Variasi Kopi IT'S SIXPACK Terbaru Daripada Aik Cheong

Bismillah,


Siapa sini penggemar kopi? Yup sip sikit sebab kita berkongsi minat yang sama. Korang suka kopi apa? Tolak tepi kopi-kopi mahal, cafe dan restoran. Kopi yang aku maksudkan ni kopi yang korang bancuh sendiri di rumah. Actually selama ni aku tak memilih sangat pasal kopi. Asal namanya kopi, semuanya aku minum. Tetapi since 4 ke 5 tahun lepas, aku mula bertukar kepada kopi jenama Aik Cheong ni. Asalnya sebab harganya lebih murah berbanding kopi jenama lain di pasaran. So aku pun try la kan. Tapi aku tak expect langsung dia punya rasa sangat kaw. Tak sangka plak kopi Aik Cheong ni murah harganya dan rasanya betul-betul umph!! 



Aku baru tau yang kopi Aik Cheong ni dah telah diperkenalkan sejak tahun 1955 lagi. Lamanya!! Sebelum merdeka lagi rupanya usia kopi Aik Cheong ni. Patutlah rasanya padu dan sedap sangat. Kopi orang lama ni atau aku panggil kopi kampung. Tapi sekarang pun kopi Aik Cheong ni bukan calang-calang dah. Bukan hanya setakat kopi hitam yang biasa kita minum sahaja malah mereka juga telah mengeluarkan beberapa variasi kopi. Bukan setakat kopi malah mereka juga turut menghasilkan beberapa minuman lain seperti coklat dan teh. Hebat betul rasanya kan?



Antara produk-produk Aik Cheong yang turut mendapat tempat di pasaran tempatan adalah seperti Black Coffee, White Coffee, Teh Tarik, Hot Chocolate, Cappucino dan banyak lagi. Malah baru-baru ni mereka turut menghasilkan produk baru antaranya BLACK series, instant Hot Cup yang dipanggil 'IT'S more than just' yang baru sahaja dilancarkan pada Jun 2020 tahun ini, instant fruit oatmeal cereal, instant nuts oatmeal cereal dan granola.



Satu lagi produk Aik Cheong yang korang wajib cuba untuk penggemar-penggemar kopi iaitu IT'S Coffee. IT'S Coffee ni didatangkan dalam 6 variasi iaitu Long Black Extra Shot, Matcha Latte Nata De Coco, Teh Tarik Gula Melaka, Choco Latte Marshmallow, Flat White Extra Shot dan Cappucinno Choco Topping. Nice la siap ada presentation. Dia punya packaging cantik dengan warna yang menarik. Korang hanya perlukan air panas sahaja untuk buat IT'S Coffee ni. Cadangan aku untuk rasa yang kaw, korang hanya perlu tambah setengah cawan air panas sahaja. Kepada yang nak kurang manis, tambahkan 3/4 cawan dengan air panas. Kalau korang isi penuh cawan dengan air panas, aku takut rasanya tawar. Tapi depends la korang suka yang macamana kan.



Bukan itu sahaja, kalau korang sukakan oat atau sukakan makanan berkhasiat, Aik Cheong turut mengeluarkan produk makanan kesihatan iaitu IT'S Granola. IT'S Granola ni merupakan hidangan tinggi serat dan mengandungi protein dan bahan asli semulajadi. IT'S Granola juga tidak mengandungi perasa tambahan, gula dan bahan-bahan makanan lain. Ia bagus untuk mengawal kolesterol dan menyerap lemak dalam badan seterusnya baik untuk fungsi jantung kita.



Cara penyediaannya pun mudah. Korang hanya perlukan air panas dan boleh dimakan bersama buah-buahan, susu mahupun yeogurt. IT'S Granola ini mempunyai 2 perisa iaitu instant fruit oatmeal cereal dan instant nuts oatmeal cereal. Dalam setiap pek telah siap disediakan kekacang dan juga buah berries untuk kita nikmati.



Okay kalau korang nak tau, latest product yang dikeluarkan oleh Aik Cheong kali ini adalah IT'S SIXPACK. Aku pun baru tau pasal ni. IT'S SIXPACK didatangkan dalam 4 vsriasi pilihan iaitu :


1) IT'S White Coffee Salted Gula Melaka

2) IT'S Cappucinno Choco Topping

3) IT'S Choco Marshmallow

4) IT'S Teh Tarik Gula Melaka


Menariknya packaging IT'S SIXPACK ni menggunakan warna latar tajam dan monokrom. Setiap set dibungkus kemas untuk kegunaan individu, lebih selamat, bersih dan memberi peluang pengguna untuk menyesuaikan kadar gula dan topping yang diperlukan dalam satu cawan air. Setiap satu kotak variasi IT'S SIXPACK ini mengandungi 6 set lengkap (sachet dengan premix, topping dan gula perang) Kiranya setiap packaging IT'S SIXPACK ni untuk kegunaan 6 orang individu. 



Harga satu set IT'S SIXPACK ini juga sangat berpatutan, sangat portable dan boleh dibawa untuk kegunaan di mana-mana jua. IT'S SIXPACK tidak hanya menengahkan citarasa penggemar kopi sahaja malah turut mengembangkan citarasa uniknya kepada peminat-peminat minuman teh tarik dan coklat. Apa yang menariknya dengan variasi IT'S SIXPACK ini, ia membawa minuman ke suatu level yang jauh lebih tinggi. Rasanya dan bahan-bahan yang digunakannya unik dan menarik, menjadikan ia set minuman yang sesuai untuk semua peringkat umur.



Apa lagi yang lebih menarik adalah produk minuman IT'S White Coffee Salted Gula Melaka adalah minuman kopi edisi terhad dimana White Coffee Aik Cheong ini telah dicampur dengan Salted Gula Melaka bagi memberi rasa yang berbeza berbanding dengan White Coffee biasa yang biasa kita minum. Tambahan pula, Gula Melaka dikategorikan sebagai gula yang lebih sihat dimana index glycemic (GI) yang rendah serta kaya dalam vitamin dan mineral berbanding gula pasir biasa.



Kalau korang belum pernah cuba kopi Aik Cheong ni, better korang try. Aku percaya korang pun akan jatuh cinta pandang pertama dengan rasanya yang betul-betul memukau lebih-lebih lagi IT'S Coffee dan koi IT'S SIXPACK Series mereka. Perghh mengancam habis. Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link pautan yang aku sediakan di bawah ni ye.



IT'S SIXPACK, IT'S CUP & GRANOLA

ONLINE STORE :


SHOPEE 

https://shopee.com.my/aikcheong


LAZADA

http://lazada.com.my/shop/aik-cheong-coffee-roaster/


OFFLINE STORE :

Aeon Big, Giant, Mydin, MyNews


Info lanjut boleh layari : https://www.aikcheong.com.my/


Aik Cheong Coffee Social Media platform :

Aik Cheong Coffee FB : Aik Cheong Coffee 益昌咖啡 

Aik Cheong Coffee IG: aikcheong_official

IT's more than just FB: IT'S

IT's more than just IG : its_by_acc



#aikcheongcoffee益昌咖啡 #做_自己 #BeYourSelfAlways #itsbyacc #itsmorethanjust #ITS #ItsCup #itstimetobelieve #Hoot9eeeee #InilahMasanya #VITAMEDIA #ASKPERT #BotakMakan



2 Comments