5 Tempat Menarik Yang Ingin Dikunjungi Sebaik Sahaja Tamat PKP


Bismillah,


Rasa dah lama sangat terperap kat rumah ni. Bukan kata nak pergi bercuti, paling jauh pun aku pergi beli barang basah kat kedai Acheh. Kesian kat anak dan isteri. Kadang-kadang aku bawa juga dorang pusing-pusing taman, bawa ikut aku pergi beli barang basah (dorang stay dalam kereta) dan adakala dorang sanggup ikut aku isi minyak kereta sahaja semata-mata ingin berjalan-jalan. Kesian kan?



Tu la aku plan sebaik je habis PKP nanti, aku nak bawa dorang jalan-jalan dan pergi bercuti. Nak pergi staycation, sightseeing, nak mandi pantai, nak berkelah, nak foodhunting dan macam-macam lagi. Ni pun dah ada banyak kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan bagi mereka yang telah mendapat 2 dos vaksinisasi kan? So aku harap tak lama lagi bila dah negara dah mencapai herd immunity dan covid-19 kembali terkawal, kita sudah boleh dibenarkan untuk rentas negeri dan bolehlah bawa keluarga bercuti.


Okay kalau betul la kelonggaran untuk merentas negeri akan dibolehkan nanti, aku plan nak bercuti ke 5 destinasi pilihan ni. (164 words)


KINRARA RESORT, PUCHONG

La dalam banyak-banyak resort, kenapa nak pegi sini? Haa memula kita pergi yang dekat-dekat dulu. Kira warm up la haha sebelum kita travel jauh-jauh. Actually dalam banyak-banyak hotel dan resort kat Selangor ni, aku rasa Kinrara Resort ni sangat mesra keluarga. Kenapa?



Sebab bilik-bilik di sini luas. Aku dapat bilik biasa je tapi ada 1 katil bersaiz Queen dan 1 katil bersaiz single. Haa memang sedang elok lah kan untuk kami 3 beranak. Lagi satu biliknya juga luas. Rata-rata bilik yang disediakan di sini mengadap kolam renang. Bukan setakat ada penghawa dingin je, malah siap ada kipas lagi.



Itu bab bilik. Paling bestnya kat Kinrara Resort ni dia ada 2 kolam besar untuk pengunjung. Satu kolam khas untuk kanak-kanak yang dilengkapi dengan permainan air dan satu lagi kolam awam untuk keluarga. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini berpuas hati dengan kemudahan kolam untuk keluarga ini. Korang kena tengok plak scene pada waktu malam. Sekeliling kolam dilimpahi dengan cahaya lampu yang berwarna warni. Sangat cantik panoramanya. Aku pasti korang mesti sangat berpuas hati sekiranya dapat menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga di sini. Rate bilik semalaman pun around RM220++ including sarapan pagi. Berbaloi kan? (200 words)



LAMAN IBU, JANDA BAIK

Kita tinggalkan hotel dan resort di bandar, kini kita menuju plak ke lokasi tarikan di pinggir desa iaitu Laman Ibu. Laman Ibu ini merupakan resort yang berkonsepkan suasana kampung. Lokasinya di Janda Baik, tak jauh daripada hentian Genting Sempah, Pahang. Kalau dari Tol Gombak, jaraknya lebih kurang 20 km sahaja.



Jauh daripada hiruk pikuk bandar, aku rasakan menginap di Laman Ibu ni merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan. Bukan sahaja harganya yang murah malah ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Bukan setakat kolam renang malah siap ada sungai di belakang chalet. Rate nya pula hanya serendah RM135/malam. Antara fasiliti yang disediakan :



👉 Chalet berhawa dingin

👉 Taman arnab

👉 Tempat BBQ

👉 Kolam renang

👉 Dapur memasak

👉 Kolam memancing 

👉 Berhampiran sungai

👉 Dewan serbaguna

👉 Mini pawagam

👉 PA Sistem & set karaoke



So kepada korang yang teringin bercuti di dalam suasana kampung, memang aku suggest korang ke Laman Ibu, Janda Baik ini ye. (147 words)


BESUT, TERENGGANU

Sebenarnya bulan Oktober tahun ni adik ipar aku bakal menimang cahaya mata sulung. Adik aku bertugas di TUDM Gong Kedak, Terengganu. Jadi kalau PKP ditamatkan, aku rasa kami punya alasan untuk ke Besut, Terengganu nanti. Kami tak pergi bertiga dan aku rasa mau 3 kereta juga yang akan pergi sekali nanti haha.



Best ke Besut? Kepada yang sukakan suasana kampung, view pantai dan makanan-makanan tradisi pantai timur memang aku suggest korang ke sana. Dari KL aku lebih suka melalui jalan pantai sebab boleh menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan. Kadang-kadang tu aku siap berhenti beli pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual oleh peniaga-peniaga kecil di tepi jalan.



Besut ni merupakan daerah paling hujung sebelum masuk ke negeri Kelantan. So pada aku percutian ke Besut adalah serampang 2 mata. Aku boleh singgah di Terengganu dan lepas tu boleh jalan-jalan ke Kelantan pula. Macam sebelum ni aku sempat pergi ke Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah yang terkenal dengan jualan pelbagai jenis kain, barangan tembaga, perkakasan dapur dan juga makanan.



