Tahun Kedua Sambutan HARI NASI LEMAK MARRYBROWN


Bismillah,


Kita sudah pun berada di setengah tahun pertama 2021, dan rakyat Malaysia masih lagi di dalam sesi memerangi pandemic sambil berusaha untuk membentuk imuniti berkelompok. Pelbagai situasi yang menyentuh hati dilihat dikalangan rakyat Malaysia yang bersatu hati serta saling membantu antara satu sama lain tidak kira agama, bangsa mahupun budaya dalam memastikan kesejahteraan semua terjaga. 



Bukti jelas rakyat Malaysia bersatu padu dalam mengatasi kesukaran dikala pandemik ini dapat dilihat apabila mereka sering mengambil berat tentang keadaan sekeliling terutamanya petugas-petugas barisan hadapan. Begitu juga Nasi Lemak, hidangan kebanggaan ramai ini mempunyai keunikan rasa, dihasilkan dari pelbagai bahan dan ramuan, menjadikannya sebagai hidangan pilihan ramai yang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. 



Aku ingat lagi tahun lepas Marrybrown ada mengadakan Hari Nasi Lemak MB di mana 10,000 pax nasi lemak diberikan PERCUMA kepada semua rakyat Malaysia dia negara. Setiap cawangan Marrybrown turut terlibat dalam memberikan Nasi Lemak Marrybrown PERCUMA ini. Alhamdulillah time tu aku dapat 3 pax Nasi Lemak untuk kami bertiga. Awal kot aku beratur hari tu. Bukan sebab Nasi Lemak Marrybrown PERCUMA sahaja malah Nasi Lemak dia memang sudah diketahui umum sedap!




Untuk pengetahuan korang Marrybrown kini sudah 40 tahun beroperasi sebagai rangkaian restoran perkhidmatan pantas Halal pertama terbesar di Malaysia kini sekali lagi dengan bangganya meraikan ‘Hari Nasi Lemak MB’ sebagai hadiah untuk semua rakyat Malaysia yang menjadikan Nasi Lemak MB sebagai makanan kebanggan semua!



Dengan ini mereka sekali lagi ingin menjemput semua rakyat Malaysia memeriahkan jualan atas talian melalui aplikasi Shopee, dengan 10,000 bungkus Nasi Lemak MB yang disediakan menerusi tawaran Beli 1 PERCUMA 1! Jangan tunggu lagi, berkongsilah dengan kawan-kawan, keluarga, dan rakyat Malaysia pada Hari Nasi Lemak MB. Maklumat lanjut adalah seperti berikut: 


Tarikh     : Ahad, 1 Ogos 2021

Masa       : Bermula 12 tengah malam

Platform  : Shopee Rasmi Kedai Marrybrown 

*Pautan web hanya berfungsi di telefon bimbit


Jangan korang lupa tanggal 1 Ogos setiap tahun merupakan tarikh simbolik “Hari Nasi Lemak MB” di Marrybrown. Bukan itu sahaja malah korang juga boleh mendapatkan tawaran menarik pada setiap 1 hari bulan di bulan berikutnya. Untuk maklumat lanjut tentang Hari Nasi Lemak MB atau tawaran dan servis penghantaran Marrybrown, korang boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah ini :


Website : https://harinasilemakmb.marrybrown.com/ 

Facebook : MarrybrownMalaysia

Instagram : Marrybrownmy

YouTube : MarrybrownTV

Delivery : http://mbdelivery.com.my


0 Comments