Nasi Kuning Budak Penang Perkenalkan Menu Original


Bismillah,


TOODIA NASI KUNIANG BUDAK PINIANG ORIGINAL MAI DAH



Hahaha sila baca ikut versi loghat Penang Jasmeen noo. Tergeliat lidah aku ngikutnya 😂 Mungkin sebab penangan Nasi Kuning Budak Penang ni kot 🤭😂


"Afzal kali ni aku nak perkenalkan the real dan original Nasi Kuning", kata Zul owner Nasi Kuning Budak Penang.


"Abis yg selama ni ko jual tu, copy ori punya ke macamana?", terbahak2 kami ketawa 😂😂😂


Actually si Zul ni nak perkenalkan menu asal Nasi Kuning. Nasi Kuning dengan kombinasi 1 main course (ayam/daging/ikan) + sayur + kuah banjir + air asam. 3 menu yg aku pilih tu adalah Ayam Masak Ros, Daging Masak Hitam dan Ayam Goreng Bawang (menu baru) 😍



Aku pilih kuah campur baru suurrr 😂😍👍 Mujur la aku mintak nasi 1/2. Tu pun senak aku nak ngabiskannya haha. Padu kari dia xguna santan bhai. Tekstur nasi dia pun cantik, blend balik bethol ngan kuah banjir tu 😍👍


"Apsal ko letak 2 ketul ayam ni?", tanya aku pelik bila dia letak Ayam Masak Ros 2 ketul.



"Ayam ni aku potong 12, tak macam Ayam Goreng Bawang aku potong 1/4. So aku bagi la customer aku 2 ketul sorang", katanya. Terkejut aku sbb Ayam Masak Ros tu pun xde la kecik mana. Nasi aku habis pun masih berbaki seketul ayam lagi 😱


Katanya sambil meniaga, sambil bersedekah. Harga pun baru RM6 je weh sedangkan portion macam 2 orang makan 😅 Nasi banyak, lauk banyak. Allahu semoga murahlah lagi rezeki ko wahai sahabat 🥰🤲



Gerai Nasi Kuning Budak Penang dia ni betul2 setentang Dapur Sabak Salai (DSS) Seksyen 7 Bangi. Korang boleh WA kwn aku ni Zul Harriz utk tanya atau nak buat tempahan ye. Oh dia ada buat delivery gak ☺️👇


http://www.wasap.my/+60166800566/nasikuningbudakpenang


Google Maps Nasi Kuning Budak Penang

(lokasi setentang Dapur Sabak Salai)

https://maps.app.goo.gl/Evo5kayYs6eLD7DN9


#BotakMakan #foodreview #kitajagakita


1 Comments