Lepas shopping barang makanan, aku ke Pantai Senok yang terletak di Bachok, Kelantan. Kalau korang nak tau Pantai Senok ni lebih dikenali sebagai Nami Island, Kelantan kerana susunan pokok-pokoknya yang menyamai pokok-pokok di Nami Island, Korea. Kalau korang nak buat photoshoot ke, memang antara port terbaik lah yang boleh aku recommend.



Selain tempat-tempat yang menarik, Besut juga merupakan destinasi terbaik bagi mereka yang suka foodhunting macam aku. Bukan sahaja makanan-makanan yang sedap malahan harganya juga jauh lebih murah. Serius berbaloi sangat kalau dapat melawat Besut sekali lagi.


TAMARA RESORT, PULAU TIOMAN

Actually kami sekeluarga memang dah plan nak pegi bercuti ke Tamara Resort, Pulau Tioman awal tahun ni. Tapi sebab PKP, so kami tangguhkan program ni ke tahun hadapan. Aku pernah ke Tamara Resort sebelum ni ngan kawan-kawan aku. Sebab tempatnya best dan banyak aktiviti-aktiviti menarik disediakan, aku pun ingat nak kongsikan kegembiraan dengan family aku.



Antara aktiviti-aktiviti yang boleh korang lakukan di sana adalah seperti :


👉 Tengok sunrise seawal 6.30 pagi

👉 Breakfast

👉 Snorkeling di 4 checkpoint

👉 Lunch di Jeti Salang 

👉 Mandi di Ali's Waterfall

👉 Pusing kampung naik motor sewa

👉 Dinner

👉 Karaoke

👉 Free and easy


Harga yang ditawarkan pula adalah RM350/pax. So apa yang akan korang dapat dengan harga pakej macam ni?



❤️ Penginapan 3H2M

❤️ Bilik penginapan berhawa dingin

❤️ Bilik 2 katil single/queen

❤️ Makan 5x sehari

❤️ Snorkeling 4 checkpoint

❤️ Peralatan untuk snorkeling

❤️ Transportation 4WD dari Jeti Tekek - Kg Juara (pergi & balik)


Bukan itu sahaja malah korang akan dapat add on aktiviti PERCUMA seperti



✅ Riadah ke Ali's Waterfall

✅ Sesi karaoke

✅ Spot terbaik untuk lihat sunrise


Bestnya kat Tamara Village ni bagi aku la kan sebab :



⭕ Pantai sangat bersih

⭕ Privasi

⭕ Bilik yang bersih

⭕ Banyak spot untuk bergambar

⭕ Staf yang ramah & sedia membantu


Selain aktiviti-aktiviti wajib, korang still boleh add on beberapa aktiviti lain lagi kalau korang rasakan sesuai ataupun nak penuhkan masa terluang korang di sana nanti. Antaranya adalah seperti :



🌊 Mandi di Lubuk Teja (huge waterfall)

🌊 BBQ

🌊 Sewa motor dan basikal

🌊 Hiking


So amacam? Macam-macam aktiviti boleh korang lakukan di sini kan? Bukan setakat tarikan aktiviti-aktivitinya sahaja malah harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Dah lama terperap kat rumah ni, sekali sekala main pasir pantai, snorkelling dan buat BBQ tepi pantai pun awesome gak kan? (274 words)


RUMAH RAKIT CEMARA RIVERVIEW, ROMPIN

Dah alang-alang boleh balik kampung abah aku kat Merlimau, Melaka tu boleh la aku bawa mak abah aku sekali stay kat rumah rakit Cemara Riverview.  Dalam banyak-banyak lokasi percutian yang aku kongsikan dalam artikel kali ni, destinasi ni je yang belum pernah aku pergi.



Memang tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di atas rumah rakit ni tapi untuk mereka yang sukakan suasana kampung dan mencari ketenangan flora dan fauna bolehlah menghabiskan masa hujung minggu di sini. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh aku cadangkan dilakukan di sekitar Cemara Riverview ni adalah seperti BBQ, memancing dan foodhunting. Kalau ke Rompin memang tak sah kalau korang tak pekena Mee Udang Galah yang terkenal di sana.



Seronok bila membayangkan suasana malam di tepi sungai, dilimpahi dengan cahaya bulan sambil memancing di tepi rumah rakit tu. Pastu bakar ikan dan makan bersama keluarga jauh dari hiruk pikuk dan kesesakan kota. Aku pasti time tu je la boleh family bonding sebab line telefon kompom kelaut dalam hahaha.



So tu 5 tempat menarik yang ingin aku kunjungi sebaik sahaja tamat PKP nanti.  Korang plak macamana? Dah plan ke nak jalan-jalan ke mana nanti? Sebenarnya ada beberapa tempat lagi yang aku teringin nak pergi seperti The Datai Langkawi dan Hatyai. Takpe lah tu masuk dalam next checklist plak haha. Aku harap korang terus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan ye. Jaga diri, jaga family. InsyaAllah kita mesti menang. (210 words)

0 Comments