • Beef Chilli Cheese U.S Fries 
  • Crosstrax U.S. Fries 


𝙆 𝙁𝙧𝙮

  • Bulgogi U.S. Tater Tots 
  • Dak Kimchi U.S. Fries 


𝙆𝙂𝘽

  • Texas Jalapeno Cheese U.S Fries 
  • Kimchi U.S. Fries 


3 𝙇𝙞𝙩𝙩𝙡𝙚 𝙋𝙞𝙜𝙨

  • Buffalo U.S. Fries 
  • Cajun U.S. Fries


𝙏𝙝𝙚 𝙊𝙬𝙡𝙨 𝘾𝙖𝙛𝙚 𝙖𝙩 𝙃𝙖𝙥𝙥𝙮 𝙈𝙖𝙣𝙨𝙞𝙤𝙣

  • Waffle U.S. Fries 
  • Mentaiko Waffle U.S. Fries


𝙅𝙞𝙣𝙟𝙟𝙖 𝘾𝙝𝙞𝙘𝙠𝙚𝙣

  • Tteokbokki U.S. Fries 
  • Sesame Seaweed U.S. Fries



Korang pilih la restoran-restoran yang ada menyajikan menu-menu halal ye sebab antara 13 restoran ni ada juga yang tak halal. So kalau korang nak rasa padu ke tak, try la mana2 menu U.S fries Bonanza yang terdapat di 13 buah restoran yang turut serta dalam promosi kali ni eh. Promosi ni berlangsung dari 1 hingga 30 Jun 2021 ye. Takut nak keluar? Senang je. Order thru Grabfood je la macam aku ni.


#USFriesBonanza #USPotatoes #EnjoyUSFriesAtHome #mikeysnewyorkpizza #KGB

1 Comments